ALLAHYARHAM DATUK HARUN TAIB TIDAK DISUKAI KEBANYAKAN PEMIMPIN PAS DAN PAKATAN PEMBANGKANG


Pemergian Ketua Ulama PAS Pusat, Allahyarham Datuk Harun Taib yang kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada Sabtu lepas amat dirasai rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik.

Selain tidak berkompromi, Allahyarham juga tegas dalam memperkatakan sesuatu biarpun ia menyakiti pemimpin dalam Pakatan Pembangkang.

Selain dihormati pemimpin BN, Allahyarham juga tidak pernah membezakan fahaman politik seperti mana yang diamalkan pemimpin PAS dan Pakatan Pembangkang yang lain.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Syariah di Universiti al-Azhar, Mesir dan masih menyiapkan tesis Ph.D dalam bidang politik antarabangsa sebelum beliau meninggal dunia. Mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Madinah dalam jurusan Usuluddin.

Seperti lazimnya ketegasan beliau dalam setiap perkara yang bertentangan dengan Islam dan undang-undang negara telah menyebabkan beliau tidak disukai kepimpinan PAS dan Pakatan Pembangkang sendiri.

Ini dibuktikan daripada beberapa kenyataannya beliau yang dilihat bertentangan dengan misi dan matlamat PAS dan Pakatan Pembangkang.

10 Kenyataan yang Arwah Tuan Guru Dato’ Haron Taib yang kita perlu tahu dan sesuai untuk sebaran.

ISU KALIMAH ALLAH: ”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga”.

ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu”.

ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibatkan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran”.

HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR: ”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi”.

HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR: ”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulama PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”

HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13”.

HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”

HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”

Kepada yang membaca artikel ini dan beragama Islam, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.


Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
January 27, 2014 at 1:13 PM

Apa motif letak gambar TG Haron Din?

Anonymous
January 27, 2014 at 2:04 PM

motif nya ialah agar semua umat islam bersatu dlm mempertahankan islam di negara ini walaupun berbeza idealogi politik......biar berlaga angin, tapi kalau bab asas akidah sudah nak tergadai...(berkongsi Kalimah ALLAH dgn org kafir,) maka WAJIB LAH kita merapatkan saf, bersatu semula. mempertahankan agama..tak paham ke????

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger