#PRKSgLimau MAHFUZ KECAM ANWAR IBRAHIM DAN AZMIN ALI DALAM ISU GST


Kenyataan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengenai cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak mencerminkan pendirian sebenar Pakatan Pembangkang.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata, keputusan yang dicapai oleh Pakatan Pembangkang iaitu GST membebankan pengguna itu masih kekal.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin tertinggi PKR berhubung pelaksanaan GST yang diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2014 Jumaat lepas.

Persoalan kenapa sekarang Anwar Ibrahim dan Azmin Ali berbeza pendapat dengan PAS dan Pakatan Pembangkang?

Anwar ketika menyampaikan ucaptama dalam Taklimat GST dan Belanjawan 2014 semalam berkata, bantahan Pakatan Pembangkang terhadap pelaksanaan GST tidak bermaksud bantahan kepada sistem percukaian itu tetapi terhadap kesediaan negara dalam melaksanakannya.

Anwar yang juga Penasihat PKR turut mengaku sistem percukaian itu satu sistem yang efisien dan telus serta memberi kebaikan kepada pendapatan negara.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam pula menjelaskan, Pakatan Pembangkang tidak pernah menolak GST selain mengakui sistem itu telus, efisien serta mampu memberi kebaikan kepada ekonomi negara dalam jangka panjang.

Untuk rekod, GST akan hanya dilaksanakan bermula April 2015 pada kadar enam peratus.


Cukai itu akan dikecualikan terhadap barangan keperluan asas seperti makanan dan pelaksanaannya akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan secara berasingan sekarang.
 

#PRKSgLimau BAJET PAKATAN PEMBANGKANG BAJET LUPA JANJI


Selepas kerajaan BN pembentangan Bajet 2014, GST telah dijadikan topik hangat Pakatan Pembangkang dalam usaha menjadi hero kepada rakyat biarpun menyedari pelaksanaan GST itu akan membolehkan rakyat kurang membayar cukai daripada 10% kepada 6% sahaja.

Namun, kerajaan pastinya akan menjelaskan kepada rakyat dengan ulasan yang bersahaja dan mudah difahami bagi memberikan pemahaman yang betul kepada rakyat.

Ini sekali gus menidakkan fitnah dan kenyataan bersifat negatif Pakatan Pembangkang terhadap GST.

Jika Pakatan Pembangkang melihat Bajet 2014 BN dikatakan bersifat menindas rakyat, Bajet Alternatif milik Pakatan Pembangkang mempunyai ceritanya tersendiri.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong menyifatkan bahawa Bajet Alternatif Pakatan Pembangkang sebagai bajet yang mengaburi mata rakyat.

Dengan cara membandingkan Bajet Alternatif Pakatan Pembangkang dengan kandungan manifesto Pakatan Pembangkang PRU-13 pada 5 Mei yang lalu, jelas menunjukkan Pakatan Pembangkang sebenranya mungkir janji.

"Pada  PRU-13 5 Mei, Pakatan Pembangkang lancarkan manifesto mereka yang mengatakan kalau mereka jadi kerajaan mereka akan melaksanakan pelbagai janji.

"... tetapi kalau kita buat perbandingan antara Bajet Alternatif yang dikeluarkan oleh Pakatan Pembangkang ia jelas menunjukkan bahawa manifesto mereka hanya untuk mengaburi mata rakyat dan semata-mata untuk meraih undi.

Antara alasan yang boleh menyokong bahawa Bajet Alternatif Pakatan Pembangkang itu mungkir janji ialah mereka mengatakan hendak mansuh tol, mengurangkan harga kereta, turun harga minyak, mereka akan bagi RM1000,00 kepada semua warga emas dan telah menjanjikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menaikkan royalti minyak dari 5 peratus kepada 20 peratus.

Bagaimanapun semua janji Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 lepas satu  pun tidak ada dalam kandungan Bajet Alternatif Pakatan Pembangkang.


Perbandingan ini menampakkan bahawa Bajet Alternatif dan Janji-Janji PRU-13 Pakatan Pembangkang hanya untuk meraih undi dan bukannya membantu rakyat.
 

#PRKSgLimau UNDI PAS BERMAKSUD MEMBERI UNDI KEPADA ANWARINAS DAN MENYOKONG ANWAR


PRK DUN Sungai Limau bukan hanya menyaksikan BN bersaing dengan PAS sebaliknya BN bersaing dengan kelompok Anwarinas (kumpulan Anwar) atau Pakatan Pembangkang.

Mungkin ramai yang tidak atau lupa kelompok Anwarinas, tetapi mereka tidak lupa bahawa di belakang PAS bukan Abdul Hadi Awang atau Lim Guan Eng, tetapi Anwar Ibrahim. Sehingga kini golongan Anwarinas sering memperkudakan PAS sebagai batu loncatan untuk mencapai cita-citanya.

Cita-cita Anwar mahu menjadi Perdana Menteri tidak pernah padam dan sebab itu sering mengambil peluang menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak seperti mana yang dibuatnya sekarang yang memperlekehkan Bajet 2014 yang dibentang kerajaan BN.

Masihkah anda ingat suatu masa dahulu di mana akhbar rasmi Harakah pernah melabelkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang hanya menjadi nelayan?

Sebelum PAS bekerjasama dengan PKR, bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak cukup menyedari pandangan rendah Anwar Ibrahim terhadap golongan ulama dalam PAS. Atas sebab itu, Azizan tidak berapa rapat dengan Anwar Ibrahim biarpun PAS mengambil keputusan bekerjasama dengan PKR.

Menurut Zainuddin Maidin dalam tulisan di blognya http://zamkata.blogspot.com menceritakan bagaimana sikap Azizan terhadap Anwar ketika itu.


Saya ingin memberitahu seluruh ahli Pas dan juga orang ramai apa yang dinyatakan oleh Allahyarham Azizan kepada saya ketika beliau melancarkan buku "Haji Abdul Rahman Merbok" seorang ulama pejuang kemerdekaan yang terkenal di negeri Kedah yang ditulis oleh Ismail Rastu, seorang penulis beberapa buah buku terbitan  Dewan Bahasa dan Pustaka selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Jemputan kepada Azizan yang dibuat oleh saya tidak menyenangkan orang-orang Umno tempatan dan mereka tidak hadir bersama saya kecuali beberapa orang pegawai JASA.

Mereka hairan bagaimana saya boleh menjemput Azizan sedangkan saya baru kalah pilihan raya di kawasan Sungai Petani setelah disingkirkan dari kawasan Merbok dalam masa dua hari sebelum pilihan raya. Ketika itu saya tidak mempunyai sebarang kedudukan kecuali sebagai seorang calon yang kalah.

Dalam ucapan di majlis itu yang diadakan di sebuah surau berhampiran dengan Pekan Merbok, Azizan  menyatakan bahawa beliau hadir memenuhi jemputan saya kerana pertama sekali:

* Haji Abdul Rahman Merbok adalah guru kepada bapanya Abdul Razak. Dan kedua:

* "Zam adalah kawan saya."

Kami sama-sama pernah di Maktab Mahmud Alur Setar dan juga kemudiannya di London antara tahun 1975-76 dan kerap berjumpa di Malaysia Hall, Marble Arch.

Sesuatu yang tidak mungkin dapat saya lupakan seumur hidup saya ialah bila di majlis itu  ditanya oleh Azizan kenapa saya berikan peluang untuk siaran langsung perdebatan terbuka Anwar Ibrahim dengan Sabri Chik (Menteri Penerangan) di RTM.

Saya menjawab "Maaf Datuk, saya bukan lagi menteri penerangan"  dan beliau ketawa. Memang benar pandangan Azizan, perdebatan itu membawa malapetaka kepada UMNO.

Saya telah lama faham dengan sikap Azizan terhadap Anwar. Azizan bukanlah ulama jumud seperti kebanyakan pemimpin PAS yang mudah dicucuk hidung oleh Anwar. Maka itu Anwar tidak mengunjungi Azizan ketika sakit di hospital.

Dosa orang Anwarinas termasuk di Kedah terlalu besar terhadap Azizan dan keluarganya.

Maka itu sebagai mengenang jasanya dan menghormati Allahyarham yang mahu dianiayai oleh orang Anwar sendiri dalam PAS di Kedah, penduduk Sungai Limau mestilah menolak calon PAS di kawasan ini sekalipun dikatakan mewakili Azizan tetapi yang lebih penting ialah menjiwai hasrat terpendam Azizan sendiri yang tidak pernah dinyatakannya secara terus terang tetapi saya tahu.

Satu undi kepada calon PAS di Sungai Limau bererti satu undi kepada memperkuatkan Anwarinas di dalam PAS.



Inilah masa terbaik untuk penduduk Kedah di DUN Sungai Limau berhijrah ke arah yang lebih baik dan keluar daripada kepompong kemiskinan dan pinggiran pembangunan. 
 

#PRKSgLimau LAGI CERAMAH PAS TIDAK DAPAT SAMBUTAN RAKYAT DI SUNGAI LIMAU


Biarlah gambar berbicara. Sememangnya PAS tidak serik namun apa yang PAS boleh buat dalam mempertahankan DUN Sungai Limau melainkan menipu dan berbohong juga memfitnah sesama Islam.

Sehari demi sehari ceramah PAS kian tidak mendapat sambutan. Ini menjadikan PAS semakin terdesak untuk meraih undi mahupun mempertahankan undi majoriti lebih 2,000 yang diperolehi PAS dalam PRU-13.

Namun, jika PAS kalah bermakna rakyat di DUN Sungai Limau berani berhijrah ke arah yang lebih baik sekaligus keluar daripada kepompong kemiskinan.


Selepas membawa artis PAS yang sudah tidak laku, Abby Abadi di Sungai Limau PAS membawa pula Ustaz Mee Segera yang juga bekas artis Bob Lokman. Turut sama menyampaikan ceramah politik PAS ialah Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ketua Pemuda PAS Kedah. Sambutan yang diterima mereka sangat mendukacitakan kerana tidak sampai 20 orang sahaja yang hadir.


Namun daripada 20 orang yang hadir kebanyakkannya ialah petugas pilihan raya PAS Sungai Limau.
 

#PRKSgLimau KERAJAAN BN TIDAK PERNAH PINGGIRKAN PENDIDIKAN CINA


Dalam satu majli ramah mesra bersama masyarakat Cina di DUN Sungai Limau, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan peruntukan lebih daripada RM2 juta untuk SJKC iaitu:

  1. SJKC Aik Min - RM1 juta
  2. SJKC Peh Wah - RM50,000
  3. SJKC Yok Meng - RM1 juta
  4. Tabung Pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Limau - RM200,000.


Menurut Muhyiddin, selama BN memerintah tidak pernah meminggirkan nasib orang Cina khususnya dalam pendidikan. Segala macam tohmahan Pakatan Pembangkang hanya bersifat mahu mengeruhkan suasana aman yang kini dinikmati rakyat Malaysia.

PRK DUN Sungai Limau ini sangat penting kepada BN sebagai batu lonjakan kepada menaikkan nama BN dan seterusnya meyakinkan rakyat bahawa BN bekerja untuk rakyat.

BN telah meletakkan calon Dr. Ahmad Sohaimi Lazim dan meminta agar kaum Cina di DUN Sungai Limau memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi. Jika calon BN dipilih sebagai wakil rakyat, kawasan DUN Sungai Limau akan terus menikmati pembangunan yang sebelum ini kurang dirasai penduduk.

Walaupun Sungai Limau kawasan kampung tetap mahu pembangunan supaya hidup lebih senang.

Baru-baru ini dalam bajet 2014, Perdana Menteri sebut mengenai tambahan peruntukan RM50 juta kepada pendidikan. Kalau kerajaan BN tak bertanggungjawab tentulah tak bantu sekolah Cina dan tutup.

Sebelum ini Dong Zhong hentam saya, kata mahu tutup sekolah Cina. Mana ada? Di Kuala Lumpur kata mahu tutup SKJC Damansara sebab kecil. Kita buat sekolah baru, sekolah lama tetap buka.


SJKC dan SJKT tetap akan buka. Kenapa Dong Zhong nak marah? Dia kata kerajaan mahu hapuskan Bahasa Cina kerana tambah sedikit masa Bahasa Melayu. Dia marah. Apa salahnya ini Malaysia, kita kena cakap semua bahasa.
 

#PRKSgLimau PAS JADI TEROMPAH DAP DALAM PAKATAN PEMBANGKANG


Sebelum dan selepas PRU-13 tidak banyak bezanya apabila PAS diibaratkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu bahawa parti itu kini diibaratkan sebagai terompah kepada DAP.

Dengan tinggal beberapa hari saja lagi sebelum pengundi PRK Sungai Limau, PAS kini mula terasa bahangnya dengan masyarakat Melayu kini sudah tidak lagi menyokong PAS.

Bukan setakat disebabkan PAS berkawan dengan DAP, tetapi sebaliknya telah berlaku banyak kepincangan PAS semasa berkawan dengan DAP dan PKR di dalam Pakatan Pembangkang sehingga membuatkan penyokong PAS yang kebanyakannya orang Melayu marah dengan kepimpinan tertinggi PAS Pusat.

Kini jelas perjuangan Islam PAS kini juga semakin hancur selepas dilihat terus berdolak-dalik dalam banyak isu khususnya melibatkan kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera.

PAS kini sudah menjadi 'terompah' DAP yang jelas dilihat mengejar habuan dunia semata-mata menggunakan Islam sebagai perkakas menyebabkan orang Melayu semakin menjauhi parti tersebut.

Faktor kedua PAS akan kalah kerana pengundi luar tidak akan pulang mengundi memandangkan tidak memberi apa-apa makna jika mereka berbuat demikian.


Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya yang juga Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.
 

#PRKSgLimau ABBY ABADI: TOLONG JANGAN FITNAH SAYA DAN SUAMI


Kecoh seketika di laman blog apabila sikap ahli PAS seumur hidup Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.

Lebih memalukan apabila Abby dikatakan melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai.

Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka berdua rosak selepas pulang dari majlis anjuran PAS, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini.

Seperti biasa Abby menafikan perkara ini dan menyifatkannya sebagai fitnah politik terhadap dirnya.

“Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya.


Mengulas mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga.
 

PINDA PERLEMBAGAAN NAIB PRESIDEN PKR CUBA AMBIL HATI RAKYAT SABAH DAN SARAWAK




Menjelang PRN Sarawak Ke-11 akan datang dan cubaan untuk ‘mendapatkan’ Sabah, PKR sedang cuba meminda perlembagaan parti itu dalam Kongres Nasional Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2013, November ini untuk diluluskan bagi memberikan ‘kuasa’ lebih banyak kepada Sarawak dan Sabah.

Ketua Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti, Tan Yee Kew berkata antara cadangan pindaan Perlembagaan yang dirangka ialah memberi beberapa keistimewaan terutama dari segi jawatan dengan memberikan satu jawatan kerusi Naib Presiden untuk calon dari salah sebuah negeri berkenaan.

"Kita memberikan status dan kedudukan lebih ketara kepada Sabah dan Sarawak...sebagai contoh daripada tiga orang naib presiden yang dilantik, seorang hendaklah dari Sabah atau Sarawak.

Sebelum ini Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi Sabah dan Sarawak adalah ahli Biro Politik secara automatik...ini merupakan satu kedudukan istimewa yang (bakal) diberikan kepada pengerusi majlis pimpinan di kedua-dua negeri itu, pengerusi di negeri lain tak ada status seperti ini

Pada masa sekarang, ketiga-tiga jawatan Naib Presiden dipegang oleh pemimpin dari Semenanjung iaitu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran.

Persoalan sekarang apakah ketiga-ktiga Naib Presiden PKR sekarang bersetuju dengan cadangan Tan Yee Kew? Umum mengetahui ketiga-tiga Naib Presiden sekarang merupakan ‘hardcore’ dan suara kepada imej PKR.

Selain jawatan Naib Presiden, kedua-dua negeri itu turut diberi kuasa memutuskan calon-calon untuk jawatan politik, termasuklah barisan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), anggota Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebagainya, kecuali keputusan ditolak Majlis Pimpinan Pusat (MPP).


Tan Yee Kew juga turut memberikan bayangan bahawa akan banyak lagi pindaan perlembagaan parti bagi membolehkan PKR akan terus diterima rakyat dan bersaing dengan DAP yang kini dilihat mendominasi Pakatan Pembangkang.
 

#PRKSgLimau PAS MULA TERTEKAN BILA PENYOKONGNYA MULA BERALIH ARAH


Seorang penyokong setia PAS, Awang Cha,87, akan menyahut slogan 'Berani Berhijrah' yang dibawa BN apabila berjanji akan menyokong calon BN dalam PRK DUN Sungai Limau.

Mengimbas kembali saat beliau menjadi penyokong tegar PAS, Awang menceritakan dia adalah penyokong BN namun setelah belajar agama di sekolah pondok sekitar kawasan berkenaan, sokongan politiknya berubah kepada PAS.

"Saya sokong PAS kerana rasa hormat kepada guru-guru agama yang mengajar ketika itu dan sokongan kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pula kerana Allahyarham adalah orang tempatan dan kawan lama saya. Ketika beliau menjadi wakil rakyat, kadang-kala saya bertemunya.

Menurut Awang lagi keadaan kini sudah berubah selepas ketiadaan Azizan yang merupakan tokoh dikaguminya apatah lagi selepas terdengar beberapa masalah yang melanda PAS kebelakangan ini.

"Awal tahun lepas, ada terdengar masalah yang melanda parti seperti dakwaan wujudnya krisis dalaman tetapi apabila bertemu Azizan, beliau tidak bercerita lanjut.

"Kali ini pula, ramai orang BN datang bertemu saya dan meminta supaya memberi sokongan kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim. Rasanya sudah sampai masa untuk kembali kepada BN apatah lagi Azizan tiada lagi.


Dalam pada itu Awang menjelaskan bahawa beliau tidak kenal calon PAS, Mohd Azam walaupun orang tempatan berbanding calon BN.
 

#PRKSgLimau PAS ANGGAP PERBAIKI NASIB RAKYAT SEBAGAI SATU DOSA


Berhijrah daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik. Tidak salah dan sebaliknya Islam menggalakkan setiap umatnya bertindak bijak dan berhijrah ke arah yang lebih baik.

Itulah yang ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pengundi dan rakyat di DUN Sungai Limau supaya tidak berasa terikat atau berdosa untuk berhijrah kepada kehidupan lebih baik dengan mengundi BN pilihan raya kecil kawasan itu Isnin ini.

Sebagai tidak senang dengan kenyataan Muhyiddin Yassin itu, ada penceramah PAS menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya apabila menyeru pengundi-pengundi kawasan tersebut supaya tidak mengundi BN kerana kononnya ia berdosa.

Lebih mencemarkan imej PAS ialah penceramah itu tidak mempunyai latar belakang agama dan boleh bercakap sedemikian rupa. Begitu pun golongan ustaz-ustaz dan tok-tok guru dalam PAS tidak berkata apa-apa seolah-olah mulut mereka dikunci.

Sudah menjadi amalan sesetengah pemimpin, penyokong atau penceramah PAS menjatuhkan hukum sesuka hati sehingga sanggup mengatakan ungkapan itu boleh dijadikan fatwa.

Persoalan kini apakah kehadiran seseorang atau mana-mana pihak menawarkan satu perkara untuk kebaikan rakyat dan ummah dianggap satu dosa? Kitab mana yang mereka baca, hadis mana yang mereka rujuk atau fatwa siapa yang mereka ikut sebelum berkata demikian?

Rakyat harus melihat dan memahami memperkenalkan tagline 'Berani Berhijrah' dalam kempen pilihan raya kecil tersebut bagi meyakinkan pengundi-pengundi Sungai Limau bahawa mereka tidak harus berada dalam kedudukan sekarang dengan membiarkan PAS sekadar menguasai kerusi DUN itu tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.

Mengubah kehidupan seorang hamba Allah dan umat Islam kepada lebih baik bukanlah satu dosa, itulah yang ingin dilakukan oleh BN tetapi penceramah PAS menganggap mengundi BN adalah satu dosa.

Inilah sikap PAS, mereka bersedia membenarkan apa sahaja asalkan matlamat politik mereka khususnya memenangi mana-mana kerusi dalam pilihan raya tercapai. Mereka tidak kisah kalau ada penceramah mereka mengeluarkan fatwa atau dakwaan yang bukan-bukan, apa yang penting menang pilihan raya.

Dalam berhadapan situasi ini, pengundi-pengundi Sungai Limau perlu berfikiran terbuka untuk memikirkan apakah benar berdosa mengundi BN sedangkan selama ini BN yang ditunjangi UMNO bertanggungjawab meningkatkan taraf hidup dan imej umat Islam di Malaysia.
BN ingin mengubah kehidupan rakyat Sungai Limau bukanlah melalui niat, doa atau slogan semata-mata sebaliknya ia akan diiringi dengan usaha dan tindakan, kemudian barulah menyerahkan kepada Allah SWT menentukan kesudahannya.

Apakah bukan satu dosa, apabila perjuangan Islam lebih banyak bersandarkan kepada slogan dan retorik tetapi tiada usaha dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup umat Islam?


Oleh itu, biarlah mana-mana penceramah PAS hendak berkata apa pun apatah lagi kalau kita memahami yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu baru hendak mengenali kehidupan sebenar seorang muslimah. Biarlah ia terpekik terlolong atas pentas ceramah apa yang penting BN harus meneruskan misi meyakinkan pengundi Sungai Limau untuk mengundi parti itu kerana niat yang baik pasti diberkati Allah SWT.
 

#PRKSgLimau SIAPA BILANG KEMPEN PAS TIDAK GANAS?


Sudah tertekan hingga tiada pilihan membuatkan pemimpin PAS terpaksa ‘mengganas’ terhadap Wanita UMNO yang berkempen di PRK DUN Sungai Limau.

Sama ada pemimpin mahupun penyokong PAS, imej PAS sudah tercalar kerana sanggup menggunakan pelbagai taktik sehingga mahu menakutkan penyokong UMNO dan rakyat DUN Sungai Limau.

Terbaru, jentera Wanita UMNO menerima ugutan dalam dua kejadian berasingan di Permatang Damai Laut dan Bukit Choras.

Katanya, ugutan berkenaan diterima daripada para petugas PAS yang meminta jentera Wanita UMNO agar beredar dari kawasan itu.

"Dalam kejadian di Permatang Damai Laut, jentera Jalinan Kasih Wanita UMNO Selangor didatangi petugas PAS meminta mereka tidak masuk berkempen. Kejadian ini berlaku kelmarin.

Tidak cukup dengan itu para petugas rumah Wanita UMNO Terengganu didatangi oleh jentera pembangkang dan menghalau mereka keluar.


"Namun begitu, petugas wanita kita tetap bersemangat kerana kedatangan kita adalah dengan niat baik dan suci hati.
 

#PRKSgLimau GUNAKAN IMEJ SINAR HANYA UNTUK KABURI PEMBACA



Dalam politik mana yang salah akan menjadi betul dan yang betul akan terus dipegang supaya menjadi benar.

Selepas mengakui gambar yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian semalam yang memaparkan berita palsu, PAS dalam masa yang sama terus bersikap angkuh dengan mahu menggunakan nama ‘Sinar’ bagi penyebaran bahan kempen.

Menggunakan nama "Sinar Sungai Limau" dikatakan tidak akan mengelirukan orang ramai kerana berbeza dengan akhbar Sinar Harian. Apa saja yang diperkatakan PAS dan terdesak untuk menang PAS telah menggunakan nama Sinar sebagai bahan kempen dalam mengelirukan rakyat DUN Sungai Limau.

Lebih bodoh lagi apabila Pengarah operasi PRK Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, risalah itu yang hanya memuatkan maklumat mengenai kenyataan dan komen pemimpin PAS sama sekali tidak akan menyebabkan orang ramai yang membacanya menjadi keliru kerana mereka sudah mengenali akhbar Sinar Harian.

"Ia hanya sekeping kertas risalah bersaiz tabloid dan hanya ada berita di muka depan dan muka belakang. Mana sama dengan Sinar Harian.

Ketika dibangkitkan oleh Ketua Biro Sinar Harian Utara bahawa risalah itu mengelirukan orang ramai kerana "masthead" menyerupai Sinar Harian termasuk warnanya, Amiruddin menafikannya.


Seperti biasa ini mainan dan sandiwara politik di mana akhbar Sinar Harian itu sendiri merupakan proksi kepada pembangkang.
 

#PRKSgLimau PAS KEDAH MENGAKU GAMBAR KEMPEN PRK SG LIMAU PALSU


Palsu dan benar. Inilah dua perkataan yang boleh digambarkan terhadap kempen PAS masuk hari keempat PRK DUN N.20 Sungai Limau.

Pengarah Operasi PAS PRK DUN Sungai Limau, Amiruddin Hamzah dalam sidang akhbarnya mengaku PAS Kedah telah menyiarkan gambar kempen calonnya palsu dan dakwaan sesetengah pihak khususnya daripada penyokong BN adalah benar.

Menurut Amiruddin lagi beliau akan mengarahkan pasukan petugas PAS Kedah bagi menyiasat perkara ini jika ada unsur sabotaj di dalam PAS Kedah.


Rakyat di DUN Sungai Limau kecoh bila mana calon PAS, Mohd Azam Abd Samat dikatakan melawat Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak di pejabatnya ketika itu Azizan masih menjawat jawatan Menteri Besar Kedah.

Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.

Dengan pendedahan penipuan PAS yang semenangnya gemar memfitnah dan menipu adalah sesuatu yang bukan luar biasa.

Sinar Harian dalam laporan muka depannya hari ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar tersebut sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi pada PRK DUN Sungai Limau.


Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan di sini kecuali memberitahu penyokong mahupun peimpin PAS Penipu!!!!
 

#PRKSgLimau MULUT ABBY ABADI SELEPAS BERKAHWIN SEMAKIN CURANG




Suasana PRK DUN Sungai Limau semakin rancak apabila artis jagaan PAS, Abby Abadi turut berkempen dalam membantu calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat mempertahankan DUN Sungai Limau.

Pada malam Sabtu lepas, PAS telah mengadakan ceramah politik di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah dengan mengetengahkan Abby Abadi sebagai penceramah utama.

Seperti biasa, Abby Abadi mengambil peluang ini memburukkan kerajaan BN semasa hanyatnya menjadi artis di dalam dunia hiburan.

Abby menyalahkan UMNO kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan tanah air. Kenapakah UMNO dan BN dipersalahkan dalam hal maksiat yang membabitkan artis? Bukankah yang melakukan maksiat itu ialah artis itu sendiri dan bukannya UMNO atau BN!

Abby juga mendakwa UMNO bertanggungjawab menjadikan golongan selebriti di Malaysia mengabaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Jawapan kepada soalan ini budak sekolah rendah pun boleh jawab.


"Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri.

"Dalam dunia hiburan, kita dipisahkan oleh Islam. Kita hanya berurusan tentang duit. Ini berlaku dalam dunia hiburan di Malaysia dan kita boleh tengok sendiri. Di Malaysia kita dididik oleh Umno dan BN (Barisan Nasional) bahawa maksiat nampak macam benda biasa," katanya ketika berceramah di Kampung Dulang Kecil di sini, semalam.

Selain itu Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menyeru pengundi DUN Sungai Limau supaya tidak memberi undi kepada calon BN kerana menurutnya adalah berdosa jika memilih parti kerajaan yang ditunjangi Umno.

"Dulu saya tak pernah mengundi, kali ini (PRU-13) baru saya mengundi PAS. Jadi dulu saya tak mengundi Umno maka tidaklah berdosa sangat.

"Kalau kita salah pilih kerajaan...berdosa. Kalau dia (kerajaan) buat pelik-pelik turut berdosa sebab kita sokong dia," katanya.


Sebagai ahli UMNO dan Presiden Seniman, Zed Zaidi telah menjawab segala persoalan yang dilontarkan Abby Abadi.

Zed Zaidi telah mempertikaikan perjuangan Abby dalam PAS yang dilihat tidak ikhlas dan hanya bersuara apabila berceramah untuk membantu parti tersebut ketika pilihan raya.

Jelas Zed, ceramah yang disampaikan oleh Abby hanya mencari kesalahan orang lain selain menabur fitnah sekali gus bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Saya tidak faham dengan sikapnya kerana secara terang-terangan dia bukannya memperjuangkan Islam tetapi hanya untuk kepentingan politik dan jelas dia isu yang dia bangkitkan ternyata tidak masuk akal.

"Ia bersifat kebudak-budakkan dan ingin saya tanya di sini, di mana Abby ketika isu seperti penggunaan kalimah Allah hebat diperkatakan sebelum ini?

"Abby hanya muncul dan lantang bersuara hanya pada ceramah-ceramah untuk membantu calon pilihan raya parti itu dan bukannya memperjuangkan Islam," jelasnya.


 

#PRKSgLimau KENAPA PAS SENYAP DAN DIAM DALAM ISU COMANGO? SEBAB TAHALUF SIYASI


Apakah disebabkan tahaluf siyasi maka PAS sebagai pasti Islam (konon) hanya membiarkan sahaja tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango)? Ramai yang tidak mengetahui bahawa Comango itu kebanyakannya merupakan NGO’s yang menyokong dan propembangkang.

Juga, seperti sebelum ini pemimpin PAS terlalu mengagungkan tahaluf siyasi sehingga melupakan perkataan apa yang pernah diungkapkan mereka sebelum ini iaitu adalah HARAM berkawan dan bersekongkol dengan pemimpin kafir seperti DAP dan PKR.

Bagi aktiviti PAS, Norman Toha menyatakan, PAS perlu segera keluar daripada Pakatan Pembangkang sekiranya tidak mahu imej 'kuda tunggangan' dan 'lembu dicucuk hidung' terus membelenggu parti itu oleh DAP dan PKR.

Hanya Dewan Pemuda PAS Pusat sahaja yang berani mendesak Comango menggugurkan segala tuntutan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut Norman lagi, tahaluf siyasi masih membelenggu banyak pemimpin utama Pas kerana sehingga kini mereka tidak berani menempelak Comango walaupun perkara itu bertentangan dengan prinsip Islam dan menyalahi fitrah manusia.

Bagi Ketua Delegasi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro), Azril Mohd. Amin berkata, keberanian Comango mengemukakan tuntutan yang menyentuh sensiviti umat Islam kepada PBB dipercayai ada kaitan dengan sokongan pembangkang.

Dalam perkembangan baru ini Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS masih untuk mengemukakan pendirian sebenar parti itu terhadap tuntutan Comango biarpun BN dan rakyat Malaysia secara dasarnya menolak tuntutan Comango itu.


Tuntutan Comango itu merupakan ujian untuk mengukur sejauh mana dominasi PAS dalam tahaluf siyasi, kalau PAS takut dan teragak-agak untuk menjuarai isu orang Islam, saya kira tahaluf siyasi itu telah gagal dan telah menguntungkan DAP dan PKR.
 

PENYOKONG SARAWAK KECEWA DENGAN SIKAP ANGGOTA RELA, POLIS DAN PEGAWAI PERSATUAN BOLA SEPAK SARAWAK


Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sewajarnya belajar daripada Persatuan Bola Sepak Pahang bagaimana mahu menguruskan kehadiran penonton pasukan pelawat seperti penyokong Pahang (Elephant Army).

Ketika separuh akhir pertama di Kuantan, Pahang, penyokong Sarawak telah diberikan kawalan keselamatan yang ketat oleh Persatuan Bola Sepak Pahang. Atas sebab itu, tiada insiden buruk yang menimpa penyokong pasukan Sarawak semasa di Stadium Darul Makmur.

Malah, penyokong Pahang telah datang ke arah penyokong Sarawak dengan bersalam-salaman dan menyanyi bersama tanda persaudaraan.

Tetapi, apabila mereka (penyokong Pahang) datang ke Sarawak bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua, mereka tidak diurus dengan betul oleh FAS selaku persatuan bola sepak negeri.

Jangan hanya ingatkan keuntungan maka segala macam peranan dan tugas mereka diketepikan.

Apakah wajar penyokong Pahang diletakkan di bahagian hujung tempat duduk berbumbung (Gate B) di mana bersebelahan dengan tempat duduk penyokong pasukan Sarawak yang duduk di tempat terbuka? Kenapa tidak diberikan tempat duduk di hujung bersebelahan Grandstan?

Lebih memburukkan keadaan apabila penyokong Pahang dilemparkan dengan balingan botol oleh sebahagian penyokong Sarawak yang fanatik, tiada seorang pun anggota polis, RELA mahupun pegawai FAS yang berani memberikan arahan supaya berhenti.

Malah, anggota RELA dan polis yang ditugaskan mengawal dan menjaga keselamatan penyokong Pahang hanya berdiri tegak dan sebarang inisiatif. Nampaknya anggota polis dan RELA tersebut seolah-olah tiada pengalaman dalam mengawal insiden di stadium.

Satu penghargaan kepada beberapa penyokong Sarawak yang mengambil inisiatif dengan menggerakkan penyokong Pahang untuk beredar ke kawasan selamat sebelum kejadian yang lebih buruk berlaku.

Diakui bukan semua penyokong Sarawak marah kepada penyokong Pahang kerana dalam bola sepak ada menang dan kalah. Tetapi, diakui di setiap tempat ada penyokong yang tidak dapat mengawal emosi lalu berbuat perkara yang di luar pemikiran rasional.

Tahniah juga kepada penyokong Pahang yang telah sama-sama menyanyikan lagu Sarawak Ibu Pertiwiku dengan sama-sama berdiri bagi menghormati lagu kebesaran negeri Sarawak.

Juga, turut sama menyanyikan lagu penyokong Sarawak dengan diubahsuai sedikit bagi menunjukkan penyokong Pahang dan Sarawak bersaudara.


Jika FAS didenda akibat kekecohan yang berlaku dalam perlawanan Pahang dengan Selangor, terimalah seadanya kerana ternyata pengurusan FAS dalam isu keselamatan penyokong sangat lemah. 
 

#Bajet2014 PEMIMPIN BN SARAWAK SAMBUT BAIK PEMIMPIN PEMBANGKANG SEPERTI BIASA MEMBANGKANG


Sehari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentang Bajet 2014 di Dewan Rakyat, Pakatan Pembangkang telah terlebih dahulu membentang bajet Buku Jingga mereka yang diulang cetak.

Namun, selepas pembentangan Bajet 2014 oleh Najib di Dewan Rakyat segala mata tertumpu kepada intipati ucapan Bajet 2014 yang disifatkan sebagai memenuhi janji kepada rakyat dan pembangunan berterusan di kawasan luar bandar.

Bagi pemimpin BN Sarawak, mereka melihat Bajet 2014 kali ini sebagai bajet inklusif kepada semua rakyat.

Dengan beberapa intipati Bajet 2014 yang dikhususkan kepada Sarawak seperti meneruskan pembangunan infrastruktur dan luar bandar Sarawak menjadikan rakyat Sarawak sangat gembira.

Antara peruntukan ketara yang diberikan kepada Sarawak pada pembentangan bajet ialah memperuntukan RM500 juta bagi kerja-kerja membina Lebuh Raya Pan Borneo untuk mempergiatkan pembangunan bandar dan luar bandar.

Menteri Kerja Raya yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Fadillah Yusof berkata, kementeriannya akan memberi keutamaan yang telah ditentukan kerajaan dalam pembinaan jalan berkenaan.

“Kita akan beri keutamaan kepada pembangunan yang ditentukan kerajaan misalnya penambahbaikan lorong memotong dan menangani kawasan kerap kemalangan.

“Saya melihat bajet pada kali ini, sesuai dengan tema kerana ia memperteguhkan ekonomi, memperkasakan transformasi melaksana janji dengan lima fokus (teras) utama iaitu merancak ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, mengunggul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar dan mensejahtera rakyat.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, beliau amat berterima kasih kepada kerajaan pusat yang sentiasa prihatin terhadap keperluan dan keselesaan rakyat.

“Ini khasnya rakyat luar bandar dan kerajaan berusaha untuk menyelesaikan isu penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dipercepatkan,” kata Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) itu.

Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Profesor Dr Sim Kui Hian pula berkata, bajet berhubung pencegahan jenayah adalah satu perkara yang amat baik.

“Ini kerana ia merupakan antara perkara yang dipertimbangkan oleh rakyat.

Dr Sim memberitahu, rakyat negara ini akan menilai Bajet 2014 dan bajet pada masa depan dengan janji-janji semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Paling berkesan adalah dalam subsidi dan perbelanjaan seperti audit untuk projek kerajaan, memantau subsidi supaya ia sampai kepada rakyat Malaysia yang memerlukan sahaja.


Bagi pemimpin Pakatan Pembangkang pengurangan subsidi gula, pengenalan GST dan kenaikan beberapa cukai menjadi isu utama yang akan menjadi isu politik kononnya mereka memperjuangkan nasib rakyat.
 

#PRKSgLimau SEBAB NURUL IZZAH CAKAP ‘TIDAK BAHAYAKAN NEGARA’ LIHAT SENARAI NGO’s DI BAWAH COMANGO


Di sini senarai 54 badan bukan kerajaan (NGO) yang bergabung di bawah COMANGO (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR) adalah seperti berikut:

1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

2. Christian Federation Malaysia (CFM)

3. Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

4. The Malaysian Bar Council

5. Seksualiti Merdeka

6. Southeast Asian Centre for e-Media (SEACem)

7. Centre for Independent Journalism (CIJ)

8. Education and Research Association for Consumers, Malaysia (ERA
Consumer)

9. All Petaling Jaya, Selangor Residents‟ Asscociation (APAC)

10. All Women‟s Action Society (AWAM)

11. Amnesty International Malaysia (AIM)

12. ASEAN Institute for Early Childhood Development, Association of Women‟s Lawyers (AWL)

13. Association of Women with Disabilities Malaysia, Coalition to Abolish Modern Day Slavery in Asia (CAMSA)

14. Childline Malaysia

15. Community Action Network (CAN)

16. Centre for Rights of Indigenous Peoples of Sarawak (CRIPS)

17. Dignity International

18. Foreign Spouses Support Group

19. Good Shepherd Welfare Centre

20. Health Equity Initiatives

21. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM)

22. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)

23. Justice For Sisters

24. Pusat Komunikasi Selangor (KOMAS)

25. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)

26. KLSCAH Civil Rights Committee

27. Land Empowerment Animals People (LEAP)

28. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET)

29. Malaysian Child Resource Institute (MCRI)

30. Malaysian Physicians for Social Responsibility

31. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA)

32. Migration Working Group (MWG)

33. PANGGAU

34. Persatuan Masyarakat Selangor dan Kuala Lumpur (PERMAS)

35. PS The Children

36. PT Foundation

37. People‟s Service Organisation (PSO)

38. Perak Women for Women Society

39. Persatuan Guru-Guru Tadika Semenanjung Malaysia (PGGT)

40. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur

41. Persatuan Sahabat Wanita Selangor

42. Rainbow Genders Society

43. Sabah Women‟s Action-Resource Group (SAWO)

44. Sinui Pai Nanek Sengik (SPNS)

45. SIS Forum (Malaysia) Bhd (SIS)

46. Tenaganita

47. Voice of the Children (VOC)

48. Writers‟ Alliance for Media Independence (WAMI)

49. Women‟s Aid Organisation (WAO)

50. Women‟s Centre for Change, Penang (WCC)

51. Yayasan Chow Kit

52. Young Buddhist Association

53. Youth Section, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, Youth Section

54. Child Right Coalition Malaysia (CRCM)


Daripada 54 NGO itu, suara paling dominan adalah dari kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) yang bernaung di bawah SOGI (Coalition of Sexual Orientation and Gender Identity).
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger