PECAH PALAK MIKIR! CELUPAR MULUT BADAN BINASA



Semacam tidak serik, blogger tajaan Unit Media Baru (UMB) UMNO yang lebih dikenali sebagai Pecah Palak Mikir (PPM) atau turut dikenali Cikgu Fadzil yang merupakan ‘orang’ Semenanjung dan pernah berkhidmat dengan UMB BN Sarawak di bawah Saudara Aziz Tan Sri Adenan semasa kempen PRU-13 lepas sekali lagi telah menimbulkan isu yang tidak bertempat. Kali ini Ketua Pengarah JASA, Dato’ Fuad Hassan menjadi sasarannya disebabkan suatu tweet berkenaan isu pihak sekolah menyediakan tempat makan di dalam tandas.

Melihat kepada tweet Fuad Hassan pada jam 2.43 petang yang berbunyi “Kerajaan perlu siasat segera. Jika benar ini perbuatan guru bodoh dan bebal. Tindakan keras pelu diambil. Tak guna otak dan common sense. Jangan selindung. Usaha murni toleransi dimusnahkan oleh perbuatan orang yang tidak berakal”.

Jika difahami sebenar-benarnya tweet berkenaan tiada isu yang harus dimarahi PPM sebagai blogger UMB UMNO yang selama ini membantu dalam mempertahankan BN. Kenapa perlu mengelabah? Apakah PPM mempunyai kaitan kekeluargaan dengan Guru Besar sekolah terbabit? Juga, salahkan sebagai rakyat memberikan pandangan berhubung tindakan yang perlu diambil kerajaan dan mereka yang terlibat dalam permasalahan ini?

Agaknya PPM kecewa dan mengelabah disebabkan kenyataan pedas Fuad Hassan itu menunding jari kepada Guru Besar. Mungkin PPM seorang guru! Dan, apakah semua guru tidak boleh dipersalahkan jika bersalah walaupun sebesar zarah? Memang guru amat istimewa di mata rakyat sehingga setiap kemahuannya kepada kerajaan dipenuhi, tetapi bagaimana guru yang sentiasa mencipta isu dan membangkang kerajaan dalam setiap hal? Apakah mereka ini juga perlu dijaga dan dipelihara?


Berbicara pasal PPM, selepas PRU-13 PPM seolah-olah kecewa dengan ‘layanan’ istimewa UMB BN Sarawak dan Aziz Tan Sri Adenan, PPM telah mengambil keputusan ‘berhijrah’ kembali ke Semenanjung. Akibat keceluparan PPM, tidak pasal-pasal Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak telah menerima tempias. Akibatnya berlaku tuduh-menuduh yang tidak berasas angkara keceluparan tangan PPM yang menaip di dalam blog dan media sosial FB.

Selepas insiden tersebut PPM berdiam diri dan secara langsung telah menyebabkan Tun Faisal campur tangan. Di Sarawak, lebih dahsyat lagi isu yang dicipta PPM ini telah mengeruhkan hubungan UMB BN Sarawak dan BN Sarawak. Ini boleh ditafsirkan sebagai PPM sebagai batu api untuk memecahbelahkan politik BN Sarawak. (Lihat beberapa artikel PPM selepas PRU-13 akibat kekecewaan yang tidak dibayar untuk kebenaran)

Menyentuh mengenai sumbangan PPM dalam politik di Malaysia khususnya di Sarawak, boleh dikatakan hanya ‘syok’ sendiri kerana kebanyakan tindakan dan perkara yang mahu dilakukan tidak menepati citarasa orang Sarawak. Jangan anggap orang Sarawak tidak pandai hingga sanggup mengimport blogger dari UMB UMNO untuk membantu berkempen dalam PRU-13 yang lalu.

Segala macam sejarah PPM di Sarawak sudah lama diperhatikan dan diketahui malah tidak keterlaluan boleh dikatakan PPM sebagai syok sendiri. Mana tidaknya, angkara tidak puas hati dan memecah temberang UMB BN Sarawak menyebabkan sedikit kecoh hubungan UMB BN Sarawak dan BN Sarawak. Sungguh hebat permainan PPM ini yang diibaratkan sebagai pencetus isu.

Sebagai blogger jalanan yang tidak berbayar ini dalam PRU-13 lalu tidak mahu blogger mencampuri urusan politik Sarawak dan cukuplah sekadar mempertahankan kerajaan BN menerusi isu nasional. Manakala, isu tempatan rakyat Sarawak sendiri lebih arif kecuali ada campur tangan daripada pemimpin Pakatan Pembangkang daripada Pusat.  


Justeru, bagi PRN Sarawak Ke-11 akan datang, kami blogger jalanan Sarawak tidak mahu blogger seperti PPM ini yang hanya mengucar-kacirkan politik tempatan Sarawak. Jika tidak berpuas hati gunakanlah saluran yang betul bukan dengan membuka pekung di dada. Ilmu politik PPM ini masih cetek dan banyak yang perlu dipelajari. Nasihat yang harus dipatuhi, jagalah tepi kain sendiri.  
 

MANA LEBIH PENTING? MENARIK DIRI @ TAMBAH DOSA !

 
Sama ada akur atau menerima tekanan daripada rakyat khususnya masyarakat Islam, keempat-empat finalis yang beragama Islam dalam Miss Malaysia World telah menarik diri daripada menyertai pertandingan yang memperagakan tubuh dan aurat kewanitaan itu.

Ini dijelaskan penganjur Miss Malaysia World, Datuk Anna Lim yang mengatakan keempat-empat finalis itu tidak boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik susulan daripada kajian semula terhadap fatwa yang berkaitan dengan agama Islam berdasarkan undang-undang.

Tindakan ini diambil selepas mendengar sendiri penerangan daripada Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali berkaitan hukum hakam seorang wanita Islam dalam memperagakan tubuhnya kepada umum menurut hukum Islam.

Che Mat juga menerangkan dengan lebih detail akan undang-undang mengikut fatwa yang telah dikuatkuasakan dan sudah pun dilaksanakan. Maka tiada apa perubahan yang dilakukan.

Jika sebelum ini ada di kalangan finalis terpaksa mengutuk fatwa yang dikeluarkan JAWI itu sebagai melanggar hak asasi seseorang manusia itu disifatkan sebagai buta. Harus diingat setiap manusia mempunyai agama anutannya dan setiap kehidupannya berpandukan nilai-nilai agama.

Begitupun, menurut Anna Lim, keempat-empat gadis berkenaan kecewa, tertekan dan sedih.

Apakah mereka (4 finalis Miss World Malaysia) itu mahu merasai azab di dunia atau di akhirat? Sebagai Islam, setiap umatnya dititikberatkan akan kehidupan di dunia dan di akhirat. Jika di dunia sudah jahil agama, bagaimana seksanya azab di akhirat kelak.

Berbeza dengan peserta lain yang kelihatan gembira kerana peluang untuk memenangi Ratu Miss World Malaysia terbuka luas selepas penarikan diri 4 peserta beragama Islam.


Namun, melihat respon Anna Lim ternyata sebagai penganjur beliau terkilan dengan perkara yang berlaku kerana tujuan mengekploitasi tubuh wanita Islam tidak kesampaian. 
 

TERIMA KASIH MENTERI DALAM NEGERI ATAS KEPRIHATINAN MENDENGAR KELUHAN BLOGGERS


Kami (blogger) tidak berbayar, tetapi kami bekerja demi agama, bangsa dan tanahair. Atas sebab itu, atas nama agama, bangsa dan tanahair, para bloggers dan pengamal media sosial yang prihatin telah mendedahkan bagaimana filem ‘The New Village’ yang cubaan untuk menghidup dan mengagungkan idealogi komunis boleh ‘terlepas’ untuk ditayangkan pada 22 Ogos ini?

Blogger MyMassa telah berjaya merungkai permasalahan ini dan disambut bloggers dan pengamal media sosial lain yang mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengkaji balik penayangan filem ini. Jika tidak, sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan pada Ogos ini akan dicemari dengan idealogi komunis.

Dengan tindakan cepat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan ditapis semula dari segi plot cerita dan mesej agar tidak terpesong dan mengguris hati yang kebanyakan mereka yang hidup dalam zaman komunis itu masih hidup.


Dengan ‘suara-suara’ kecil bloggers dan pengamal media serta beberapa NGO’s yang prokerajaan yang berjaya membangkitkan tentang unsur komunisme dalam filem berkenaan.


Akhbar Utusan Malaysia sebelum ini telah melaporkan pendedahan sebuah blog (MyMassa) mengenai filem itu yang dilihat mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' dan mempersoal bagaimana ia boleh ditayang pada bulan kemerdekaan sedangkan filem 'Tanda Putera', yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei, terpaksa ditangguh tayangan beberapa kali. 
 

INI JAWAPAN PAS ATAS KEKALAHAN TERUK CHE LONG DALAM PRK KUALA BESUT



Seperti biasa setiap perkara sama ada menang atau kalah, pasti bersebab. Dan, PAS mengumumkan sebab utama PAS menerusi calonnya Che Long kalah teruk dalam PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai lepas disebabkan masalah tarikh mengundi.

Sebab musabab ini berasaskan 24 Julai (Rabu) itu hari bekerja. Atas sebab itu juga ramai pengundi DUN Kuala Besut yang berada di luar Terengganu tidak dapat pulang mengundi. Demikian menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan PAS.

Kenapa tarikh ini tidak dibantah sewaktu SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi? Kenapa baharu sekarang (selepas mengundi)?

Tidak cukup menyalahkan tarikh mengundi, PAS juga mendakwa tarikh tersebut (Rabu) itu seolah-olah telah direncanakan pihak tertentu untuk tidak memberi peluang menang kepada PAS. Seperti biasa PAS mahupun Pakatan Pembangkang akan menunding jari kepada SPR dan Kerajaan (merujuk kepada BN) sebagai punca kepada permasalahan ini.

Dengan kuat mengatakan PAS kalah disebabkan tarikh, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pihaknya optimis calon PAS menghampiri kemenangan sekiranya tarikh mengundi dibuat pada cuti hujung minggu. Namun, sekiranya tidak menang sekalipun, PAS tidaklah kalah teruk seperti yang dialaminya sekarang.


Sambil menolak kenaikan undi calon BN sebanyak 158 undi itu suatu yang sememangnya telah dijangka. Malah, PAS mengandaikan BN seharusnya mendapat undi yang lebih banyak berdasarkan kepada cara dan kaedah kempen yang mereka laksanakan. 
 

ANWAR IBRAHIM GELISAH KOS TINGGI PETISYEN PRU-13 DI MAHKAMAH



Apa sahaja yang melibatkan diri Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan PKR itu sendiri pastinya Ketua Pembangkang itu akan mengemukakan cerita palsu. Mana tidaknya, sebelum ini Anwar sering sahaja menangguhkan perbicaraan yang melibatkan dirinya mahupun apa sahaja perkara yang tidak memuaskan hatinya.

Terbaru, Anwar menggesa Hakim Besar Malaya, Tun Arifin Zakaria supaya campur tangan berhubung kos petisyen mencabar keputusan PRU-13 yang dianggap sebagai "luar biasa". Kenapa perkara ini berlaku?

Kenapa Anwar tidak menggesa Tun Arifin Zakaria masuk campur dalam kes liwatnya yang kini terlalu banyak tertangguh akibat perbuatan Anwar yang sering mengelak kes itu dibicarakan!

Dengan alasan kos terlalu tinggi, Anwar menyifatkan beberapa kes yang cuba dibawa ke mahkamah terpaksa difikirkan banyak kali akibat PKR dan Pakatan Pembangkang tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup. Apakah ini benar atau sengaja diadakan bagi Anwar memperoleh publisiti menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Anwar merujuk kepada kes petisyen DUN Teluk Bahang di mana Hakim Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan mengenakan kos RM120,000. Sebelum ini hakim yang sama juga telah mengenakan kos petisyen Balik Pulau sebanyak RM30,000.

Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataannya kepada media bahawa PKR dan Pakatan Pembangkang akan mengemukakan sebanyak mana petisyen dalam PRU-13 lepas sebanyak tanda kepentingan awam.


Namun, kini Anwar selaku Ketua Pembangkang cuba mengeksploitasi kos yang tinggi sebagai punca PKR dan Pakatan Pembangkang berfikir banyak kali untuk mengemukakan petisyen. 
 

LIM GUAN ENG KEMBALI HIDUPKAN API RASIS DAP




Mengambil alasan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa dalam mencampuri urusan hospital kerajaan sekalipun ia berlaku di Pulau Pinang. Namun, Lim Guan Eng mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan isu pasangan porno Alvin dan Vivian disebabkan mereka berdua Cina.

Isu terbaru bangkit apabila Lim Guan Eng berdolak-dalik berhubung dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memberi kerjasama mengenai siasatan kes doktor Cina bersikap perkauman terhadap pesakit Melayu di sebuah hospital kerajaan di negeri Pulau Pinang.

Dengan ugutan terhadap Timbalan Menteri Kesihatan, Lim Guan Eng meminta menteri berkenaan memberikannya kuasa dengan menyerahkan kuasa hospital kerajaan di Pulau Pinang kepada kerajaan DAP jika mahu isu ini selesai.

"Atas sebab itu, saya ingin menjemput Hilmi ke pejabat saya pada hari Rabu ini supaya beliau dapat tunjukkan bukti bahawa saya pernah berjanji secara lisan untuk menyerahkan laporan kes berkenaan kepada Kementerian Kesihatan.

"Mungkin dalam pertemuan itu kelak boleh dibincangkan mengenai perkara ini atau serahkan kuasa pentadbiran hospital awam di negeri ini kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, Hilmi mendakwa Guan Eng pernah berjanji secara lisan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam bahawa beliau akan menyerahkan laporan berkenaan kepada kementerian setelah isu berkenaan dibangkitkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Isu doktor rasis mula timbul apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin mendedahkan terdapat pesakit Melayu yang mendapat layanan buruk daripada seorang doktor berbangsa Cina sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam DUN.

Terbaharu, Roslan tampil dalam sidang akhbar bersama beberapa pesakit yang mendakwa menerima layanan buruk daripada doktor di dua buah hospital kerajaan di Pulau Pinang bagi membuktikan kejadian itu benar-benar berlaku.

Mengulas lanjut, Guan Eng menyifatkan dakwaan Hilmi sebagai mengejutkan kerana beliau tidak pernah berjanji secara lisan untuk memberi maklumat.

Jelas ini menunjukkan bahawa kerajaan DAP yang diterajui Lim Guan Eng bersikap talam dua muka. Jika isu ini membabitkan orang Melayu, kerajaan Pulau Pinang tutup mata sahaja dan jika membabitkan orang Cina maka lantanglah suara mereka. Ini seakan mendiskriminasi masyarakat Melayu di Pulau Pinang.
 

KEMENTERIAN DALAM NEGERI DAN FINAS SOKONG TAYANG FILEM KOMUNIS ?




Apakah Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi perlu mengangkat idealogi komunis? Umum mengetahui ideologi komunis yang terserap di Malaysia selepas kejatuhan Jepun dan hanya berjaya dihapuskan sepenuhnya pada tahun 1980-an dengan pelbagai perundingan dan tolak ansur.

Namun, kini idealogi itu kembali ‘menyerang’ Malaysia apabila sebuah flem berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 23 Ogos nanti. Difahamkan filem itu mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero dan ditayangkan pada ketika rakyat Malaysia akan menyambut kemerdekaan.

Perkara itu didedahkan oleh rakan blogger di blog, http://mymassa.blogspot.com selepas tayangan trailer filem tersebut yang menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru mula tersebar sejak minggu ini.

Blog itu seterusnya mempersoalkan bagaimana filem yang mengangkat perjuangan komunis itu boleh ditayangkan apatah lagi di bulan kemerdekaan? Berbeza dengan filem Tanda Putera yang bersifat nasionalisme dalam mempertahankan negara terpaksa ditangguhkan beberapa kali penayangannya disebabkan desakan pihak pembangkang khususnya DAP.

Dalam hal ini, KDN harus mempunyai jawapan bagaimana filem sebegini begitu mudah diluluskan hak penayangannya biarpun sebuah badan bertindak mempunyai rangka dan syarat ketat untuk meluluskan sesuatu filem untuk ditayangkan kepada umum.

Selain KDN, penerbit bersama ASTRO Shaw harus sensatif terhadap isu ini kerana masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih mengingat kembali kekejaman komunis. Apakah pihak yang terlibat ini mempunyai motif dan agenda tersendiri dalam mengangkat filem berherokan komunis?

"Apa nak jadi dengan negara ini. Filem macam ini pun akan ditayangkan ke? Tengok bertapa terhinanya filem sejarah negara seperti Tanda Putera yang terpaksa ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu.

"Namun filem The New Village ini begitu mudah pula mendapat hak tayangan dan apa yang lebih malang bila ia bakal ditayangkan pada bulan kemerdekaan negara.

Sebelum ini filem Tanda Putera yang mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969 tiga kali ditunda.

Alasan yang diberi pihak berwajib di sebalik arahan penangguhan tayangan tersebut ialah tidak mahu menimbulkan konflik dan kontroversi ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu.

 

#kualabesut HUSAM MUSA TERKEDU DIAM BILA CALONNYA CHE LONG KALAH TERUK DALAM PRK KUALA BESUT


Seperti tidak percaya calon pilihan Husam Musa, Che Long kalah teruk dalam PRK Kuala Besut ke atas calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman. Malah, dikatakan kekalahan calon PAS ini ada kaitannya dengan pergolakan dalam PAS Terengganu dan PAS Kelantan berhubung pemilihan calon.

Tidak cukup dengan itu, sepanjang kempen PRK PAS Kelantan dilihat mendominasi kempen berbanding PAS Terengganu. Persoalan di sini, kenapakah PAS Kelantan kelihatan berkuasa dan menonjol berbanding PAS Terengganu yang sepatutnya mengetuai kempen PAS dalam PRK Kuala Besut ini.

Ketika calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman meraikan kejayaan memenangi PRK Kuala Besut dengan peningkatan undi popular berbanding undi pada PRU-13, calon PAS, Che Long dikatakan sukar menerima kekalahan ini biarpun sebelum ini pernah menyatakan niat untuk menolak sebagai calon PAS jika tidak atas nasihat Husam Musa.

Difahamkan PAS akan melakukan bedah siasat mengenai kekalahan mereka kepada BN. Bagi PAS, mereka mempunyai peluang besar untuk menang dengan berbekalkan sokongan PKR dan DAP, tetapi tidak menyangka faktor kekalahan dikatakan datangnya dari dalaman PAS sendiri.

Calon BN mengakui sepanjang 12 hari berkempen, beliau semenangnya tidak cukup tidur dan terasa keletihannya. Namun, kemenangan ini berbaloi dengan apa yang telah dilakukannya dan BN khususnya komponen BN yang bertungkus lumus mengambil hati rakyat di DUN Kuala Besut.

Bagaimanapun, kemenangan Tengku Zaihan itu diselubungi bantahan calon PAS yang mengatakan tindakannya mempamerkan kertas undi sebagai melanggar undang-undang pilihan raya. Tengku Zaihan ketika mengulas dakwaan itu perbuatannya itu dilakukan secara spontan disebabkan desakan jurugambar dan keadaan dirinya yang cukup letih.


Mengimbas kembali semasa hari pengundian, penyokong PAS bertindak kurang ajar dengan menahan kereta yang dinaiki Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, Kuala Besut.

Para penyokong PAS bertindak sedemikian disebabkan menganggap ada pihak luar cuba mencampuri urusan pengundian memandangkan kereta yang dinaiki Wan Ahmad dan anggota SPR tidak mempunyai logo SPR. Kejadian itu sangat memalukan dan dilihat seperti dirancang penyokong PAS yang sentiasa curiga akan sebarang unsur-unsur luar yang boleh menyebabkan kekalahan calon mereka.

Pada PRK DUN Kuala Besut semalam, Tengku Zaihan mengalahkan calon PAS, Endot @ Azlan Yusof, 48, dengan majoriti 2,592 undi setelah Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi.


Tengku Zaihan berterima kasih kepada penduduk Kuala Besut yang mengundinya dan masih mengekalkan jiwa 'Gelombang Biru' hingga berjaya mengelakkan DUN Terengganu daripada tergantung 16:16 seperti yang dicanangkan oleh PAS mengenai 16:16 Terengganu Baru.
 

#kualabesut CALON PAS CHE LONG TELAH DIUMUMKAN SEBAGAI CALON KALAH


Berdasarkan pemerhatian penganalisis politik di beberapa PDM dalam DUN Besut, sungguh memeranjatkan apabila banyak PDM yang sebelum ini dimenangi PAS dalam PRU-13 lepas.

Lebih mengejutan lagi jumlah sokongan kepada BN semakin meningkat dan pastinya calon PAS, Che Long kini hanya menunggu masa untuk diisytiharkan kalah. Ini pastinya memberikan tamparan hebat buat Pengarah Pilihan Raya PAS PRK DUN Kuala Besut, Husam Musa.

Husam Musa sebelum ini telah menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk mencalonkan ‘orangnya’ Che Long sebagai calon PAS dalam PRK DUN Kuala Besut biarpun PAS Terengganu sudah mempunyai calon mereka sendiri.

Lebih mendukacita PAS, biarpun telah melakukan kempen yang berkiblatkan apa sahaja termasuklah memberikan rasuah minyak motorsikal percuma kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas. Mereka yang menggunakan kereta tidak layak untuk menerima minyak percuma ini.

Pada hari mengundi hari ini, PAS telah membawa turun Ustaz Azhar Idrus (UAI) untuk berkempen bagi calon PAS serta beberapa mahasiswa wanita yang berteriak supaya memberi sokongan kepada calon PAS.


Ekstrem penyokong-penyokong PAS di DUN Kuala Besut yang kebanyakan mereka datangnya dari Kelantan tidak mematahkan semangat peraih-peraih undi BN yang dilihat sangat bersopan santun. BN tetap dengan pendirian untuk tidak termakan perang psikologi PAS yang boleh membawa kepada pergaduhan jika emosi tidak dikawal.


Menurut pengundi Kuala Besut, kali ini mereka akan pastinya calon BN menang dan meneruskan tradisi peninggalan penyandang kerusi DUN Kuala Besut yang meninggal dunia sebelum ini. PAS tidak mampu mentadbir apatah lagi dengan memberikan pembangunan dengan melihat kreadibiliti calon PAS itu sendiri yang ternyata tidak berminat untuk menjadi calon dalam PRK Kuala Besut.  
 

#kualabesut TAHNIAH CALON BN MENANG BESAR CALON PAS KALAH TERUK


Berkat kesabaran dan keredhaan di bulan Ramadhan, akhirnya calon BN di PRK DUN Kuala Besut menang dengan majoriti 2,608 undi.


Dengan kemenangan ini jelas pengundi-pengundi di DUN Kuala Besut memilih calon BN dan menolak calon PAS biarpun PAS dilihat telah melakukan kempen yang diluar jangkaan.
 

#kbesutkini BN CATAT KEMENANGAN BESAR DENGAN MAJORITI 2,608 UNDI



Waktu pengundian telah ditutup jam 5.00 petang tadi dan kini proses pengiraan undi sedang dilakukan. Pada ketika ini juga petugas-petugas bergilir-gilir mengira undi disebabkan waktu berbuka puasa bagi negeri Terengganu dan kebanyakan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Manakala, negeri Sabah dan Sarawak sudahpun berbuka bermula jam 6.30 petang tadi.

SPR menjangkakan keputusan PRK DUN Kuala Besut akan diketahui selewat-lewatnya sebelum jam 10.00 malam sekiranya tiada sebarang bantahan daripada mana-mana pihak.

Jangkaan keluar mengundi yang dicatatkan SPR sepanjang hari ini sejak jam 8.00 pagi tadi menunjukkan seramai 12,919 pengundi atau 78.14 peratus sudah keluar mengundi. Jumlah keseluruhan, termasuk undi awal sebanyak 911, menjadikan seramai 13,830 orang (79.24 peratus) keluar mengundi.

Lebih sukacita dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang BN kalah pada PRU-13 lepas telah berjaya ditawan BN, iaitu PDM Kampung Nangka dan PDM Bukit Puteri. Menurut beberapa orang pemerhati politik yang kini berkumpul di DUN Kuala Besut menyatakan kemenangan memihak kepada BN dengan jangkaan hampir keseluruhan peti undi di beberapa PDM dimenangi BN.


Dengan berkat bulan Ramadhan ini dan niat yang baik, Insha Allah kemenangan akan memihak kepada calon BN, iaitu calon orang muda.
 

ISU SEKOLAH SRI PRISTANA CUBA DIPOLITIKKAN PAKATAN PEMBANGKANG



Isu sekolah Sri Pristana, ini adalah artikel yang saya jumpa (terima kasih kepada sesiapa yang telah memberikan link blog tersebut). Ini adalah terjemahannya.

Artikel ini ditulis oleh seorang lelaki india yang telah pun melawat sendiri ke sekolah tersebut.

"Saya ada pengalaman buruk kerana tidak diberi peluang untuk menjelaskan dari pihak saya sendiri apabila ada sesuatu isu timbul.

Sejak dari itu, saya mula memandang setiap perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Dengan bersikap secara adil, saya ingin berkongsi sesuatu info berkenaan sekolah SK Pristana mengenai isu yang tengah hangat diperkatakan oleh semua sekarang.

Saya telahpun pergi MELAWAT sekolah tersebut dan ini adalah hasil yang saya dapat:

1. Kantin sekolah tersebut sebenarnya mengalami masalah dalam menampung sebanyak 350 pelajar yang keluar untuk waktu rehat pada masa yang sama. Hal ini berlaku semenjak Januari 2013 lagi.

2. Pelajar- pelajar duduk disekitar kantin kerana kantin terlalu kecil dan tidak dapat menampung mereka yang lain untuk makan di dalam kantin itu sendiri.

3. Pengetua yang melihat situasi ini memutuskan untuk mengunakan bilik PERSALINAN yang terletak BERHAMPIRAN dengan kantin.

4. bilik persalinan tersebut mempunyai beberapa buah kerusi dan meja yang telah dibuka sejak bulan MAC 2013. Ini adalah salah satu inisiatif dari Pengetua untuk mengelakkan pelajar-pelajar duduk di sekitar kantin di bawah terik dan panas matahari.

5. Sehingga bermulanya Ramadhan, semua pelajar termasuklah pelajar MELAYU telahpun menggunakan bilik persalinan tersebut sebagai "kantin"

6. Sebenarnya TIADA tandas berdekatan dengan bilik persalinan tersebut.

7. Yang sebenarnya, ia hanyalah dua bilik persalinan untuk lelaki dan perempuan yang terletak bersebelahan.

7. Kamu boleh mengatakan bahawa ada tanda "tandas" (gambar lelaki dan perempuan yang selalu kita lihat di depan pintu tandas) di situ. Sebenarnya, itu bukan tanda "tandas" tetapi tanda yang membezakan bilik persalinan lelaki dan perempuan.

8. Tiada sebarang MANGKUK TANDAS didalam bilik persalinan tersebut dan jika dilihat secara dekat, pelajar meletakkan KASUT mereka diluar bilik persalinan.

9. Pengetua menggunakan bilik persalinan (lelaki) kerana ia mempunyai fasiliti seperti sinki. Tempat itu juga adalah tempat yang paling DEKAT dengan kantin. Bilik persalinan perempuan masih tidak di gunakan buat masa ini.

10. Di sekolah tersebut mempunyai 3 orang guru BUKAN MELAYU (2 orang india dan seorang lagi orang asli). Semua mereka sedar tentang hal ini dan mereka tiada masalah berkenaan dengan solusi sementara kerana masalah ruang kantin yang kecil dan tidak dapat menampung kesemua pelajar. Jika kamu berfikir bahawa pelajar INDIA di layan teruk, mestilah dua orang guru india juga akan bersuara dan marah tentang hal ini bukan? PIBG sekolah juga sedar akan hal ini .

11. Ibu bapa yang telah menyebarkan gambar ini di facebook, hanyalah melawat sekolah setelah diberitahu oleh pemandu bas sekolah yang kononnya pelajar makan di dalam tandas. mereka TIDAK TAHU perkara ini telah berlaku sejak bulan MAC 2013.

12. Sekolah itu telah di arahkan untuk tutup "kantin sementara" dan telah menerima alternatif yang lebih baik dan telah dipersetujui oleh pengetua sekolah.


Ini adalah sebahagian daripada kisah sebenar yang GAGAL untuk difahami oleh sesetengah pihak. 
 

SISTERS IN ISLAM (SIS) SUDAH MELAMPAU


JAKIM dengan tegas menasihatkan SIS supaya menghentikan provokasi dan spekulasi terhadap isu fatwa pengharaman ratu cantik kepada orang Islam.

Kenyataan SIS yang mempertikaikan kedudukan institusi fatwa dari sudut perundangan adalah tidak mengikut pandangan syarak dan tidak merujuk kepada undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, adalah tidak timbul dakwaan wujudnya diskriminasi dalam fatwa atau hukum yang dikeluarkan sama ada berasaskan gender, double standard atau sebagainya jika kita benar-benar memahami nas-nas syarak tentang hukum itu.

"Dalam membicarakan hukum-hakam Islam, semua pihak, khususnya SIS perlu ingat bahawa tidak boleh dibahaskan sewenang-wenangnya oleh golongan tidak berkelayakan dalam bidang agama kerana boleh menimbulkan kacau-bilau dan salah faham terhadap ajaran Islam sehingga mencalarkan maruah agama dan umat Islam seluruhnya.

Sebelum ini SIS mempertikaikan pengeluaran fatwa di Malaysia tidak islamik dan demokratik dalam isu ratu cantik di laman portal berita FMT.

SIS mempersoalkan bagaimana fatwa yang diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 dan yang lain boleh menjadi undang-undang secara automatik tanpa melalui proses perundangan dan ini telah mencabuli kebebasan asasi seseorang.

Ini semua disebabkan penyertaan 4 orang gadis Islam yang terpilih antara 20 finalis pertandingan yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini. Isu ini bukan yang pertama kali, tetapi sudah berkali-kali. Ternyata gadis Melayu di Malaysia ini tidak serik-serik sebab cetek ilmu agama.

Islam secara terang melarang umatnya menyertai pertandingan ratu cantik. Pertandingan ini jika tidak memperagakan pakaian seksi, tetapi masih lagi mempamerkan benda badan wanita yang boleh menimbulkan syak dan keraguan di khalayak bukan muhrim.


Sebagai seorang yang beragama Islam, menjadi kewajipan mereka mematuhi hukum Allah atau menghindarkan diri daripada terjebak dengan perlakuan yang bersalahan dengan hukum ditetapkan secara qati'e dalam al-Quran dan hadis.
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger