ADUN KAJANG DIPAKSA LETAK JAWATAN MAHU ANWAR IBRAHIM JADI MENTERI BESAR SELANGOR


Kemelut PKR Selangor kini menuju ke kemuncak apabila siang tadi ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan serta merta bagi memberi peluang dan ruang kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bertanding di DUN Selangor.

Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh telah mengesahkan penerimaan surat perletakkan jawatan Lee Chin Cheh dan perkara itu akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok hari bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ini bertujuan bagi melantik Anwar sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang kini semakin dekat untuk disingkirkan.

Apakah Lee Chin Cheh sukarela, dipaksa atau terpaksa dalam meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang? Secara jelas Lee Chin Cheh telah mengkhianati kepercayaan rakyat dan pengundi DUN Kajang dan lebih mementingkan kuasa dan kedudukan ‘bos’nya Anwar Ibrahim.

Semua ini susulan daripada persengketaan yang berlaku antara Khalid dan Azmin Ali sehingga memaksa Anwar campur tangan dan jalan terakhirnya ialah menyingkirkan Khalid Ibrahim menerusi kuasa yang ada pada Anwar Ibrahim.

Namun, tidak semudah itu kerana Khalid Ibrahim seorang ADUN dan Ahli Parlimen malah Menteri Besar yang bermaruah dengan tidak akan disingkarkan dengan semudah itu.


Seperti mana dalam twitter Khalid Ibrahim siang tadi bahawa “Media perlu lebih bertanggungjawab. Perlantikan MB perlu melalui proses-proses yang betul dan yang utama mendapat perkenan DYMM Sultan”.

Maknanya di sini, sekiranya Anwar menang dalam PRK DUN Kajang dan jika sebulat suara kepimpinan Pakatan Pembangkang mahu Anwar diangkat menjadi Menteri Besar Selangor, tetapi DYMM tidak perkenan maka pelantikan itu juga tidak sah.

Persoalan di sini mampukan Khalid Ibrahim mempertahankan jawatan Menteri Besar itu sekiranya Anwar telah berjaya masuk ke dalam barisan kepimpinan negeri Selangor? Apakah Khalid mempunyai kumpulan dalam usaha menentang dan mempertahankan jawatannya yang kini bagai telur di hujung tanduk.


Juga, apakah Khalid Ibrahim sanggup maruah dirinya dipermainkan sebegitu oleh Anwar Ibrahim yang kini secara jelas menyebelahi Azmin Ali dalam menumbangkan Khalid Ibrahim dalam arena politik Selangor?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger