‘SAMPAH SARAP’ MEWARNAI SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56 DI DATARAN MERDEKA


Rakyat Malaysia gembira dan megah dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-56, tetapi tidak bagi penyokong Pakatan Pembangkang. Mereka sebaliknya cuba untuk menimbulkan huru-hara dengan membawa sendiri bendera sang saka yang menjadi pujaan mereka. 

Setelah 56 Tahun Merdeka, Malaysia yang telah dipimpin oleh 6 orang Perdana Menteri dan dikuasai Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah berjaya meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.


Di kala kemajuan dan keamanan yang dikecapi negara hasil kepimpinan Barisan Nasional, ada juga rakyat Malaysia yang bersikap membenci hanya kerana kepentingan politik mereka yang tidak tercapai.








Orang yang membenci inilah yang merosakkan imej negara. Orang sebegini tidak layak duduk di Malaysia dan wajar diusir dari Malaysia.
 

UTUSAN MELAYU: MAT SABU KELUARKAN KENYATAAN SIFATKAN “MAT INDERA SEBAGAI PEJUANG DAN BUKAN KOMUNIS”


Apa yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Melayu ialah kenyataan yang benar tanpa sebarang tokok tambah mahupun edit. Justeru, tiada sebarang niat untuk merendahkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu berhubung kenyataannya yang menyifatkan Mat Indera sebagai pejuang negara dan bukannya komunis yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

Tiada sebarang suntingan dan kenyataan itu diungkapkan sendiri Mat Sabu di hadapan orang ramai ketika berceramah di Kampung Padang Menora, Tasek Gelugor, dua tahun lalu dan bukannya direka oleh media.

Adalah menjadi hak dan tanggungjawab Utusan Melayu mempertahankan dirinya daripada sebarang provokasi daripada pihak yang kena tuduh.

Sebagai yang arif dengan sejarah, kenyataan Mat Sabu itu bertentangan dengan sejarah negara. Atas sebab itu wajarlah Utusan Melayu mengebahkannya demi mendapat pandangan dan makluman berhubung kebenaran sejarah.

Mohamad Sabu @ Mat Sabu memfailkan saman pada 21 Disember 2011 dengan menamakan Utusan Melayu dan Aziz sebagai defendan kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya berhubung serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.

Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa pihak defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos 2011 dan dua bahan terbitan pada keesokannya yang berunsur fitnah.

Pernyataan pembelaan pihak defendan pula menyatakan bahawa penyiaran artikel-artikel tersebut adalah benar dan ulasan yang saksama serta diterbitkan berdasarkan perlindungan bersyarat.


Dalam ceramah oleh Mat Sabu itu antara lain beliau menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah wira sebenar dan bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian itu.
 

KONGSI GELAP CINA DAN INDIA PALING MERBAHAYA


Daripada 49 kongsi gelap yang telah diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, kongsi gelap Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 merupakan kumpulan samseng yang paling merbahaya.

Bahayanya apabila ketiga-tiga kongsi gelap ini menjalankan pelbagai jenis jenayah berat dan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam.

Geng 36 yang majoriti ahlinya daripada kaum Cina mempunyai 8,512 ahli dan bergerak aktif di sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Manakala, Geng 04 dan Geng 08 yang mempunyai jumlah ahli masing-masing 5,240 orang dan 4,423 orang serta dianggotai kaum India pula dikesan aktif melakukan jenayah di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka


SENARAI NAMA 49 KONGSI GELAP DAN GANGSTER DI MALAYSIA

Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan nama 49 kongsi gelap hari ini sebagai tindakan yang pantas dan relevan sesuai dengan OPS CANTAS yang telah dilancarkan polis pada 23 Ogos lepas.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan senarai 49 kongsi gelap yang mempunyai keanggotaan seramai 40,313 ahli dan aktif beroperasi di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, antara senarai kongsi gelap tersebut ialah Geng 007, Tiga Line dan Geng 30 yang majoritinya dianggotai oleh kaum Melayu.

Katanya, bagi kebanyakan kaum India pula menganggotai Geng 04, Geng 21, Geng 24, Geng 08, Geng 18, Geng 35, Geng 36, Geng 303 dan Geng Satu Hari.

"Kaum Cina di Semenanjung ramai menganggotai Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, Hong Hong San, Pneh, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Ah Heng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor.

"Kumpulan di Sabah pula ialah Atap, Hung Ann, Sui Yuk, Wah Kee, Otai dan Borneo Red EMP manakala, di Sarawak ada 16 pertubuhan iaitu Ah Ngau, Batu Tiga, Ah Feng, Batu 10, Sibu Ti, Ah Seng, Ah Chin, Lee Lung, Lo Han, Sungai Merah, Sungai Badut, Ting Ching Lee, Tua Cak Lee, Teksi Station, Pintu Merah dan Krokop," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya telah mengisytiharkan kesemua pertubuhan tersebut sebagai haram dan menyalahi undang-undang mengikut seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa semalam.

Ini menunjukkan kerajaan dan polis bersedia dalm menghadapi ancaman kongsi gelap yang kini mengganas akibat sokongan daripada beberapa pemimpin politik.

Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata rakyat mengharapkan tindakan yang tegas diambil dan berkesan. Jadi ini semua adalah ketetapan yang dibuat oleh kerajaan supaya sesuatu dapat kita lakukan secara bersungguh-sungguh dan komprehensif melalui Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia.


Jumlah keseluruhan ahli kongsi gelap yang direkodkan ialah seramai 40,313 orang yang bergerak secara aktif dalam 49 pertubuhan kongsi gelap di seluruh negara dengan menjalankan kegiatan seperti pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.


 

LIDAH BERCABANG LIM GUAN ENG DALAM LARANGAN PENAYANGAN FILEM TANDA PUTERA DI PULAU PINANG


Sama seperti kes Pemilihan Semula CEC DAP, isu larangan penayangan filem Tanda Putera di Pulau Pinang telah mencetuskan kontroversi terbaru.

Selepas kritikan dan desakan rakyat bahawa larangan penayangan Filem Tanda Putera di Pulau Pinang akhirnya Ketua Menteri, Lim Guan Eng sekali lagi mengeluarkan lidah bercabangnya dengan mengatakan bukan larangan tetapi nasihat.

Semalam Lim Guan Eng melarang semua pawagam di Pulau Pinang menyiarkan tayangan Filem Tanda Putera hingga memaksa pemilik pawagam mengembalikan wang kepada mereka yang telah menempah tiket secara online (atas talian).

Golden Screen Cinema (GSC) menerusi laman webnya mengumumkan bahawa filem 'Tanda Putera' tidak akan ditayangkan di Pulau Pinang sebagai mematuhi nasihat yang diumumkan semalam.

Menurut pengumuman itu, GSC akan membuat pembayaran balik kepada pelanggan yang telah membeli tiket filem itu mulai pukul 5 petang hari ini, pada waktu operasi pawagam dalam tempoh seminggu dari tarikh tayangan.

Tinjauan Bernama di beberapa pawagam di Queensbay Mall, 1st Avenue, Prangin Mall, Kompleks Bukit Jambul dan Gurney Plaza mendapati filem berkenaan tidak ditayangkan.

Dan, hari ini sekali lagi Lim Guan Eng mengelurkan kenyataan bahawa kenyataannya semalam sudah disalah tafsir wartawan. Dengan tegas, Lim Guan Eng mengatakan kenyataan semalam hanya nasihat dan tidak melarang mana-mana pawagam di negeri ini menayangkan filem Tanda Putera.

Seperti semalam juga pemilik pawangan telah diarah untuk tidak menayangkan Filem Tanda Putera seperti mana arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam surat yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Filem Tanda Putera mula ditayangkan serentak di 60 pawagam di seluruh negara mulai hari ini. Filem itu diarahkan Datuk Shuhaimi Baba itu yang diterajui dua bintang utama iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak Hussein dan Zizan Nin sebagai Tun Dr Ismail Abdul Rahman.


Filem 'Tanda Putera telah diterbit dengan kos RM4.8 juta yang dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC).
 

SENARAI NAMA 49 KONGSI GELAP DAN GANGSTER DI MALAYSIA


Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan nama 49 kongsi gelap hari ini sebagai tindakan yang pantas dan relevan sesuai dengan OPS CANTAS yang telah dilancarkan polis pada 23 Ogos lepas.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan senarai 49 kongsi gelap yang mempunyai keanggotaan seramai 40,313 ahli dan aktif beroperasi di seluruh negara.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, antara senarai kongsi gelap tersebut ialah Geng 007, Tiga Line dan Geng 30 yang majoritinya dianggotai oleh kaum Melayu.

Katanya, bagi kebanyakan kaum India pula menganggotai Geng 04, Geng 21, Geng 24, Geng 08, Geng 18, Geng 35, Geng 36, Geng 303 dan Geng Satu Hari.

"Kaum Cina di Semenanjung ramai menganggotai Geng 24, Geng 18, Geng 36, Geng 21, Ang Soon Thong, Wah Kee, Sio Sam Ong, Hong Hong San, Pneh, Hai San, Sin Ang Bin, New Cell 20, Jit It Hai, Sio Koon Tong, Gee Lam Kor, Gee Ah Heng, Loh Kuan, Tiang Yee Tong dan Geng Leng Hor.

"Kumpulan di Sabah pula ialah Atap, Hung Ann, Sui Yuk, Wah Kee, Otai dan Borneo Red EMP manakala, di Sarawak ada 16 pertubuhan iaitu Ah Ngau, Batu Tiga, Ah Feng, Batu 10, Sibu Ti, Ah Seng, Ah Chin, Lee Lung, Lo Han, Sungai Merah, Sungai Badut, Ting Ching Lee, Tua Cak Lee, Teksi Station, Pintu Merah dan Krokop," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya telah mengisytiharkan kesemua pertubuhan tersebut sebagai haram dan menyalahi undang-undang mengikut seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa semalam.

Ini menunjukkan kerajaan dan polis bersedia dalm menghadapi ancaman kongsi gelap yang kini mengganas akibat sokongan daripada beberapa pemimpin politik.


Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata rakyat mengharapkan tindakan yang tegas diambil dan berkesan. Jadi ini semua adalah ketetapan yang dibuat oleh kerajaan supaya sesuatu dapat kita lakukan secara bersungguh-sungguh dan komprehensif melalui Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia.
 

DAP KATA ORANG MELAYU SEBAGAI PENDATANG DI TANAH MELAYU


Disebalik isu kontroversi CEC DAP yang diarahkan untuk diadakan semula selepas Pemilihan Semula CEC DAP yang diadakan pada penghujung 2012 tidak sah, DAP kini cuba pula untuk menghapuskan identiti Melayu Islam di Malaysia.

Ketua Wanita DAP, Chong Eng menuduh orang Melayu di Malaysia juga pendatang sama seperti orang Cina dan India di Malaysia.


“Fikiran di dalam buku ini..yang saya khuatir ialah ia menggambarkan bahawa orang Cina, orang India adalah pendatang dan orang Melayu adalah tuan tanah di dalam Malaysia ini.

“Yang sebenarnya.. Melayu (juga) adalah datang dari luar Malaysia. Yang betul-betul orang asal di sini ialah orang asli,”kata Chong Eng kepada KiniTV.

Beliau telah mengeluarkan kenyataan tersebut pada tahun 2011 yang boleh disifatkan sebagai kenyataan bodoh dan buta sejarah.

Berasaskan kenyataan DAP itu dipercayai ada usaha terancang untuk menghapuskan identiti Melayu Islam di Malaysia.

Seperti yang berlaku di negara jiran Singapura di mana orang Melayu sudah hilang identiti Melayu Islamnya dan lebih banyak mengamalkan kehidupan liberal seperti yang dimahukan pemerintah Singapura.

“Kalau kita pergi ke muzium Singapura, kita akan lihat pertama kali kita melangkah, (ditulis) ‘Melayu bodoh.. Melayu rasuah.. Melayu lanun… Melayu perompak’, itulah imej yang diberikan Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat mereka sendiri dan para pelancong.

Umum mengetahui orang Cina menguasai Singapura. Dengan menghapuskan identiti Melayu Islam, maka identiti Cina dilihat semakin berkembang.
 

HEBATNYA ORANG CINA SEBAGAI GENGSTER DAN KONGSI GELAP


Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Ini berasaskan kenyataan beberapa pemimpin politik yang seolah-olah melindungi gengster dan mendakwa tindakan polis itu salah.

Berdasarkan kumpulan gengster yang telah dikenalpasti, gengster orang Cina mendominasi Hong Shun Tang, 3821, Wu Se Qi, Hong Men dan Hua Ji Dang. Ini diikuti kumpulan gengster orang India yang merangkumi Geng 04, Geng 08, Geng 21 dan Geng 36. Manakala, geng 3 Calit datangnya dari orang Melayu.

Dengan OPS CANTAS yang diperkenalkan Polis telah membuatkan segala macam rahsia sedikit sebanyak terbongkar khususnya dalam pembabitan pemimpin terhadap gejala gengster ini.

Bagi memastikan OPS CANTAS ini berkesan, polis telah bertindak mendedahkan senarai nama kongsi gelap dan kumpulan gengster berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

"Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.


"Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana. 
 

FILEM TANDA PUTERA BUATKAN KERAJAAN DAP PULAU PINANG MENGAMUK



Sebelum ini filem Tanda Putera mendapat kritikan dan kecaman khususnya daripada Pakatan Pembangkang. Namun, akhirnya filem ini telah mendapat ‘keizinan’ daripada kerajaan untuk ditayangkan disebabkan ia memaparkan peristiwa bersejarah dan mempunyai ‘nilai’ untuk dimaklumkan kepada rakyat Malaysia.

Di sebalik keizinan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha DAP, Lim Guan Eng membantah penayangan filem Tanda Putera dengan meminta semua pemilik pawagam di negeri itu supaya tidak menyiarkan penayangan filem itu.

Menurut Lim Guan Eng, filem tersebut dijadual ditayangkan pada Khamis, 29 Ogos ini mengandungi babak fitnah yang boleh menimbulkan provokasi dan perasaan benci antara kaum.

Namun, ramai berpendapat kenyataan Lim Guan Eng itu hanya bersifat ‘kepentingan’ peribadi bagi ‘menjaga’ air muka orang-orang Cina. Setelah tayangan perdana filem itu, ramai karyawan berpendapat filem itu tidak mempunyai masalah untuk ditayangkan dan bertepatan dengan kisah sejarah yang benar.

Bersandarkan babak beberapa pemuda Cina dipaparkan membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor serta di satu bendera Malaysia menjadi asas kepada Lim Guan Eng mengatakan insiden itu sebagai fitnah.


Persoalan kini, bagaimana pula dengan DAP yang sebelum ini banyak mengeluar dan menayangkan ‘fitnah’ ke atas beberpa pihak, tetapi menghalalkannya di Pulau Pinang?
 

#merdeka56 #im56 #fh14 VIDEO TAYANGAN MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU DI PAWAGAM




Bermula 28 Ogos, Rabu, lebih 720 pawagam di seluruh negara akan menayangkan video Tayangan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku sebelum filem ditayangkan kepada umum.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengesahkan perkara ini dan berterima kasih kepada pawagam yang terlibat.

Pada kali ini, tema Hari Kebangsaan Ke-56 Tahun ini mengambil berat tentang soal keselamatan dengan mengambil contoh kejadian Lahad Datu di Sabah dan pejuang-pejuang kemerdekaan khususnya datuk, nenek dan moyang kita.


Kepada rakyat Malaysia juga apa salahnya kita sama-sama kibarkan Jalur Gemilang bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang hanya disambut setahun sekali.

Jika bukan kita siapa lagi yang akan mempertahankan negara kita daripada terus diejek dan dipandang rendah oleh negara lain.

Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini bukanlah boleh dijual beli. Kita sebagai warganegara harus mempertahankannya daripada terus dijajah termasuklah jajahan minda.
 

 

#merdeka56 #im56 #fh14 RAKYAT MALAYSIA MASIH KURANG KIBARKAN JALUR GEMILANG



 
Kerajaan baru sahaja bercadang mewujudkan undang-undang khas bagi mewajibkan setiap premis sama ada milik kerajaan atau swasta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang sambutan bulan kemerdekaan.

Namun, sudah ada suara-suara ‘sumbang’ yang mengritik cadangan kerajaan dengan pelbagai alasan dan musabab yang tidak berasas. Kritikan itu menggambarkan ‘pengkritik’ itu tidak mempunyai semangat cintakan negara.

Bagi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan, pendirian tersebut diambil memandangkan masih banyak premis dan bangunan terutama milik swasta belum mengibarkan bendera walaupun sambutan hari kemerdekaan negara semakin hampir.

Berbeza dengan ketika pilihan raya di mana setiap bangunan kedai dan premis swasta mengibarkan bendera parti masing-masing. Jika ini boleh dilakukan, kenapa usaha mengibarkan Jalur Gemilang sukar untuk dilaksanakan?

Mengambil contoh negara jiran yang mana syarikat-syarikat swasta turut serta mengibarkan bendera sepanjang bulan kemerdekaan termasuk syarikat milik antarabangsa.

Ketika ini Malaysia mengamalkan mengibarkan Jalur Gemilang secara sukarela. Namun begitu, kerajaan bersedia mengkaji untuk mewajibkan setiap premis bukan sahaja bangunan tetapi melibatkan kediaman mengibarkan bendera sepanjang bulan kemerdekaan.

Sehingga ke hari ini (Isnin) masih ramai di kalangan rakyat Malaysia masih belum mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing.
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger