MUSA HASSAN MENEMPLAK PEMUDA MIC T. MOHAN


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempertahankan polis daripada tuduhan Ketua Pemuda MIC T. Mohan yang meletakkan kegagalan Akta Ordinan Darurat (EO) disebabkan polis menerima rasuah dari tahanan yang menjalani hukuman di bawah akta tersebut.

Itu suatu tuduhan yang melampau dan keterlaluan ke atas polis yang sememangnya menjadi tohmahan kepada pemimpin Pakatan Pembangkang dan komponen BN itu sendiri.

Menurut Hassan, selepas seseorang ditahan di bawah EO, mereka dijaga oleh pihak penjara dan polis sudah tidak ada kena mengena lagi. Fakta itu yang Ketua Pemuda MIC itu tidak faham.

“Polis tidak melepaskan warden yang terlibat menerima rasuah dari tahanan. Namun perkara ini dapat dikawal. Kegagalan EO bukanlah disebabkan perkara tersebut tetapi kelemahan teknik pemulihan yang diberikan kepada tahanan.

“Kita harus faham pemulihan dilakukan oleh pegawai penjara. Masyarakat juga jangan mudah salahkan kerajaan kerana apabila mereka dibebaskan, adakah masyarakat mahu menerima mereka?

Jadi jangan salahkan kerajaan jika mereka kembali ke kegiatan lama seperti mana yang ditunjukkan T. Mohan yang secara langsung tidak memahami aturan dan sistem polie ke atas penjenayah.

Mohan semasa menghadiri seminar pencegahan jenayah yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan berkata kegagalan EO disebabkan polis menerima rasuah dari tahanan dengan membekalkan telefon pintar, minuman keras dan makanan yang enak.

“Apa dia buat bantu kaum India? MIC parti politik sendiri tak jaga kebajikan orang India kemudian salahkan EO, salahkan undang-undang. Mereka pun tak buat apa-apa,” kata Musa lagi.

Dalam sebuah forum pada Sabtu, Mohan berkata, jika masalah rasuah itu tidak dibanteras, undang-undang pencegahan seperti pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) tidak akan berkesan dan tidak mampu menangani masalah gangsterisme.


Beliau berkata kenyataannya hanya merujuk kepada sebilangan anggota polis dan kebanyakan mereka melakukan tugas dengan baik.
 

PEMILIHAN CEC DAP TIADA PEMBAHARUAN DAN KEKALKAN PENGUASAAN ANAK BERANAK


Berikut senarai barisan kepimpinan DAP Pusat selepas pemilihan semula 20 anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Kongres Khas DAP.

Anggota CEC bagi tempoh 2013 dianggotai 20 ahli yang dipilih dan 10 lagi dilantik, tidak berubah berbanding barisan kepimpinan yang dipilih pada Disember, tahun lepas.
   
20 Anggota CEC Dipilih:

1. Liew Chin Tong (1,438 undi)
2. Lim Kit Siang (1,436)
3. Karpal Singh (1421)
4. Gobind Singh Deo (1409)
5. Lim Guan Eng (1,304)
6. Chong Chieng Jen (1,294)
7. Anthony Loke Siew Fook (1,263)
8. Chow Kon Yeow (1,203)
9. Fong Kui Lan (1,193)
10.Teng Chang Khim (1,164)
11.Tony Pua Kiam Wee (1,158)
12.Zairil Khir Johari (1,132)
13.Teresa Kok Suh Sim (1,127)
14. Chong Eng (1,111)
15. M.Kula Segaran (1,088)
16. Tan Kok Wai (1,088)
17. Teo Nie Ching (1,081)
18. Boo Cheng Hau (961)
19. Nga Kor Ming (956)
20. Ngeh Koo Ham (809)
   
   
10 anggota CEC Dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw
2. Dr P. Ramasamy
3. Senator Ariffin SM Omar
4. Vincent Wu Him Ven
5. Jimmy Wong Sze Phin
6. Dr John Brian Anthony
7. Dr Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah 
9. V. Sivakumar
10. Thomas Su Keong Siong
   
Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi (lima jawatan): Chow Kon Yeow , Dr Senator Ariffin SM Omar, Chong Chieng Jen, M. Kula Segaran, Teresa Kok Suh Sim.
  
Setiausaha Agung: Lim Guan Eng
  
Penolong Setiausaha Agung (tiga jawatan): Chong Eng, Ngeh Koo Ham, Dr P. Ramasamy
  
Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun
  
Penolong Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming
  
Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Anthony Loke Siew Fook
  
Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong
  
Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Tony Pua Kiam Wee
  
Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari
  
Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar
  
Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong
  
Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau
  
Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Dr Tan Seng Giaw, Datuk Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong Sze Phin, Dr Edwin Bosi, Dr John Brian Anthony, Gobind Singh Deo.
  
Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin
   
Jawatankuasa/Biro lain:

Jawatankuasa Disiplin: Tan Kok Wai
Anggota: M.Kula, Dr P.Ramasamy, Tan Seng Giaw
Biro Pilihan Raya: Tan Kok Wai
Anggota: Liew Chin Tong, Anthony Loke
Biro Pakatan Rakyat: Teng Chang Khim
Anggota: Anthony Loke Siew Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong, Gobind Singh Deo, Tony Pua Kiam Wee, Vincent Wu Him Ven.
Biro Perundangan: Gobind Singh Deo
Biro Kebudayaan: P.Gunasekaran
Biro Buruh: A.Sivanesan
Majlis Perundingan Dayak (baru ditubuh): Dr John Brian Anthony

Majlis Perundingan Kadazan, Dusun, Murut (baru ditubuh): Dr Edwin Bosi
 

TIADA KEJUTAN DALAM PEMILIHAN SEMULA CEC DAP


Tiada sebarang kejutan ke atas pemilihan semula CEC DAP petang semalam yang menyaksikan anak beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berjaya menempatkan diri dalam kelompok 20 perwakilan yang mendapat undi tertinggi.

Seperti biasa dalam ucapan pemimpin tertinggi DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang menuduh konspirasi BN dalam mendesak Jabatan Pertubuhan Negara untuk meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC DAP. Kenyataan itu sebenarnya cubaan ntuk menutup kelemahan mereka sendiri di mana bukan BN atau UMNO mahupun komponen BN lain yang mendesak sebaliknya ahli DAP sendiri yang membuka pekung di dada dan membuat laporan kepada ROS.

Sekali lagi DAP memainkan sentimen rasis dengan mengatakan semua ini adalah kerana UMNO yang tidak mahu melihat DAP Cina berkuasa di Malaysia.

Apa pun melihat kepada undi tertinggi yang diperolehi DAP menyaksikan bukan Karpal Singh, bukan Lim Guan Eng dan bukan Lim Kit Siang yang mencatat undi tertinggi sebaliknya Liew Chin Tong.

Zairil Khir Johari di kedudukan ke-12 dengan memperolehi 1,132 undi manakala M.Kulasegaran  mendapat 1,088 undi bagi menunjukkan DAP itu sebuah parti berbilang kaum.

Sama ada ini dirancang atau tidak, hakikatnya DAP dikuasai pemimpi Cina yang mahu menguasai Malaysia dan seterusnya menidakkan kepentingan Melayu dan Bumiputera.


Dengan kesudahan pemilihan semula CEC DAP menyaksikan BN sekali lagi perlu segera mempekemaskan jenteranya bagi mempertahan dan mematahkan serangan DAP dalam menghadapi PRN Sarawak Ke-11 akan datang.  
 

AMK SARAWAK MARAHKAN RAKYAT SARAWAK SEBAB WALK AGAINST 20 SEN GAGAL


Walk Against 20 sen anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak dengan kerjasama SAMM Malaysia yang bermula dari Bangunan Wisma Hopoh ke Padang Merdeka tidak mendapat sambutan daripada rakyat Sarawak khususnya di Kuching.

Dengan hanya sekitar kurang 50 orang sahaja mereka yang bersama AMK Sarawak berbanding jumlah penduduk Kuching seramai lebih 500,000 orang, jelas perhimpunan haram Walk Against 20 sen GAGAL.


Menjadikan isu kenaikan minyak 20 sen sebagai isu utama yang dibawa AMK Sarawak dan SAMM dengan meminta rakyat Sarawak berjalan kaki pergi kerja dengan berjalan kaki. Dengan tema itu ternyata ia gagal kerana mana mungkin pergi kerja berjalan kaki juga AMK Sarawak hanya retorik untuk mengelirukan rakyat.




Walk Against 20 sen juga telah menyebabkan jalan raya di Kuching sedikit sesak dengan perjalanan mereka di jalan raya menganggu pergerakan kereta.




Terima kasih rakyat Sarawak kerana berfikiran rasional dengan tidak terjebak dengan dakyah AMK Sarawak yang sememangnya menyusahkan rakyat. 
 

AMK SARAWAK MAHU RAKYAT PERGI KERJA JALAN KAKI


Pergi kerja jalan kaki atau sengaja hendak mewujudkan huru-hara ke atas rakyat Sarawak? Berdasarkan tindak-tanduk AMK Sarawak sebelum ini, itu hanya gimik bagi memburukkan kerajaan. Itulah sebenarnya tujuan mereka dan menghuru-harakan rakyat Sarawak.

Bagi menjayakan tujuan mereka ini, kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen sebagai isu tarikan mereka untuk menjadikan rakyat memarahi kerajaan.

Apakah selepas hari ini, AMK Sarawak akan berjalan kaki untuk pergi kerja seperti mana yang diarahkan mereka kepada rakyat dalam tujuan penganjuran Walk Against 20 sen?



Apapun Walk Against 20 sen itu pastinya tidak mendapat permit daripada polis kerana perbuatan mereka ini menyebabkan kesesakan jalan raya. 
 

AHLI PARLIMEN DAP M. KULASEGARAN DITEMPLAK PANDIKAR AMIN


Mahu menjadi raja segala hero, sekali lagi Ahli Parlimen DAP M. Kulasegaran telah ditemplak Speaker Dewan Rakyat berhubung dakwaan terdapat ahli politik UMNO mengaut keuntungan besar dengan membawa masuk 4,000 orang pekerja asing ke negara ini.

Ahli Parlimen Ipoh Barat itu berhujah bagi meraih populariti dan kepentingan politik selain cubaan memburukkan kerajaan dalam soal yang tiada kebenarannya.

M. Kulasegaran bangkit dalam soalan tambahan berhubung rasional langkah kerajaan membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh pada sesi soal jawab. Soalan ini turut mendapat perhatian ahli-ahli Parlimen BN yang mengasak pertanyaan M. Kulasagaran.

Sebaliknya empunya diri tidak menjawab asakan itu dan hanya diam saja. Dalam diam, M. Kulasegaran mendakwa terdapat pekerja Bangladesh diberikan kad pengenalan khas untuk mengundi dalam pilihan raya umum lalu walaupun siasatan SPR mendapati perkara itu satu pembohongan oleh kumpulan berkepentingan.

Berhubung dakwaan berkenaan, Pandikar Amin dengan tegas menyatakan apa yang dinyatakan Kulasegaran adalah satu tuduhan.

"Ini saya lihat satu kebiasaan, kadang-kadang membuat kenyataan sedemikian. Kalau ada bukti, namakan saja siapa ahli politik yang terlibat. Sebagai Ahli Yang Berhormat, kita mesti bertanggungjawab dengan kenyataan itu, jangan timbulkan persepsi di luar sana," tegasnya.


Pemimpin Pakatan Pembangkang bukan menggunakan sesi Dewan Rakyat sebagai tempat untuk menyalurkan permasalahan rakyat sebaliknya digunakan untuk kepentingan politik dan kepentingan kerjaya mereka sebagai peguam di mahkamah. 
 

PUNCA SURENDRAN DIHALAU KELUAR DEWAN RAKYAT


Apa sahaja perkataan yang hendak dicakapkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran berhubung tindakannya dihalau dari Dewan Rakyat hanyalah kepentingan politik bagi menjadi ‘hero’ India dan meraih publisiti.

N. Surendran cuba membangkitkan usul petisyen rayuan kes kematian dalam tahanan di Dewan Rakyat hingga mencetuskan kemarahan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hingga memaksanya menghalau keluar Ahli Parlimen Padang Serai dari Dewan.

Sebelum keluar, Naib Presiden PKR itu bertegas dengan pendiriannya hingga memaksa kedua-dua perang mulut bagi mempertahankan diri. Dengan kuasa yang ada dan berasaskan peraturan Dewan, Speaker Dewan Rakyat itu menghalau N. Surendran.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengulas keputusannya menghalau keluar Naib Presiden PKR itu dari Dewan selepas berdegil dengan arahan supaya duduk dan menunggu sesi soal jawab selesai untuk mengemukakan sebarang petisyen.

"Dalam Peraturan Mesyuarat, memang tidak boleh membawa isu-isu yang ada kepentingan. Adakah (Surendran) semalam mempunyai kepentingan oleh kerana beliau peguam atau semata-mata agenda politik. Kalau beliau peguam kepada ahli keluarga tahanan terbabit, haruslah beritahu Dewan yang beliau ada kepentingan peribadi.

"Petisyen adalah rayuan, rayuan kalau di negara lain, boleh merayu di Parlimen jika sudah tidak ada tempat mengadu tetapi ada di luar sana.

Pandikar Amin berkata, dalam kes kematian dalam tahanan itu, Surendran menyatakan kerajaan harus mengambil tindakan mendakwa sesiapa yang bertanggungjawab di balai polis berkenaan.

"Tetapi apabila usul datang ke pejabat saya, saya rujuk menteri berkenaan. Menurut Kanun Tatacara Jenayah (CPC), mereka tidak boleh membuat pendakwaan, mesti ada inkues. Tetapi beliau (Surendran) tidak boleh tunggu dan mahu tindakan terus dibuat.

"Saya dilihat seperti tidak prihatin, tiada tindakan. Dalam kes ini, ada tindakan tetapi kenalah ikut prosedur-prosedur tertentu," ujarnya.

Beliau memberitahu, sebelum ini terdapat beberapa Ahli Parlimen yang dilihat 'berapi-api' berhujah dalam kes-kes tertentu dan selepas diselidiki, wakil rakyat terbabit merupakan peguam bela kepada anak guam membabitkan kes itu.

"Ini bercanggah dan saya tegaskan, dalam Peraturan Mesyuarat, tidak boleh ada kepentingan (bawa isu ke Parlimen)," jelasnya.


Jelas bahawa tujuan Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang mengemukakan hujah kes-kes di Dewan Rakyat adalah untuk kepentingan politik dan kepentingan memenangi kes di Mahkamah. 
 

PAKATAN PEMBANGKANG MAHUKAN NEGARA TIDAK MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG


Jika desakan Pakatan Pembangkang mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan kononnya atas sebab hak asasi manusia, kerajaan telah laksanakan termasuklah memansuhkan undang-undang EO di mana membebaskan tahanan yang dibuang daerah yang kebanyakannya merupakan bekas pembunuh upahan, pengedar dadah dan ada yang perompak ganas.

Dengan pemansuhan ISA dan EO telah mengakibatkan keganasan di Malaysia semakin berleluasa kerana kerajaan masih lagi menangguhkan undang-undang bagi menggantikan ISA. Akibatnya kekejaman kongsi gelap ke atas rakyat dan terbongkarnya pembunuhan upahan serta kejadian rompakan yang berleluasa.

Untuk itu, Menteri Dalam Negeri menegaskan kepada pemimpin Pakatan Pembangkang bahawa pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang akan dibawa ke Dewan Rakyat bagi perbincangan sangat penting untuk membanteras jenayah yang kini berleluasa.

Tiada istilah ‘zalim’ dalam PCA 1959 ini memandangkan ia bertujuan untuk membanteras jenayah dan mengurangkan kadar keganasan yang kini menghantui rakyat Malaysia. Untuk itu, jika Pakatan Pembangkang mahu kadar jenayah yang meningkat sekarang ini turun dan ‘menjaga keselamatan rakyat’ maka pemimpin Pakatan Pembangkang perlu menyokong pindaan PCA 1959.

Kerajaan tidak melihat pindaan PCA 1959 ini sebagai suatu undang-undang untuk menzalimi penjenayah sebaliknya menghukum mana-mana rakyat yang terlibat dengan jenayah dan mengancam keselamatan rakyat dan negara wajar menerima hukuman setimpal dengan kesalahan yang dibuat mereka.

"Tidaklah (bukan kembali kepada ISA). Itu adalah pindaan selari, kerana apabila PCA dipinda, ia juga melibatkan 10 undang-undang lain.

"Oleh itu, pindaan selari dilakukan supaya tidak bercanggah dengan pindaan yang akan dibuat oleh saya dalam akta itu (PCA) nanti.


Ahmad Zahid akan membuat penjelasan berhubung pindaan itu di Dewan Rakyat pada 30 September ini sekali gus meminta semua pihak bersabar dan tidak membuat tafsiran sendiri mengenainya.
 

MAT SABU SIFATKAN PERTANDINGAN DALAM PAS TIDAK DEMOKRASI


Takut akan persaingan dan kekalahan dalam pemilihan Muktamar PAS Ke-59 yang dijadualkan 22 November depan membuatkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pertandingan yang diadakan di dalam parti itu bertujuan untuk memilih bukan cara untuk menyingkirkan pemimpin.

Mat Sabu dijangka akan diheret ke pertandingan dengan ada calon ulama yang akan menentangnya dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS seperti mana yang dikehendaki Mursyidul Am PAS, Nik Aziz.

Desakan itu susulan PAS kini sudah tergelincir daripada landasan Islam sebenar dan dipengaruhi anasir-anasir luar seperti idealogi liberal yang dibawa PKR dan Anwar Ibrahim.

Sambil menyifatkan jika wujud pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS, maka ini akan memecahbelahkan perpaduan dalam PAS yang kini dikuasai golongan liberal. Jika ini terus berlaku masa depan PAS akan menjadi kabur.

“Ini trendnya dan saya hairan bagaimana ia muncul.

"Jika tidak ditangani dengan baik dalam masa terdekat kita bimbang masa depan PAS yang dilihat cemerlang sekarang ini akan kabur di masa depan.


Dalam usaha untuk terus menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu akan terus mempertahankan dirinya walau apa cara sekalipun sebagai mewakili Anwarinas dan idea liberal dalam PAS. 
 

AZMIN ALI SINDIR KHALID IBRAHIM! #MASJID&BOLA


#Masjid&Bolasepak. Itulah yang sindiran tajam Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ke atas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim apabila mengajak umat Islam bermain bola sepak namun pada yang sama tidak lupa mengimarahkan masjid.

"Jom kita bermain bola sepak dan kemudian jangan lupa ke masjid. #Masjid&Bolasepak

Sindiran Azmin itu dipercayai berkisar dari kenyataan Khalid semalam yang memberi kata dua kepada PAS Selangor berhubung tajaan Menteri Besar Incorporated (MBI) kepada pasukan bola sepak negeri itu.

"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid.

"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak? Jadi kita kena buat pilihan," kata Khalid.

PAS Selangor sebelum ini berkata kekurangan penajaan MBI terhadap pasukan bola sepak Selangor menyebabkan ada beberapa pemain utamanya diintai oleh pasukan lain dengan menawarkan gaji yang lebih tinggi.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dalam pada itu turut memuji prestasi pasukan kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang sedang bersaing dalam peringkat suku akhir Piala Malaysia.


"Tahniah PKNS FC! Tapi jangan lupa ke masjid. #Masjid&Bolasepak.
 

AL-FATIHAH: BEKAS MENTERI BESAR KEDAH MENINGGAL DUNIA


Marilah kita semua rakyat Malaysia sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang telah disahkan meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi.


Al-Fatihah
 

EXCO KERAJAAN SELANGOR BERMESYUARAT DI BANGKOK ATAS ALASAN PELABURAN? KENAPA SEKARANG DI WAKTU KEMATIAN CHIN PENG?


Apa sahaja alasan yang diberikan Kerajaan Negeri Selangor dalam mengadakan mesyuarat di Bangkok, Thailand minggu lepas, rakyat Selangor tidak percaya langsung.

Persoalan kenapa di Bangkok dan tidak tempat lain? Jika Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Negeri Selangor, Sallehin Mukhyi mendakwa langkah kerajaan negeri mengadakan permukiman di Bangkok, adalah bagi melihat secara dekat latar belakang operasi syarikat yang ingin melabur di Selangor.

Pada waktu itu juga berlakunya kematian Bapa Komunis Malaysia, Chin Peng di Bangkok, Thailand. Apakah ini hanya kebetulan atau sudah dirancang dan pelaburan itu hanya alasan remeh sahaja.

Sebelum ini beberapa exco yang turut sama dalam delegasi kerajaan negeri ke Bangkok menjelaskan tujuan pemukiman di luar negara adalah bagi mengelakkan ‘gangguan’ dan ketidakhadiran exco dalam mesyuarat mingguan seperti kebiasaannya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata, pemukiman tersebut bertujuan membincangkan pelan tindakan lima tahun bagi pembangunan sosio ekonomi rakyat Selangor.

Katanya lagi, kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan syarikat yang memiliki banyak pusat beli-belah di Thailand, Kumpulan Central Pattana yang melabur RM500 juta untuk membina sebuah pusat membeli-belah di I-City Shah Alam.

Namun apa yang menghairankan, rombongan tersebut melakukan perbincangan dengan Central Pattana tanpa kehadiran wakil dari I-Berhad, dan ia disahkan oleh setiausaha akhbar Khalid, Arfaeza Abdul Aziz.

Ini sekaligus menimbulkan persoalan mengapa tidak syarikat tersebut sendiri yang mengambil peluang untuk mendapatkan syarikat pelabur bagi pembinaan pusat membeli-belah berkenaan.

ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus dilaporkan Antarapos sebelum ini menyelar langkah kerajaan negeri Selangor membawa kesemua exconya bermesyuarat di Bangkok sebagai tindakan membazir dana awam.

Katanya, wang yang digunakan bagi membiayai pemukiman (retreat) barisan exco itu boleh dimanfaatkan untuk kebajikan rakyat.

“Sebagai sebuah negeri yang berkebajikan apabila membawa exco mesyuarat ke luar negara beerti mereka bermewah-mewah, jadi di mana kebajikan kepada rakyat yang dijanjikan?

“Kalau tidak bermesyuarat di luar negara sudah tentu perbelanjaan untuk membawa exco tu boleh digunakan untuk membantu rakyat yang miskin yang memerlukan bantuan.


“Sepanjang tahun ini berapa perbelanjaan kerajaan negeri gunakan untuk menghantar wakil rakyat mereka samada yang mesyuarat exco ataupun lawatan-lawatan lain,” katanya.
 

MUSLIMAT PAS DAN PEMUDA PAS TUNDUK DAN BERI PENGHORMATAN TERHADAP CHIN PENG


Pemimpin PAS bersama PKR dan Anwar Ibrahim sebelum ini telah tunduk dan memberi penghormatan kepada mayat Teo Beng Hock sebagai tanda kesepakatan.

Kini, muslimat dan Pemuda PAS sanggup datang ke Thailand bagi memberikan penghormatan dengan tunduk hormat ke atas mayat Chin Peng.


Inilah yang dikatakan sebagai PAS mengamalkan ajaran Islam liberal di mana tidak berpandukan al-quran dan hadis sebaliknya bertunjangkan matlamat menghalalkan cara.
 

DAP BUKAN PARTI MULTI KAUM SEBALIKNYA HANYA UNTUK ORANG CINA


Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor mahu Anthony Loke Siew Fook melantik orang Melayu bagi menggantikan Karpal Singh dalam menjawat jawatan Pengerusi DAP jika benar DAP sebagai sebuah parti pelbagai kaum.

Ini susulan daripada tindakan dan perbuatan Karpal Singh dan DAP yang mempersenda serta mempermainkan orang Melayu dalam perjuangan DAP yang kononnya DAP sebagai parti pelbagai kaum. Hakikatnya DAP hanya untuk orang Cina dan perkara ini tidak dapat disangkal.

Jawapan Anthony terhadap persoalan Zulkifli ialah “beri pada orang Melayu atau dia sendiri?”

Seakan-akan sudah ada jawapan dan sememangnya jawapan itu merupakan jawapan selamat, Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban menegaskan, faktor kaum tidak menjadi kayu ukur dalam memilih pemimpin DAP sebaliknya kebolehan dan pengalaman pemimpin tersebut yang akan dipertimbangkan.

“Dalam DAP, sesiapa sahaja yang dihormati dan diberikan mandat boleh menjadi pemimpin DAP, tanpa mengira latar belakang kaum atau agama dia.

“Tapi, kebiasaannya kita tidak melihat warna kulit untuk mempertimbangkan siapa yang menjadi pemimpin parti. Kita melihat kebolehan dan pengalaman beliau. Jadi faktor kaum tidak wujud,” katanya.

Katanya, selama 47 tahun DAP wujud, jawatan Pengerusi tidak pernah diberikan kepada pemimpin Melayu. Inikah yang dinamakan parti pelbagai kaum???


Sejak DAP ditubuhkan Dr Chen Man Hen memegang jawatan Pengerusi parti itu selama 31 tahun (1968-1999), Lim Kit Siang 5 tahun (1999 -2004) dan Karpal Singh 9 tahun (2004-2013).
 

ADIK BEKAS KETUA MENTERI PULAU PINANG DISYAKI MENYELUDUP ABU MAYAT CHIN PENG


Selesai majlis penghormatan ke atas Chin Peng dan mayatnya juga dimaklumkan telah dibakar dan sekarang menunggu penerbangan ke Malaysia.

Desas-desus ini tersebar luas dan maklumat awal mengesahkan sekarang menuju ke Malaysia. Sebijak-bijak pandai, akhirnya perbuatan ini berjaya dihidu pihak berkuasa.

Maklumat awal mengesahkan adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang antara yang ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kerana disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Selain itu seorang warga asing turut ditahan malam tadi sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai Airways mendarat.

Kedua-duanya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bersama pegawai tertinggi di peringkat pusat.

Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asst Komisioner Nasir Salleh, Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superitenden Mohd Hatta Mohd Zain dan Ketua Polis George Town Asst Komisioner Gan Kong Meng.

Kira-kira jam 9.55 malam tadi, kelihatan kehadiran anggota polis yang ramai dikawasan ketibaan lapangan terbang termasuk anggota berpangkat atasan menimbulkan spekulasi bahawa kedua-dua individu yang ditangkap cuba untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara.

Menurut sumber polis, kedua-dua individu tersebut juga menghadiri majlis pengkebumian Chin Peng di Thailand dan membawa beberapa barang kenangan berkaitan bekas pemimpin komunis tersebut.


Sumber: Sarawak Online
 

KEMEROSOTAN PASUKAN BOLA SEPAK SELANGOR DISEBABKAN KURANGNYA TAJAAN MENTERI BESAR SELANGOR


Akibat tersingkirnya pasukan bola sepak Selangor dalam saingan Piala Malaysia dan pemecatan jurulatihnya, Irfan Bakti telah menyebabkan penyokong Selangor menunding jari kepada pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Selangor khususnya Presiden FAS, Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor.

Kejayaan beberapa pasukan berstatus kelab khususnya PKNS yang merupakan ‘adik’ kepada pasukan Selangor yang turut berjaya memasuki pusingan suku akhir membuatkan Selangor tunduk malu.

Akibatnya, Pemuda PAS Selangor telah mengkritik pengurusan FAS dengan kekurangan penajaan sukan bola sepak negeri oleh syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI) telah menyebabkan Selangor kurang bermaya dan sebagai punca tersingkirnya dalam Piala Malaysia biarpun mempunyai pemain berstatus pemain negara.

Tidak hairanlah sekiranya ramai pemain Selangor akan angkat kaki tahun depan jika masalah kekurangan tajaan tidak dapat diselesaikan segera.

Tidak tahan dengan desakan dan kritikan, Presiden FAS, Khalid Ibrahim telah memberi kata dua kepada penyokong Selangor supaya membuat pilihan di antara "masjid atau bola".

"Saya dapati jumlah peruntukan yang diberikan, kalau rakan-rakan Pemuda PAS berminat (hendak tahu), tiap-tiap tahun kita mempunyai peruntukan untuk membiayai bola sepak melebihi pembinaan satu masjid.

"Bererti tiap-tiap tahun kita guna melebihi RM7 juta. Maknanya, adakah (Pemuda) PAS berminat untuk kita buat masjid atau pun menggalakkan bola sepak?

"Jadi kita kena buat pilihan," katanya merujuk kepada desakan Pemuda PAS.

Semalam Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan mengkritik kekurangan penajaan MBI sehingga menyebabkan pemain seperti Amri Yahyah, Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar cuba dipikat Kelab Johor Darul Takzim dengan tawaran gaji yang lumayan.

Mohd Sany berkata kegagalan penaja menyalurkan penajaan akan menyebabkan pemain senior dan berbakat negeri itu berhijrah dan dibimbangi akan menyebabkan pasukan "gergasi bola sepak negara suatu ketika dahulu menjadi lesu dan tidak bermaya".


MBI adalah penaja utama pasukan Selangor.
 

KARPAL SINGH TERTUNDUK MALU APABILA DISERANG ISU LIWAT ANWAR


Dewan Rakyat hari ini gamat selepas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar membangkit isu Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang menjadi peguam bela kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.

Tindakan itu merupakan sikap tidak berintegriti kerana Karpal Singh pernah membuat tuduhan kepada Anwar Ibrahim di dalam Dewan Rakyat pada tahun 1998 dan tidak menarik balik kenyataan tersebut.

"Kalau dia (Karpal) merupakan seorang peguam yang berintegriti, saya cabar dia tarik balik tuduhan dia terhadap Ahli Parlimen Permatang Pauh sebelum ini. Adakah terdapat unsur kepentingan politik yang membuatkan beliau menjadi peguam bela kepada Anwar Ibrahim?."

Sebagai peguam yang terkenal, perkara yang melibatkan integriti tidak sepatutnya membelenggu beliau (Karpal)," katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menambah, terdapat juga persoalan mengenai hubungan Karpal Singh dan Anwar Ibrahim selepas tersebarnya rekod urusniaga bernilai RM50 juta di antara kedua-dua pemimpin pembangkang itu.

Katanya, peguam di negara ini sepatutnya tidak membuat sesuatu perkara yang memperlihatkan seolah-olah peguam di Malaysia tidak berintegriti dan mudah dibeli dengan wang.

"Ini soal ciri-ciri Jabatan Guaman di Malaysia, mereka nampak seperti mudah dibeli dan perkara itu akan dipersoalkan oleh rakyat dan pihak-pihak dari luar negara.

“Peguam sepatutnya bekerja berlandaskan undang-undang dan menegakkan keadilan tetapi sekarang kita lihat peguam-peguam ini seperti mewakili pembangkang dan ini tidak sepatutnya dilakukan mereka.

"Majlis peguam tidak boleh bersikap memilih dengan menyatakan bahawa seringkali silap dalam sesuatu isu tetapi apabila ianya melibatkan pembangkang mereka terus senyap," katanya.


Noh menegaskan, Majlis Peguam sepatutnya bertindak membantu rakyat yang mempunyai masalah dan bukan hanya membantu ahli parlimen pembangkang.
 

JELAS CHIN PENG BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA


Apapun alasan Pakatan Pembangkang, Chin Peng bukang warganegara Malaysia bersandarkan rekod yang terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan rekod JPN, Chin Peng tidak pernah menerima tawaran yang diberikan oleh kerajaan biarpun ditambah peluang kedua kali.

"Berdasarkan data JPN, Perjanjian Hat Yai telah memberikan dua kali (peluang) kepada beliau (Chin Peng) tetapi malangnya beliau menolak.

Pemimpin Pakatan Pembangkang mendesak kerajaan Malaysia membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa dan disemadikan di Malaysia.

"Mengikut semakan yang dilakukan JPN tidak ada rekod yang menyebut bahawa Chin Peng pernah menjadi warganegara Malaysia kecuali beliau menggunakan nama lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini berdasarkan Perjanjian Hat Yai 1989 yang ditandatangani bekas Setiausaha Agung PKM itu dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara pada masa itu.

Ahmad Zahid sekali lagi mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan desakan pihak tertentu yang mahu abu mayat Chin Peng di tanam di Malaysia.

"Ia bukan sahaja mengenai abu mayatnya. Kami bimbang seseorang akan membina tugu peringatannya dan memberi penghormatan kepadanya.

"Kita juga perlu mengambil kira perasaan anggota veteran tentera dan polis serta keluarga mereka yang menjadi mangsa kekejaman Chin Peng semasa mengetuai PKM," katanya.

Mayat bekas setiausaha agung PKM itu dibakar di Bangkok, Thailand semalam, seminggu selepas mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok pada 16 September lalu.


Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia selepas mengambil kira kekejaman yang dilakukannya.
 

NIZAR JAMALUDDIN TIDAK SAMA SEPERTI ANWAR IBRAHIM


Jika Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohammad Nizar Jamaluddin sanggup dan membenarkan DNA miliknya diambil bagi membuktikan dirinya tidak terlibat atau mempunyai kaitan hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Mohammad Nizar menawarkan DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin PKM itu bagi membuktikan kesahihan penafiannya.

“Ambillah DNA saya dan periksalah daripada debu-debu Chin Peng sama ada saya ada hubungan tali kekeluargaan, saya pun nak tahu  juga, kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula.

“Sebenarnya kita semua ini satu keturunan, itu sahaja. Saya menafikan sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula” katanya tersenyum.

Selain Nizar, Chin Peng juga dikatakan mempunyai hubungan keluarga dengan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Alangkah moleknya jika Anwar Ibrahim mempunyai sikap yang sama seperti Nizar Jamaluddin yang bersedia dan mahu memberikan DAN miliknya untuk dianalisis untuk membuktikan tuduhan itu tidak benar.


Mungkin Nizar boleh bercakap kepada Anwar Ibrahim supaya menyerahkan DNA agar kes liwatnya itu segera diselesaikan segera. Ramai rakyat Malaysia sudah muak dengan kes liwat Anwar itu yang tidak selesai. 
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger