KERUSI DUN KUALA BESUT: PAS DAN PKR BIKIN DRAMA KALUT


Belum pun 7 hari Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar dari BN meninggal dunia, 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru, kem PAS dan PKR sudah mula ‘berperang’ bagi berebut calon yang sesuai untuk diletakkan Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil yang akan ditentukan SPR dalam masa terdekat.

Dalam PRU-13 Mei lepas, penyandang Dr Abdul Rahman telah menewaskan calon PAS bagi memenangi kerusi DUN Kuala Besut.

Atas sebab itu juga PAS berkeras akan meletakkan calon mereka di DUN Kuala Besut biarpun terpaksa berperang mulut dengan PKR yang dikatakan berminat untuk meletakkan calon mereka.

PKR menganggap inilah masa yang sesuai bagi mereka meletakkan calon PKR selepas calon PAS sebelum ini kalah kepada calon BN yang diwakili UMNO.

Bagi menangkis dakwaan PKR, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sebenarnya isu PKR mahu meletakkan calonnya bertanding di kerusi itu tidak sepatutnya timbul. PKR sebaliknya PKR Terengganu “tidak faham” apabila mengeluarkan kenyataan untuk mengetengahkan calon daripada parti itu pada PRK di DUN Kuala Besut.

Lazimnya ujar Mustafa, kerusi yang berlaku kekosongan perlu diserahkan kepada parti yang bertanding di kerusi itu pada PRU.

“Kita lihat dia tak serius dalam memberi kenyataan tersebut. Sebenarnya soal itu tidak berbangkit, isu nak meletakkan calon tersebut.

“Dia (PKR Terengganu) tak faham tentang kerusi tersebut,” kata Mustafa lagi.

Kelmarin, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, PKR mempunyai calon berpotensi untuk bertanding di kawasan tersebut yang sebelum ini ditandingi calon PAS, Napisah Ismail.

“Saya yakin PAS akan pertimbangkan calon daripada PKR. Bagi memperbaiki kedudukan di Terengganu, adalah baik PAS beri pertimbangan calon PKR di situ,” katanya.


Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali semalam berkata, kerusi Kuala Besut pernah dimenangi oleh PKR pada tahun 1999.
 

CHANDRA MUZAFFAR: ANWAR IBRAHIM GILA KUASA DAN SEMAKIN KHAYAL


Menurut bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar berkata, Anwar Ibrahim sedang menghadapi situasi mental berikutan kegagalan Pakatan Pembangkang menerima mandat rakyat dalam PRU-13 lalu. Atau lebih tepat lagi Anwar gila kuasa dan khayal untuk menjadi Perdana Menteri.

Sifat gila kuasa yang dimiliki Anwar  itu mengakibatkan Ketua Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai angan-angannya menjadi Perdana Menteri.

Mempunyai pengalaman bersama Anwar sewaktu mengasaskan PKR, Chandra memberitahu Anwar berpegang teguh pada angan-angannya itu dan akan melakukan sesuatu bagi menggagalkan pihak yang menang.

"Kami yang lama mengenali Anwar tahu matlamat hidupnya yang ingin menjadi Perdana Menteri.

"Saya sendiri tidak faham bagaimana Anwar boleh begitu yakin Pakatan Pembangkang boleh memenangi PRU-13 dengan menjadikan bilangan penyokong yang menghadiri ceramah sebagai kayu pengukur kerana keyakinan itu tidak berasas.

Pada masa yang sama, Chandra berpandangan, sokongan terhadap Anwar dari dalam dan luar negara kini semakin merosot.


Selain tidak mengiktiraf demokrasi dan menjadikan perhimpunan dan protes jalanan sebagai medan untuk mendapatkan sokongan rakyat, kebanyakan penyokong PKR dan Pakatan Pembangkang termasuk penyokong tegar Anwar sendiri kini mula sedar.
 

JUSUF KALLA DEDAHKAN PIHAK YANG MEMBIAYAI BLACKOUT 505


Sebagai seorang pendamai dan perantara antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan pertelingkahan berhubung PRU-13, bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengingatkan Anwar supaya menerima keputusan PRU-13 dengan seadanya seperti mana yang telah dipersetujui sebelum ini.

Dan, selepas keengganan menerima kekalahan, Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang menyusun segala strategi termasuk mengadakan perhimpunan haram Blackout 505 di seluruh negara.

Persoalannya kini siapakah yang menaja dan memberikan sumbangan bagi menjayakan perhimpunan Blackout 505?

Menurut Jusuf Kalla yang mendedahkan rahsia tangan-tangan yang membiayai perhimpunan itu menegaskan ia dibiayai beberapa pihak, khususnya dari Turki, Washington, Amerika Syarikat; Filipina serta kemungkinan Thailand dan China.

Katanya, pemberi dana yang besar itu datang dari sebuah syarikat besar di Filipina dan Turki untuk membantu aktiviti perhimpunan bantahan tersebut.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana rakan-rakan bisnes kita ketahui siapa mereka. Isunya untuk apa membuat perhimpunan tersebut jika hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu?

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengawal parti DAP? Anwar Ibrahim terdiam dan tidak dapat memberikan jawapan dengan jelas, ternyata beliau ada masalah untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain," katanya.

Menurut Jusuf, beliau terfikir bahawa tindakan Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan haram itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh-musuh Islam.

Oleh itu, benarlah andaian rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim itu sebenarnya menjadi alat dan boneka DAP yang sengaja mahu menjatuhkan agama Islam demi mencapai cita-cita untuk memerintah negara. Dengan ini dapat mengubah Perlembagaan dan menghakis identiti Melayu, Bumiputera dan kepentingan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.


Secara langsung juga merendahkan martabat institusi beraja yang sekian lama diamalkan di Malaysia yang menjadi lambang kedaulatan negara. 
 

ANWAR IBRAHIM TETAP DENGAN PENDIRIAN MAHU MENJADI PERDANA MENTERI


Kenyataan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai imaginasi sangat melampau kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam pilihan raya umum lalu ternyata menggugat kejantanan Anwar Ibrahim.

Berbekalkan dengan undi popular yang dilabelkan Pakatan Pembangkang sebagai memihak kepada mereka menjelaskan lagi sikap pembangkang bahawa mereka sekarang ini mencetuskan persepsi untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sebagai orang yang diamanahkan sebagai perantara, Jusuf Kalla telah mengadakan satu pertemuan bersama Anwar Ibrahim selepas pengumuman keputusan pilihan raya dan memberitahu Anwar bahawa Malaysia mengamalkan sistem undi elektoral, yang mana parti menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

Malangnya, menurut Jusuf Kalla lagi Anwar Ibrahim ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, beliau tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya memberitahunya, kamu sudah gila? Mana mungkin menjadi Perdana Menteri sedangkan hanya menang 89 kerusi Parlimen walhal Najib Razak menang 133 kerusi.

"Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu hanya menang 89 walhal Najib menang 133. Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga," katanya seperti dipetik daripada portal berita Merdeka Online di http://merdeka-online.com/home/wawancara- penuh-jusuf-kalla/ baru-baru ini.

Ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim sememangnya sanggup berbuat apa saja demi untuk memastikan hasrat dan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.
 

SELURUH SARAWAK BLACKOUT505 ANGKARA PAKATAN PEMBANGKANG


Tepat jam 1705 petang tadi seluruh Sarawak mengalami blackout hingga memaksa kesesakan lalu lintas terutama waktu puncak ketika masing-masing sibuk pulang kerja. Lebih memburukkan keadaan lampu isyarat di kebanyakan jalan raya tidak berfungsi dan lebih malang lagi tiada penguatkuasa polis traffik mahupun warden kerajaan tempatan.

Nampaknya ini masa yang sesuai buat Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang Sarawak membuat Perhimpunan Blackout505 seperti mana yang dibuat di beberapa negeri sebelum ini.

Secara berjenaka ramai rakyat Sarawak menyalahkan Anwar Ibrahim kerana kedegilannya menerima keputusan PRU-13 dan mengadakan Blackout505.


Apa pun ketika ini Sarawak sedang mengalami blackout dan dijangka akan pulih sediakala. Namun, rakyat Sarawak percaya semua ini angkara Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang Sarawak. 

Esok hari pasti akan ada keluhan dan kritikan Pakatan Pembangkang khususnya DAP yang akan menggunakan akhbar Cina dan PKR pula akan mempergunakan akhbar berbahasa Inggeris untuk menghentam Kerajaan di atas #blackout505 ini.
 

MAHUKAH MARUAH KAUM PENAN ‘DIBELI’ DENGAN WANG RINGGIT?


Kecoh satu Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah apabila Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang menyalurkan bantuan kepada masyarakat kaum Penan yang tinggal di kawasan Murum. Bantuan itu dikatakan bagi meringankan kesengsaraan penduduk Penan yang tergadai akibat pembinaan Empangan Murum.

Persoalannya, siapakah yang menerima bagi pihak kaum Penan kawasan Empangan Murum dan ke manakah perginya wang itu nanti? Juga, apakah muslihat Kerajaan Selangor memberikan bantuan itu sedangkan ramai lagi rakyat Selangor memerlukan bantuan kewangan khususnya mereka yang berada di bawah tahap kemiskinan?

Pemberian wang yang berjumlah RM50,000 itu tidak memberikan apa-apa kesan kepada penduduk Penan kerana ia dikatakan tidak mewakili keseluruhan penduduk Penan di Murum. Ada juga masyarakat kaum Penan sendiri terkejut dengan pemberian wang itu yang disifatkan sebagai cubaan untuk menjual maruah kaum Penan.

Apakah masyarakat kaum Penan kawasan Murum yang terlibat dan diberikan sumbangan kewangan berjumlah RM50,000 itu diwakili oleh 5 orang wanita yang dalam lingkungan umur 20 hingga 35 tahun?

Malah, berita penyaluran bantuan kewangan itu yang diberi secara one-off itu bersifat politik. Ini kerana mereka (kaum Penan) yang dibawa ke Kuala Lumpur dan Selangor itu telah ditaja oleh Pakatan Pembangkang yang mana kebanyakan mereka ini masih mentah dan dikatakan tidak mewakili kaum Penan di Murum secara keseluruhannya.

Secara asasnya penyaluran kewangan yang diberikan Kerajaan Selangor itu sedikit pun tidak mempengaruhi hati dan sokongan kaum Penan ke atas Kerajaan Sarawak di bawah BN. Selama ini Kerajaan Negeri Sarawak tidak pernah mahupun mengabaikan keperluan dan kebajikan kaum Penan terutama di kawasan pembinaan Empangan Murum seperti yang didakwa Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menurut blogger matakkayau.blogspot.com yang juga seorang Penan menafikan dakwaan Kerajaan Selangor itu sebaliknya keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam kebajikan kaum Penan sangat baik dan terjaga.


Sebagai bukti bagi menangkis dakwaan Kerajaan Negeri Selangor itu disertakan gambar yang menunjukkan penempatan semula masyarakat Kaum Penan yang terlibat dengan pembinaan Empangan Murum.

Projek penempatan tersebut hampir siap sebanyak 90 peratus dan akan diserahkan kepada penduduk-penduduk kaum Penan yang terlibat. Ini secara jelas bahawa keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam menjaga kebajikan kaum Penan sangat dititikberatkan.

Lebih menguntungkan kaum Penan, penempatan baru mereka ini yang disediakan Kerajaan Negeri Sarawak itu adalah percuma. Penduduk kaum Penan tidak perlu membayar satu sen pun manakala penggunaan bil bulanan elektrik yang dibawah RM40 adalah percuma dan tidak perlu dibayar. Mereka ini juga disediakan air bersih terawat bagi keperluan penduduk.


Penerangan ini pastinya mengundang 1001 macam kesangsian bagi Kerajaan Selangor yang selama ini menunding jari kepada Kerajaan Negeri Sarawak. Tapi tidak sesekali bagi Pakatan Pembangkang Sarawak yang pastinya akan terus mempolitikan isu kebajikan dan kepentingan kaum Penan di Sarawak seperti mana yang pernah disuarakan mereka menerusi NGO Bruno Monster.
 

ALTANTUYA DAN ANWAR IBRAHIM TIDAK DAPAT DIPISAHKAN


Biarpun Datuk Seri Mohd Najib Razak sudah melafazkan sumpah mengikut Islam sebanyak 3 kali dalam menafikan dirinya terbabit secara langsung terhadap pembunuhan Altantuya, tetapi Pakatan Pembangkang khususnya Anwar Ibrahim masih menjaja isu ini kepada rakyat Malaysia.

Menurut beberapa bekas rakan Anwar Ibrahim semasa dalam PKR dahulu, tujuan Anwar Ibrahim mengaitkan Najib Razak dengan Altantuya adalah untuk menjatuhkan karier politik Najib Razak yang kini semakin diterima rakyat seperti yang diperlihatkan dalam PRU-13.

Anwar Ibrahim tahu jika keadaan masih memihak kepada Najib Razak, dirinya sehingga mati pun tidak akan dapat menjadi Perdana Menteri dan tinggal di Putrajaya.

Bagi bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong, mengatakan konspirasi mengaitkan Najib Razak dengan Altantuya masih diteruskan selepas PRU-13 dan dilakukan secara sistematik termasuk menerusi bantuan media propembangkang.

“Mereka melakukannya secara berperingkat dan setiap tahun kes pembunuhan Altantuya akan dibangkitkan sekurang-kurangnya tiga kali.

"Saya tidak hairan apabila timbul dakwaan pembangkang cuba menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar kerana perbuatan itu merupakan salah satu taktik mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Lum Yong mengulas kenyataan bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin semalam, yang tidak terkejut dengan pendedahan cubaan menyogok keluarga Sirul dengan wang RM3 juta kerana memang terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri sewaktu mengendalikan kes Ketua Pembangkang itu dahulu.

Minggu lalu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman membuat pendedahan melalui TV3 bahawa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Sirul agar bersetuju membuat kenyataan palsu terhadap Najib.

Namun, Lum Yong yakin rakyat tidak termakan fitnah yang ditaburkan ke atas Perdana Menteri oleh Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.

"Usaha mereka memfitnah Najib tidak berkesan kerana rakyat memahami kedudukan sebenar kes pembunuhan Altantuya.


Hakikatnya Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang akan mencuba seberapa banyak usaha demi menjatuhkan Najib Razak dan BN dalam usaha merampas Purtajaya yang dahulunya menjadi bahan sindiran pembangkang.
 

PRK PERTAMA SELEPAS PRU-13 DI DUN KUALA BESUT, TERENGGANU


Al-fatihah...

Negeri Terengganu dikejutkan dengan pemergian ADUN Kuala Besut, Dr Abdul Rahman, 55, kerana sakit kanser paru-paru pada 10.18 pagi ini.

Allahyarham juga merupakan seorang ahli Exco Kerajaan Negeri meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Berita kematian Dr Abdul Rahman telah disahkan oleh Ahli Parlimen Besut yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut Datuk Seri Idis Jusoh.

Dalam PRU-13 lepas menyaksikan Allahyarham telah menewaskan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.


Berikutan dengan kematian ADUN Kuala Besut, dalam tempoh 60 hari selepas perisytiharan kematian kepada SPR. 
 

DAP DAN LIM GUAN ENG SELAR TITAH UCAPAN YANG DI-PERTUAN AGONG


Memang dasar Pembangkang, DAP menerusi Setiausaha merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang bertindak menyelar titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua'dzam Shah dalam majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13, di Dewan Rakyat.

Menurut Lim Guan Eng, titah Seri Paduka itu disifatkannya sebagai 'skrip' yang telah disediakan oleh kerajaan BN.

Selaan Lim Guan Eng tidak di situ sahaja apabila dikatakan titah itu tidak melibatkan kepentingan rakyat, malah, terdapat banyak kepincangan kerajaan yang cuba disorokkan.

"Titah Seri Paduka telah disediakan oleh kerajaan BN. Mengapa hendak 'mengheret' Seri Paduka dalam perkara ini?.

"BN harus sedar mereka cuma kerajaan minoriti kerana kami adalah kerajaan yang telah menang dengan undi popular sebanyak 51 peratus.

Berbeza pendapat dengan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bagaimanapun memberikan reaksi berbeza apabila menyifatkan titah Seri Paduka itu perlu diterima semua Ahli Parlimen dan mereka harus bekerjasama dalam membangunkan negara.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat itu turut berharap agar masing-masing dapat menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13, sekali gus memainkan peranan sebenar sebagai wakil rakyat.

"Semua pihak sama ada kerajaan dan pembangkang perlu bertindak sedemikian, kami di pihak Pas akan terus komited untuk memperkasakan Islam dan negara, selari dengan agenda perjuangan.

"Kami menerima baik titah Seri Paduka dan semestinya Ahli Parlimen bekerjasama untuk melaksanakan. Saya juga mengharapkan Malaysia bertambah maju dan stabil.


Menjadi pegangan dan matlamat DAP yang bukan sahaja bertindak kurang ajar terhadap titah ucapan Seri Paduka bahkan memperlihatkan bagaimana sikap rasisnya Lim Guan Eng terhadap Melayu.
 

BUJANG SENANG SARAWAK JUARAI LIGA PREMIER 2013 'NO LIVE NO PROBLEM'


Biarpun sepanjang Sarawak @ Bujang Senang mengharungi perlawanan bola sepak Liga Primier, tiada satu pun siaran langsung @ live diadakan di Stadium Negeri Sarawak, ketika Sarawak menjadi tuan rumah.

Pernah suatu ketika rakyat Sarawak khususnya yang tinggal di luar Kuching seperti di Sri Aman hingga ke Lawas meminta pihak bertanggungjawab seperti RTM mahupun Astro untuk menyiarkan perlawanan membabitkan Bujang Senang, tetapi jawapannya hingga ke hari ini tiada jawapan.

Anehnya, RTM mahupun Astro hanya menyiarkan perlawanan bola sepak yang membabitkan di Semenanjung dan Singapura. Apakah Sarawak dan Sabah bukan sebahagian daripada pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia? Pasti FAM ada jawapannya.

Perkara siaran langsung ini pernah ditanya kepada beberapa pegawai kerajaan yang bekerja di Jabatan Penyiaran Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan jawapannya ialah kos melakukan siaran langsung membabitkan kos tinggi sehingga RM20,000 hingga RM30,000. Manakala, Astro yang bertindak sebagai sebahagian daripada penganjur juga tidak bersedia untuk membawa Siaran Langsung ke Sarawak biarpun rakyat Sarawak penyumbang terbesar kepada pendapatan Astro.

Apakah dengan kos sebanyak itu menyebabkan Sarawak tidak mempunyai peluang untuk menikmati siaran langsung? Jawapannya hanya kepada RTM dan Astro.


Sekali lagi, rakyat Sarawak mengharapkan agar diadakan siaran langsung dalam perlawanan penentuan Bujang Senang untuk disahkan sebagai Juara Liga Premier sama ada menerusi RTM mahupun Astro. Namun, usaha itu sia-sia yang mana akhirnya Sarawak juarai Liga Premier dalam suasana yang tempang tanpa dinikmati seluruh rakyat Sarawak.

Dengan kelasnya tersendiri, Bujang Senang telah membelasah Kuala Lumpur dengan jaringan 4-0 di hadapan ribuan penyokong yang dianggarkan seramai 25,000 orang. Itu tidak termasuk mereka yang berada di luar stadium dengan tiket yang terhad.

Empat gol skuad 'Bujang Senang' pada perlawanan di Kuching itu dijaringkan oleh Muamer Salibasic pada minit ke-20, Ronny Harun (minit ke-68), Joseph Kalang Tie (minit ke-85) dan Guy Bwele (minit ke-88).

Kemenangan ke-17 daripada 21 perlawanan yang dicatatkan oleh skuad 'Bujang Senang' bimbingan Robert Albert itu membolehkan mereka mengumpul 55 mata, berkelebihan empat mata ke atas pencabar terdekat, Sime Darby FC dengan saingan liga berbaki satu perlawanan.

Pada perlawanan itu turut menyaksikan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang sekaligus menyampaikan Piala Liga Premier kepada pasukan Sarawak. Selaku juara, Sarawak meraih Piala Liga Perdana, cek berjumlah RM300,000 dan pingat kemenangan.


Buat RTM dan ASTRO renung-renunglah rintihan dan keluhan rakyat Sarawak yang mahukan siaran langsung diadakan mengikut keutamaan bukan mengikut pasukan yang diminati. 
 

UPACARA ANGKAT SUMPAH DI DEWAN RAKYAT PENUH DENGAN SANDIWARA


Proses angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang dijadualkan diadakan pada pagi tadi jam 10.30 pagi telah diadakan dalam suasana aman dan tenang tanpa sebarang isu kontroversi seperti yang pernah dilakukan Anwar Ibrahim yang mahu upacara itu diboikot anggota Pakatan Pembangkang.

Upacara memboikot angkat sumpah Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang itu dikatakan akan digunakan sepenuhnya Pakatan Pembangkang untuk meraih simpati dan apa saja yang mahu membuatkan rakyat bersuara.

Ketegasan Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang untuk memboikot upacara angkat sumpah Ahli Parlimen menandakan mereka sepakat untuk memboikot. Ini terbukti apabila hanya seorang daripada pemimpin Pakatan Pembangkang yang hadir semasa upacara taklimat berhubung sidang Dewan Rakyat.


Pada hari ini majlis angkat sumpah yang kononnya mahu diboikot Pakatan Pembangkang atas sebab dakwat kekal tidak kekal dan mahu kepimpinan SPR meletak jawatan berjalan lancar. Malah, ianya penuh dengan sandiwara yang tidak pernah rakyat biasa yang duduk di bawah melihat keadaan semesra ini.

Jika di luar ketika sebelum mahupun sedang berkempen, mereka (pemimpin BN dan Pakatan Pembangkang) sibuk menunding jari terhadap sesuatu isu hingga mengakibatkan para penyokong masing-masing bergaduh.

Selain itu, Himpunan Black 505 yang megakibatkan banyak pihak termasuk pemimpin Pakatan Pembangkang hanya bercakap dan berceramah tanpa melihat kesannya terhadap rakyat. Tetapi melihat gambar-gambar tersebut seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dan semuanya dalam keadaan baik.


Hakikatnya politik Malaysia penuh dengan sandiwara.


 

SATU LAGI PEMBOHONGAN ANWAR IBRAHIM ‘SUMPAH MENJADI SESUMPAH’

Jika sebelum ini Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memaklumkan kepada para pengikutnya bahawa Pakatan Pembangkang akan memboikot upacara angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2013.

Dengan harapan PAS dan DAP akan mengikuti jejak langkah PKR dan Anwar Ibrahim untuk memboikot angkat sumpah bagi membantah keputusan PRU-13 yang tidak menyebelahi mereka dan meminta kepimpinan SPR meletak jawatan atas kegagalan dalam memastikan Pakatan Pembangkang menang PRU-13.

Keengganan PAS dan DAP mengikuti jejak langkah Anwar Ibrahim dan PKR telah membuatkan Anwar Ibrahim ‘terpaksa’ mengalah dan menyahut seruan untuk mengangkat sumpah di sidang Dewan Rakyat yang bermula 24 Jun 2013.

Sehari sebelum upacara angkat sumpah, para penyokong Pakatan Pembangkang telah berkumpul di Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi menghadiri Himpunan Black 505 bagi membantah penggunaan dakwat kekal yang didakwa tidak kekal dan meminta Pengerusi SPR dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.

Penganjur juga meminta para penyokong yang berkhemah di Padang Merbok untuk tidak meninggalkan Padang Merbok, Kuala Lumpur bagi turut sama membantah dalam upacara angkat sumpah. Ada juga suara sumbang penganjur yang mahu mereka yang berkhemah supaya terus berkhemah bagi menyatakan sokongan kepada Husam Musa yang ditahan polis di bawah Akta Hasutan.

Dan, pada 24 Jun 2013, Isnin, sekumpulan Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen secara rasmi di hadapan Speaker Dewan Rakyat termasuklah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sebelum ini mahu memboikot upacara angkat sumpah Ahli Parlimen.


Melihat kepada keadaan ini jelas bahawa rakyat dan para penyokong Pakatan Pembangkang dan Anwar Ibrahim mudah ditipu dan diperbodohkan. Mungki atas dasar kepercayaan yang keterlaluan hingga memaksa apa saja yang difikirkan Anwar Ibrahim adalah betul.
 

PENGANJUR HIMPUNAN BLACK 505 ‘HATI ANGKUH’


Apakah tujuan sebenar Black 505 yang telah diadakan Pakatan Haram di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada petang semalam? Selain daripada berhimpun secara haram bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, peserta Himpunan Black 505 itu juga telah berkhemah. Tindakan itu salah mengikut peraturan DBKL.

Selepas Himpunan Black 505, muncul beberapa ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkhemah di Padang Merbok, Jalan Parlimen dan ini menimbulkan tanda soal terhadap tujuan sebenar Perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Haram.
 
Walaupun perhimpunan itu umumnya berlangsung aman, tindakan sekumpulan SAMM berkhemah di situ selepas perhimpunan petang ini, boleh menjurus kepada pertembungan antara mereka dengan pihak penguatkuasa dan undang-undang sekiranya mereka tetap berdegil.
  
Perbuatan berkhemah di tempat awam bawah jagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menjelang majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat Isnin ini sudah menyimpang daripada janji penganjur bahawa mereka sekadar mahu berhimpun secara aman hari ini.
  
Seolah-olah mereka tidak berpuashati perhimpunan berlangsung aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini seperti peserta tercedera.
  
Sikap polis yang amat berhemah mengendalikan demonstrasi menyumbang kepada amannya perhimpunan, walaupun peserta bersikap provokatif.

Krisis awal ke arah konfrontasi mula kelihatan apabila dua anggota penguatkuasa DBKL dikasari oleh peserta perhimpunan termasuk anggota SAMM yang terdiri daripada 500 orang dengan mengemuruni dua petugas DBKL itu.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, sekumpulan peserta daripada SAMM cuba mendirikan beberapa khemah menyebabkan dua anggota DBKL menghalang perbuatan mereka.
   
Disebabkan cuba menghalang kumpulan itu, dua petugas DBKL itu dipukul dan mereka diselamatkan polis serta pegawai DBKL dengan melarikan mereka daripada kepungan perserta perhimpunan dan membawa mereka masuk ke dalam van DBKL yang berada di tempat kejadian.
        
Kebanyakan peserta perhimpunan bukanlah mewakili suara umum sebaliknya mereka adalah anggota daripada beberapa pertubuhan antaranya SAMM dan Asalkan Bukan Umno (ABU) serta anggota parti politik daripada PAS, DAP dan PKR.
   
Penganjuran perhimpunan itu juga adalah satu kejanggalan apabila anggota parlimen daripada pembangkang akan turut mengangkat sumpah pada Isnin ini yang memberikan gambaran mereka seolah-olah menerima kemenangan mereka pada PRU-13, tetapi mengadakan demonstrasi membantah kemenangan BN.
   
PRU-13 menyaksikan pembangkang gagal menerajui negara apabila hanya peroleh 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional dengan 133 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan.
  

Malah pembangkang juga terlepas Kedah, negeri yang diterajuinya pada 2008 tetapi mengekalkan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. 
 

HUSAM MUSA KEMPUNAN SERTAI BLACK 505 SEBAB MASUK PENJARA


Lebih kurang 10 ribu peserta Himpunan Black 505 termasuk mereka yang bukan Islam itu boleh digambarkan sebagai mati syahid, seperti mana yang dikatakan Naib Presiden PAS, Husam Musa.

Akibatnya, Husam Musa kini ‘chek in’ sementara di dalam penjara di Balai Polis Ampang bagi membolehkan polis Bukit Aman menyoal siasat berhubung kenyataan mati syahid kepada mereka yang berkumpul dan menyertai Himpunan Black 505.

Husam Musa ditahan di Kampung Pandan, Ampang, Selangor pada jam 4.00 petang semalam.



Sedikit masa lagi Husam Musa akan disabitkan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 berikutan kenyataannya yang bersifat menghasut rakyat untuk sama-sama turut serta dalam himpunan Black 505.

Perkara itu disahkan Husam Musa menerusi laman Twitter miliknya dan sms yang dihantar kepada wakil media bagi meuar-uarkan kepada kepada rakyat berhubung penahannnya.

Lebih molek lagi kenyataan Husam Musa itu bukan disiarkan di akhbar nasional seperti Utusan Malaysia mahupun Berita Harian atau yang sewaktu dengannya, tetapi disiarkan oleh akhbar online lidah rasmi PAS, Harakahdaily.


KOTA BHARU: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa beranggapan mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 bagi membantah dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu adalah mati syahid.

Bagaimanapun, Husam yang dipetik organ rasmi parti itu, Harakahdaily berkata tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah...

"Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya yang dipetik portal milik pembangkang itu.


Lebih mengejutkan rakyat Malaysia termasuk pihak berkuasa agama, pemimpin PAS itu sanggup menyamakan Himpunan Black 505 tu sebagai satu ibadah dan disamakan dengan Himpunan Umat Islam di Padang Arafah.


Apa punya pemimpin yang berfikiran sebegitu? Itu lagi menyesatkan ramai pihak termasuk mereka yang bukan Islam. Apakah ini boleh dikatakan sebagai berdakwah?
 

PUKUL ANGGOTA DBKL: PESERTA BLACKOUT 505 MENJADI BLACK 505


Tiada pergaduhan mahupun mencetuskan tindakan melampau. Itu janji penganjur dalam perjumpaan dengan polis dan DBKL berhubung Himpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur siang tadi.

Bagaimanapun himpunan yang tidak menjanjikan apa-apa insiden itu ternyata meleset apabila peserta Black 505 telah menyerang anggota DBKL yang ketika itu sedang bertugas dalam mengawal keadaan.


Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku, kecuali segelintir peserta yang cuba merusuh bagi menghalang anggota penguatkuasa DBKL daripada merobohkan beberapa khemah yang didirikan di tengah-tengah Padang Merbok.

Khemah tersebut terpaksa dirobohkan DBKL apabila ia melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 yang melarang peserta mendirikan khemah di tempat awam.

Ketika cuba menghalang dua anggota DBKL yang bertindak merobohkan khemah mereka, beberapa peserta mula bertindak ganas dengan melakukan kekasaran terhadap pegawai penguatkuasa berkenaan.

Bagaimanapun polis cepat bertindak bagi mengelak kejadian tidak diingini dengan mengiringi pegawai DBKL tersebut keluar dari kawasan padang.

Perhimpunan tersebut bersurai kira-kira jam 5.45 petang dan kini ada sekitar 30 khemah yang dipacak di tengah padang dengan kira-kira 100 orang masih berkeliaran di kawasan tersebut.

Mereka dikatakan mahu bermalam sehingga sidang pertama Dewan Rakyat 24 Jun ini.

Sebelum itu, pemimpin PAS Mazlan Aliman dalam ucapannya menyeru peserta supaya tidak balik sebaliknya berkhemah di situ sehingga hari angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada Isnin ini.


Himpunan Black 505 itu disifatkan polis sebagai haram dan melanggar undang-undang. Namun, seperti biasa penganjurnya yang juga pemimpin Pakatan Haram tidak mengendahkan semuanya itu sebaliknya menunding jari terhadap polis dan kerajaan yang disifatkan sebagai menipu dalam PRU-13.


Biarpun PRU-13 sudah lama berlalu tetapi disebabkan tidak mendapat mandat daripada rakyat untuk ke Putrajaya maka jalan terbaik untuk mendapatkan simpati rakyat adalah dengan mengadakan beberapa siri himpunan haram. Dengan harapan rakyat akan berada di belakang Pakatan Haram.

Menurut beberapa blogger yang berada di kawasan Padang Merbok tempat berlangsungnya Himpunan Black 505 itu mendapati hanya didatangi lebih kurang 10 ribu sahaja berbanding sasaran seramai 300 ribu. Jumlah yang menurun ini disebabkan ramai di kalangan rakyat sudah meluat dengan himpunan itu yang secara terang menafikan hak rakyat yang telah memilih BN sebagai kerajaan memerintah.

Biarpun dihadiri ramai pemimpin Pakatan Haram termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan tidak ketinggalan Pengerusi BERSIH S. Ambiga, sambutan yang diterima sangat tidak menggalakkan. Atas sebab itu, tiada sebab muka Anwar Ibrahim kelihatan kurang gembira dengan sambutan yang diterima.

Antara pemimpin Pakatan Haram lain yang hadir ialah Presiden PKR, Wan Azizah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin, Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
                 
Lebih tidak masuk akal, Anwar sanggup menutup kemaluannya apabila memberitahu kegagalan rakyat memenuhi ruang Padang Merbok ini disebabkan jerebu.

Seperti tiada kesudahan, perhimpunan sebelum ini pembangkang mendesak supaya Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan kerana mendakwa gagal menguruskan proses pilihan raya umum lalu dengan adil, khususnya penggunaan dakwat kekal.


Apakah Pakatan Haram juga menafikan kemenangan mereka di 3 negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dalam PRU-13?
 

BUKTI KEGANASAN AKAN DILAKUKAN PESERTA HIMPUNAN BLACKOUT 505 KE ATAS PASUKAN KESELAMATAN


Dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur ada kebenarannya biarpun cuba dinafikan pemimpin mahupun penyokong Pakatan Pembangkang dalam penganjuran Himpunan Blackout 505 yang dijadualkan diadakan pada hari ini.

Himpunan Blackout 505 tajaan Anwar Ibrahim itu dijangka akan mencetuskan huru-hara seperti yang pernah berlaku dalam Perhimpunan Haram BERSIH sebelum ini.

Untuk mengingatkan kepada peserta-peserta Himpunan Blackout 505, segala macam bentuk provokasi telahpun disebarkan melalui media sosial. Ini bagi memudahkan persiapan lebih awal dilakukan khususnya dalam menyediakan peralatan yang perlu.

Persoalan di sini apakah perbuatan seperti ini yang dituntut oleh agama Islam seperti yang dihalalkan Setiausaha Agung Majlis Syura Ulama PAS, Nik Mohd Zawawi?

Perbuatan itu dikesan dilakukan melalui laman-laman blog, Facebook dan Twitter yang antara lain mahu peserta perhimpunan melakukan provokasi ke atas polis.

Dalam status akaun Twitter, seorang aktivis pembangkang secara terbuka menyatakan kejayaan perhimpunan tersebut adalah apabila tiga trak polis berjaya diterbalikkan, dua kenderaan water cannon berjaya ditumbangkan dan tiga bas Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya dipunahkan.

Kemudian, aktivis itu turut memuat naik satu lagi status yang menyebut, jika tidak, himpunan esok adalah gagal.’

Selain itu, turut disebarkan dalam laman Facebook adalah beberapa kaedah berserta lakaran gambar yang perlu dilakukan oleh perusuh sekiranya berhadapan dengan polis.


Apa pula komen Pakatan Pembangkang seperti Rafizi, Tony Pua mahupun Mat Sabu ke atas tindakan penyokong Pakatan Pembangkang dalam meminta peserta Blackout 505 itu melakukan keganasan?
 

PENGANJUR HIMPUNAN BLACKOUT 505 CUBA CETUSKAN PROVAKSI KE ATAS PASUKAN KESELAMATAN


DBKL tidak membenarkan. Polis juga tidak membenarkan. Biarpun DBKL dan Polis tidak membenarkan Perhimpunan Blackout 505 yang dicadangkan diadakan di Padang Merbuk, Kuala Lumpur, penganjurnya (Pakatan Pembangkang) tetap mahu perhimpunan haram itu dilangsungkan walau dengan apa cara sekalipun.

Tarikh 22 Jun 2013 ialah tarikh yang kedua selepas sebelum ini cadangan untuk mengadakan Perhimpunan Blackout 505 pada 15 Jun terpaksa ditunda akibat masalah kebenaran daripada DBKL.

Dan semalam, polis telah mendapat maklumat bahawa penganjur (Pakatan Pembangkang) mahu mereka yang terlibat (orang ramai) supaya mewujudkan provokasi ke atas pihak berkuasa.

Kewujudan provokasi itu terpulang kepada peserta perhimpunan sama ada menggunakan kekerasan atau apa saja yang boleh membuatkan pasukan keselamatan hilang sabar seperti yang pernah mereka lakukan semasa Perhimpunan Haram BERSIH sebelum itu.

Untuk menguatkan lagi dakwaan, disertakan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur berhubung maklumat yang diterima akan tindakan yang akan dilakukan oleh peserta Himpunan Blackout 505 pada hari ini.



Polis Kuala Lumpur telah mendapat maklumat bahawa pihak penganjur telah mengarahkan semua peserta perhimpunan mewujudkan provokasi terhadap pihak berkuasa yang ditugaskan bagi mengurus kawalan orang ramai di Padang Merbok dan tujuh lokasi lain di Kuala Lumpur pada 22 Jun 2013.

Provokasi tersebut bertujuan untuk menimbulkan kemarahan pihak polis kepada peserta-peserta perhimpunan yang boleh mencetuskan kekecohan di tempat-tempat tersebut.

Penganjur juga dijangka akan mencetuskan keadaan huru-hara di sekitar Kuala Lumpur dan suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelosok dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.

Justeru, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan ini kerana ia jelas menunjukkan bahawa pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dengan orang ramai.

Datuk Mohmad Salleh

Ketua Polis Kuala Lumpur

 

MAJLIS SYURA ULAMA PAS ‘HALAL’KAN PERHIMPUNAN HARAM BLACKOUT 505


Percaya atau tidak PAS kini tidak lagi mengikut panduan al-Quran mahupun hukum syarak, tetapi lebih kepada kepentingan politik dalam mengejar pemerintahan bersama Pakatan Pembangkang, DAP dan PKR.

Jika dahulu PAS mengutuk sekeras-kerasnya perhimpunan yang boleh menganggu gugat kesejahteraan rakyat, tetapi kini tidak lagi. Bersama DAP dan PKR, PAS seolah-olah sudah termakan dengan dakyah dan mahukan ‘kuasa’ politik hingga sanggup mengetepikan soal hukum agama.

Terbaru, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh menegaskan Perhimpunan 'Blackout505' anjuran pembangkang bertujuan membantah keputusan PRU-13 merupakan salah satu tuntutan syarak.

Kenyataan dan penegasan ini sudah keterlaluan dan ramai pihak khususnya yang beragama Islam mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Nik Zawawi itu. Kenyataan ini juga tidak melambangkan Nik Zawawi itu seorang ulama sebaliknya seorang yang berkepentingan politik.

Ternyata Majlis Syura Ulama PAS yang dianggotai pemimpin-pemimpin ulama juga berkepentingan politik dan tidak menjurus kepada kepentingan agama Islam itu sendiri. Ini terbukti kenyataan Nik Zawawi yang mewakili Majlis Syura Ulama PAS berhubung sokongan terhadap Perhimpunan Blackout 505 yang kini sedang dianjurkan Pakatan Pembangkang di beberapa negeri termasuk pada malam ini yang dijadualkan diadakan di Padang Merbuk, Kuala Lumpur.

"Saya tak nampak isu itu, sebab pendirian kita dari awal bantahan terhadap ketidakadilan keputusan PRU13 memang kita sokong dari awal lagi. Jadi tak timbul masalah ini. Memang kita menyokong perkara ini," katanya.

"Dalam Islam ada mati syahid. Jadi masalah himpunan ini yang membantah (keputusan) satu juzuk dalam Islam apabila ia menepati kehendak syarak.

"PAS akan beramal dengan Islam sekiranya waktu itu perlu kepada cara penyelesaian yang biasa, kita selesai cara biasa. Tapi bila pihak SPR masih tidak mengakui silap mereka, Islam minta kita buat demo yang bertepatan dengan syarak," tambah beliau lagi.

Sebelum ini PAS melalui Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib menyatakan parti Islam itu tidak akan mengambil bahagian secara sukarela dalam perhimpunan berkenaan.

Jelasnya, PAS menerima seadanya keputusan PRU13 dan memberi fokus kepada persiapan pilihan raya umum akan datang.
  
Walau bagaimanapun pada Selasa lalu, Harun dalam satu kenyataan menukar pendiriannya mendakwa ia merupakan pandangan peribadi dan akan memberi sokongan kepada himpunan asalkan tidak mencetuskan revolusi.

"Saya kata kalau perhimpunan untuk revolusi itu saya tak setuju. Bercanggah dengan dasar parti. Tapi kalau perhimpunan aman dan ada ceramah. Itu tak apa. Kita memang kita dah biasa," memetik kenyataan beliau.

Naib Presiden parti berkenaan, Datuk Husam Musa dalam pada itu berkata mana-mana pimpinan tertinggi parti itu yang tidak menyokong perhimpunan berkenaan sebagai 'pengkhianat parti'.

Diajukan soalan berkenaan, Nik Zawawi berkata sokongan terhadap perhimpunan tersebut telah dicapai melalui persepakatan Majlis Syura Ulama dan meminta orang ramai memahami prinsip parti yang menolak sebarang bentuk kejatuhan kerajaan melalui demonstrasi.

"Itu tahaluf siasi yang diizin oleh syarak. Keputusan untuk kita buat tahaluf siasi ini diputus oleh Majlis Syura Ulamak. Ia bukan satu keputusan biasa. Satu juzuk dari kaedah perjuangan Islam."


Merujuk kepada keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang nampaknya lebih digunapakai berbanding keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan amalan dalam al-Quran. Jelas bahawa PAS kini bukan lagi bertunjangkan al-Quran dan as-Sunnah sebaliknya berpaksikan kiblat Anwar Ibrahim dan DAP hanya kerana kepentingan politik. 
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger