LANGGAR UNDANG-UNDANG TAPI TIDAK MENGAKU SALAH


Seperti yang dijanjikan 6 pemimpin Pakatan Pembangkang di 5 buah negeri telah dihadapkan ke Mahkamah kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Keenam-enam mereka gagal dalam memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah masing-masing mengenai perhimpunan yang bakal diadakan dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh program. Susah sangatkah nak memaklumkan kepada polis tetapi kecoh hebohkan dalam media sosial.

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pada 17 Mei lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Petaling Jaya atas tuduhan serupa berhubung perhimpunan di sebuah stadium di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.

Di Ipoh, dua pemimpin pembangkang di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 ketika menganjurkan dua perhimpunan di bandar raya ini pada 9 dan 12 Mei lalu.

Dua pemimpin terbabit ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong, 47, daripada DAP dan Setiausaha PKR negeri, Mohammad Anuar Zakaria, 46.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.

Keong Siong yang juga bekas Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 7.30 malam, 9 Mei lalu di Wisma Chin Woo.

Mohammad Anuar pula didakwa melakukan kesalahan serupa pada masa sama, 12 Mei lalu di perkarangan Ibu Pejabat PKR Perak, dekat Medan Istana, Bandar Ipoh Raya.


Seperti biasa Pakatan Pembangkang yang mempunyai pemimpin yang terdiri daripada peguam telah membariskan 13 orang peguam kesemuanya dalam membela tertuduh.

Di Butterworth, Setiausaha Eksekutif Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Ong Eu Leong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran di Stadium Negeri Batu Kawan pada malam 11 Mei lalu.

Eu Leong yang merupakan penganjur perhimpunan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang jalan menuju ke stadium berkenaan didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Eu Leong, 44, yang didakwa sebagai orang kena saman (OKS), mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan itu.


Seperti dirancang kesemua pemimpin PKR yang kena dakwa itu diarah untuk mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Ini disebabkan ramai peguam Pakatan Pembangkang yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan secara percuma biarpun menyedari mereka sukar untuk memenangi kes ini yang secara jelas melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Di Seremban, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohd. Nazree Mohd. Yunus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Seremban dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan diadakan pada pertengahan bulan ini.

Mohd. Nazree, 29, sebagai penganjur program Ceramah Umum Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini didakwa melakukan kesalahan itu di tapak tempat letak kenderaan di sebelah Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland di sini pada pukul 8.30 malam, 17 Mei lalu.

Mohd. Nazree selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad

Akram Gharib manakala Mohd. Nazree diwakili peguam Tang Jayson, Cha Kee Chin, dan Hanif Hasan.


Di Johor Bahru, Setiausaha Eksekutif Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, R. Yuneswaran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 semasa menganjurkan perhimpunan pada 15 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Hakim Muhammad Jamil Hussin kemudian memutuskan bahawa Yuneswaran tidak perlu diikat jamin dan menetapkan sebutan kes pada 10 Jun ini.


Di Kuantan, Setiausaha PKR Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 ketika menganjurkan perhimpunan di Jalan Beserah pada 14 Mei lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 8.30 malam, 14 Mei lalu di kawasan Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang, Lot 1051, Kilometer 8, Jalan Beserah di sini.

Hakim Fathiyah Idris membenarkan Kamarzaman diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 27 Jun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid manakala Kamarzaman diwakili peguam, Mohd. Nizam Hamid.


Justeru, kali ini polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan dengan menangkap mereka yang melanggar undang-undang. Mungkin sebelum ini mereka menganggap undang-undang negara terletak di bawah kaki mereka dengan adanya Anwar Ibrahim.


Dengan transformasi pencegahan jenayah maka usaha kerajaan untuk mendisiplinkan rakyat akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Ingatlah bahawa Malaysia mempunyai undang-undang dan setiap warganegaranya harus mematuhi demi memastikan hidup sejahtera dan aman.
 

ISU BLACK OUT – PAKATAN PEMBANGKANG KINI SENYAP DAN MALU


Sekeping gambar yang diuploadkan cybertrooper Pakatan Pembangkang pada malam hari pengundian (5 Mei 2013) seperti yang diuar-uarkan jelas suatu tindakan fitnah dan lakonan itu yang dirakamkan sebelum PRU-13 lagi.

Ini dijelaskan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berasaskan kepada siasatan pihaknya terhadap gambar yang menjadi persoalan rakyat.

Jika hendak menipu pun perlulah buat kajian dahulu jangan main hentam sahaja. Ini kerana gambar yang dijaja Pakatan Pembangkang itu terlalu banyak perkara yang boleh dipertikaikan.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR.”

Beliau berkata, bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.

Wan Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya mendapat "tweet" mengatakan lampu padam oleh "cybertrooper" yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa," katanya.


Jelas bahawa Pakatan Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja biarpun terpaksa membuat lakonan bagi menipu rakyat. Inilah realiti sebenar Pakatan Pembangkang yang cuba diangkat oleh sesetengah rakyat Malaysia biarpun majoriti rakyat Malaysia menolak Pakatan Pembangkang seperti mana yang digambarkan dalam PRU-13. 
 

LAGI LAKONAN AHLI PKR KALI INI PENGSAN DIBUAT-BUAT DI BALAI POLIS DANG WANGI


Seorang ahli PKR, S. Jayathas, 50-an yang merupakan ahli Biro Politik PKR telah hadir ke IPD Dang Wangi bagi membuat laporan mengenai kematian seorang tahanan dalam lokap polis baru-baru ini. Lakonannya kali ini berpura-pura pengsan selepas mendakwa dia ditolak oleh anggota polis.

Sebelum memulakan aksi lakonan pengsan, berlaku pertengkaran antara Jayathas dengan beberapa anggota polis yang bertugas apabila dia enggan meninggalkan kawasan IPD itu.

Jayathas yang merupakan bekas Ketua Penerangan Hindraf tiba-tiba dilihat menjatuhkan diri sebaik sahaja dia cuba meluru melepasi beberapa anggota yang berkawal di pekarangan IPD itu.

Dia dalam keadaan terbaring terlentang sambil tangan kirinya memegang kepingan dokumen 'pengsan' untuk beberapa saat.

Bagaimanapun, ahli PKR itu kembali 'tersedar' apabila polis ingin menghubungi ambulans dan bangun sambil menuduh anggota polis menolaknya.

Jayathas yang datang bersama ahli keluarga tahanan kes tembak di Bandar Tun Razak, N. Dharmendran dan sekumpulan kira-kira 30 orang memenuhi pekarangan IPD untuk membuat laporan itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, ketika keluarga N. Dharmendran sedang membuat laporan, Jayathas dilihat keluar masuk balai beberapa kali tanpa tujuan.

"Memandangkan ruang di kaunter dalam balai sudah dipenuhi ramai orang, dia kemudian diminta meninggalkan kawasan itu oleh anggota polis namun dia tetap berkeras untuk masuk.

"Walaupun sudah dihalang oleh anggota bertugas, dia tetap berdegil dan bertindak menolak polis sebelum berpura-pura jatuh dan pengsan.

"Apabila polis menawarkan untuk menghubungi ambulans, dia terus bangun dan sempat memaki polis.


Lakonan Jayathas tidak membuatkannya terlepas daripada hukuman apabila akan didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan bagi menakut-nakutkan penjawat awam untuk menjalankan tugas.
 

JUSUF KALLA – ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG DAN TIDAK LAGI HARUS DIPERCAYAI


Berhubung tindakannya yang mengheret rakyat mengadakan Himpunan Jalanan akibat kekalahan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 Mei lepas, Anwar Ibrahim dibidas bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla dengan mendakwa Ketua Pembangkang itu telah mengingkari sebuah perjanjian damai yang ditandatangani antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim yang disaksikan Jusuf Kalla.

Perjanjian itu telah digerakkan pada April lalu sebulan sebelum PRU-13 yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dalam perjanjian itu, mana-mana parti yang diketuai masing-masing yang KALAH dalam PRU-13 hendaklah menghormati perjanjian dan komitmen yang dipersetujui tanpa sebarang prejudis.

Sebagai pemimpin, setiap ketua harus mematuhi segala perjanjian yang ditandatangani sebagai syarat mematuhi kepercayaan. Namun, dalam kes perjanjian Najib Razak dan Anwar Ibrahim jelas menggambarkan kemungkiran yang dilakukan Anwar Ibrahim bertentangan dengan perlakuan manusia. Apakah orang seperti ini harus diangkat sebagai pemimpin dan ketua di Malaysia?

Ketahui lebih lanjut dalam ulasan Jusuf Kalla sebagai orang yang bertanggungjawab dalam perjanjian antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim.

ANWAR INGKARI JANJI - JUSUF KALLA

Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf pada April lalu.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya menghormati komitmen dan melihat realiti.

Kami mempunyai komitmen, tetapi mereka berkata, tidak, tidak, tidak, tidak, jelas Jusuf.

Akhbar tersebut yang mendakwa menghubungi ketiga-tiga pihak turut melaporkan, Anwar mengaku pernah membuat perjanjian berkenaan tetapi memberitahu kononnya ‘penentang-penentangnya’ pula yang mengingkari perjanjian itu melalui ‘cara mereka berkempen’.

“Bagaimanakah kita mahu bicara tentang pendamaian sekiranya kamu memomok-momokkan lawan dengan cara ini di pentas ceramah?" kata Anwar.

WSJ melaporkan bahawa Anwar telah mendekati Jusuf berhubung perjanjian tersebut dua bulan lalu dalam usaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memperolehi komitmen daripada lawannya untuk menjamin keamanan negara selepas pilihan raya umum.

Perjanjian tersebut iaitu kedua- dua pihak mengelak daripada menyerang antara satu sama lain secara peribadi semasa berkempen dan menerima sebarang keputusan pilihan raya dibuat kemudiannya pada April lalu.

Laporan WSJ itu menjelaskan, kedua-dua pihak telah mengingkari satu fasal dalam persetujuan tersebut iaitu dalam menawarkan pihak yang kalah peranan dalam sebuah ‘kerajaan pendamaian’.

Seorang penasihat kepada Najib dilaporkan akhbar itu telah mengesahkan perjanjian berkenaan dan memberitahu WSJ bahawa Anwar telah mencari bantuan Jusuf untuk mendapatkan sebuah persetujuan bersama dalam menerima keputusan pilihan raya secara aman, tanpa menghiraukan siapa memenanginya atau berlaku satu majoriti tipis.

“Perdana Menteri mengulangi secara sulit kepada Jusuf Kalla dan di khalayak ramai sebelum pilihan raya yang BN akan menghormati kehendak orang ramai dan menerima keputusan pilihan raya, sekalipun pembangkang menang," kata penasihat berkenaan.

Walau bagaimanapun, perjanjian damai versi Anwar kelihatan seperti berbeza.

Memetik Anwar, WSJ melaporkan bahawa Jusuf yang menghulur dan menawarkan bantuannya dalam memastikan sebuah pilihan raya yang aman.

“Terdapat ramai rakan sekitar rantau ini yang risau berhubung peralihan kuasa sama ada ia akan aman atau sebaliknya," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Menurut WSJ, Jusuf terkenal dengan peranannya dalam perjanjian damai semasa menjadi Naib Presiden dari 2004 hingga 2009 di Thailand dan Sri Lanka serta membantu menyelesaikan konflik merentasi kepulauan Indonesia.

Dalam pilihan raya 5 Mei lalu, Barisan Nasional (BN) kembali menguasai Putrajaya dan berikutan itu, Anwar yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran di seluruh negara bagi mewujudkan persepsi bahawa kemenangan telah dicuri daripada mereka melalui penipuan.

Semasa memberi ucapan pada perhimpunan tersebut, Anwar berjanji tidak akan menyerah kalah sehingga pembangkang diletakkan di Putrajaya.

Anwar yang berumur 65 tahun juga dilihat meletakkan rancangannya untuk bersara ke tepi untuk menawan Putrajaya.

Titik pertikaian pembangkang adalah undi popular, yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendapat hanya di bawah 48 peratus daripada jumlah undi.

Agihan tidak sekata undian di banyak kawasan, yang dilabel pembangkang sebagai amalan penggarisan semula kawasan pilihan raya oleh BN, telah menyebabkan mereka hanya memenangi 89 kerusi manakala BN 133 daripada 222 kerusi di Parlimen.

Selain daripada ‘Perhimpunan Black 505’ yang telah menarik kehadiran rakyat yang ramai di sekitar, pembangkang juga memfailkan petisyen rasmi terhadap keputusan di 27 kawasan undi.

WSJ melaporkan, Anwar percaya cabaran-cabaran yang dilakukannya itu bagaimanapun tidak mungkin menjadikan keputusan pilihan raya tersebut kembali memihak kepada beliau.

Akhbar itu menambah, walaupun Anwar telah menuduh kem Najib melemahkan kempennya dengan serangan peribadi, Jusuf enggan menyertai kritikan tersebut.

Sebaliknya, pemimpin Indonesia itu berkata, beliau merasakan kedua-dua pihak telah menjalankan komitmen masing-masing dalam mengelakkan daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen.

Jusuf khuatir bahawa suatu pertikaian yang berpanjangan ke atas keputusan pilihan raya antara Anwar dan kem Najib hanya akan meningkatkan perpecahan sedia ada dalam kalangan pecahan dalam kumpulan-kumpulan Islam dan Cina dan mungkin membawa kepada keganasan.

Sumber: Utusan Malaysia Online 26 Mei 2013


Jika pemimpin negara jiran pun sudah tidak percaya kepada Anwar Ibrahim, apakah kita rakyat Malaysia juga harus percaya kepada ‘sesumpah’ ini yang ternyata mahu memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia demi kepentingan politik mereka??
 

PUJA ADAM ADLI MAJORITI PENYOKONG PEMBANGKANG CINA BERTINDAK LIAR TERHADAP POLIS



Ketegasan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini betul-betul memeningkan kepala penyokong Pakatan Pembangkang apabila seorang demi seorang penyokong mahupun pemimpin mereka ditahan dan disumbat ke dalam jel sebelum disabitkan kesalahan bagi menunggu hari perbicaraan di mahkamah.

Paling mencuri tumpuan apabila sebilangan penyokong Pakatan Pembangkang yang majoritinya Cina (DAP dan PKR) bertindak mengadakan perhimpunan haram di hadapan Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang. Mereka mendesak agar  aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim yang ditahan itu dibebaskan.

Akibat melanggar perintah dan arahan yang dikeluarkan polis, seramai 18 individu termasuk empat wanita ditahan polis ketika menyertai perhimpunan haram. Bagaimanapun mereka kesemua individu terlibat dibebaskan dengan jaminan polis setelah pihaknya mengambil keterangan daripada mereka.

Mereka yang ditahan berumur antara 22 hingga 54 tahun. Kesemuanya disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan serta telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, kira-kira 500 orang berkumpul di depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang dan enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai selepas diberi masa 10 minit.

Berlaku kekecohan apabila terdapat individu bertindak memarahi polis dan mereka terus berkumpul di situ sehingga kira-kira pukul 2 pagi.

Perhimpunan yang majoriti dihadiri oleh kaum Cina itu bermula setiap malam sejak tiga hari lalu, dengan menyalakan lilin serta membawa sepanduk bagi mendesak polis membebaskan Adam Adli.

Adam Adli direman selama lima hari bermula Ahad lalu, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan telah didakwa di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta.

Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang digantung pengajian selama tiga semester sehingga September depan itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan baru-baru ini.
 

KECOH BILA POLIS SEMAKIN TEGAS TIAN CHUA PUN KENA TANGKAP DAN TIDUR DI JEL



Penangkapan Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan aktivis propembangkang Harris Ibrahim ditahan polis mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 tengah hari semalam.

Tian Chua ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang sebelum memasuki pintu kawalan keselamatan untuk menaiki pesawat. Sementara itu, Harris pula ditahan ketika makan tengah hari di Segambut.

Kedua-dua mereka dibawa ke Lokap Berpusat Kuala Lumpur, Jinjang dan masing-masing merasai tidur di jel. YB tidur di jel polis!!!

Ketika ditangkap Tian Chua dikatakan melakonkan adegan drama apabila mahu melepaskan diri daripada tangkapan polis yang sememangnya menjadi acara wajib Tian Chua. Ini bukan kali pertama Tian Chua berbuat demikian sebaliknya sudah banyak kali.

Tangkapan ini susulan daripada Himpunan Jalanan 505 yang telah diadakan pada 13 Mei 2013 bagi memberikan reaksi kecewa mereka setelah kalah dalam PRU-13. Tian Chua dan Haris Ibrahim dikatakan antara penceramah pada malam tersebut yang telah mengutarakan pelbagai tohmahan dan cacian yang bersifat hasutan.

Sebelum ini, Nik Nazmi dan Adam Adli antara mereka yang telah ditahan dan menunggu perbicaraan. Ketegasan polis pada kali ini adalah sesuatu yang sangat diperlukan bagi membendung sikap kurang ajar pemimpin Pakatan Pembangkang yang secara terang mencabar undang-undang negara. 
 

BELUM PERINTAH SUDAH MAHU PINDA PERLEMBANGAAN – KARPAL SINGH



Cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Dewan Negara dimansuhkan merupakan penghinaan kepada fungsi institusi itu yang telah wujud selama lebih 50 tahun.

Tindakan Karpal mempersoal dan mempolitikkan peranan Dewan Negara jelas cuba menafikan kuasa Perlembagaan negara. Dan, ini tidak mustahil jika keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan juga akan dipinda.

Ini bukan kali pertama Karpal Singh mahu memansuhkan Dewan Negara, sebaliknya sudah diketahui sejak dahulu lagi. Sewajarnya tindakan tegas wajar dikenakan ke atas Pengerusi DAP itu atas keceluparannya yang ternyata mahu menyebabkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera terjejas.

Harus diingat, peranan Dewan Negara yang selama lebih 50 tahun mewakili rakyat termasuk ahli DAP sendiri menyuarakan pelbagai permasalahan.

Pada 18 Mei lalu, Karpal mencadangkan Dewan Negara dimansuhkan kerana beliau berpendapat kewujudan institusi itu tidak memberi makna secara menyeluruh dan hanya membazir.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kaedah seperti yang diamalkan Singapura iaitu kewujudan ruang perundangan tunggal sesuai diamalkan di negara ini untuk kepentingan awam.

Sehubungan itu, seluruh rakyat Malaysia digesa mempertahankan Perlembagaan negara bagi mengelak cita-cita DAP tersebut menjadi kenyataan yang mana boleh menyebabkan kepentingan rakyat Malaysia terjejas.
 

PAS TOLAK POLITIK GANAS – ANWAR DAN DAP MARAH



Selepas menyedari kepopularan PAS tidak setanding DAP yang mencatat peningkatan mendadak dalam PRU-13 dan PKR yang masih mengekalkan momentumnya beserta dengan Anwar Ibrahim biarpun pelbagai kes moral berlaku, PAS sebagai rakan Pakatan Pembangkang terpaksa menerima hakikat bahawa mereka kini sudah ‘kehilangan’ taring dan sengat.

Atas sebab itu kepimpinan tertinggi PAS tidak menyokong usaha yang diketuai Anwar Ibrahim dan DAP yang mengadakan demontrasi dan perhimpunan jalanan bagi membantah keputusan PRU-13 dengan menyalahkan SPR biarpun mereka mengekalkan pemerintahan di 3 buah negeri dan hanya kehilangan 1 negeri.

PAS berpegang kepada prinsip demokrasi dan tidak sekali-kali membabitkan diri untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara kekerasan dan di luar perundangan semata-mata tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya.

Ini dijelaskan Ketua Ulama PAS, Datuk Harun Taib bahasa PAS memilih prinsip demokrasi sekali gus menolak kekerasan untuk mencapai kemenangan termasuk dalam PRU-13 lalu yang menentukan jatuh bangun sesebuah parti.

Segala undang-undang yang berkaitan perlu dipatuhi dan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan keadaan tidak diingini dan huru-hara, bukan pegangan dan pendirian Pas.

Bagi PAS, amalan demokrasi adalah yang sebaik-baiknya, bukan bertindak mengikut emosi sehingga berlaku huru-hara. Dalam Islam juga tak mahu berlaku huru-hara.

Biarlah semuanya dalam keadaan aman damai untuk kesejahteraan rakyat. Perlu ingat, PAS tak suka buat huru-hara.

Seperti Harun Taib, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz juga menolak usaha kumpulan propembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih oleh rakyat secara sah dengan demonstrasi di jalanan.

Nik Mohd. Abduh turut menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh sambil mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

Kenyataan ini sangat bertentangan dengan jawapan Anwar Ibrahim sebelum ini yang mengatakan Pakatan Pembangkang (termasuk PAS) akan mengadakan siri bantahan jalanan bagi menentang keputusan PRU-13.

Dengan jawapan terperinci daripada kepimpinan PAS pastinya akan membuatkan Anwar akan panas telinga dan marah disebabkan tidak bersatu dan berpakat dalam mengadakan perhimpunan jalanan bersama DAP dan PKR.
 

PENYOKONG PEMBANGKANG EKSPLOITASIKAN KENAIKAN ELAUN MENTERI SARAWAK



DUN Sarawak telah meluluskan Rang Undang-undang (Imbuhan, Pencen dan Gratuiti) Ahli-ahli Pentadbiran dan Ahli-ahli DUN 2013 yang menyaksikan kenaikan 200 peratus imbuhan, pencen dan gratuiti.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh dan disokong oleh Menteri Perumahan merangkap Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Kali terakhir imbuhan meliputi gaji dan elaun tetap, pencen serta gratuiti ahli-ahli pentadbiran dan wakil rakyat disemak semula adalah pada 1992.

ADUN iaitu wakil rakyat akan menikmati elaun tetap berjumlah RM15,000 berbanding hanya RM4,500 sebulan. Manakala Menteri Muda akan menerima gaji baharu iaitu RM21,000 berbanding RM7,000 sebelum ini, Menteri pula RM27,000 (RM9,000 sebelum ini), Menteri Kanan RM30,000 (RM9,000 sebelum ini).

Pindaan rang undang-undang ini juga akan menyaksikan kenaikan gaji Timbalan Ketua Menteri kepada RM35,000 daripada RM11,500 sebelum ini dan gaji Ketua Menteri RM39,000 berbanding RM13,000 kali terakhir semakan semula dilakukan 21 tahun lalu.

Turut menikmati kenaikan elaun tetap ialah Setiausaha Politik iaitu daripada RM3,000 kepada RM9,000 begitu juga Speaker akan menerima gaji RM30,000 manakala Timbalan Speaker RM21,000.

Kenaikan ketara itu dilakukan selepas mengambil kira kenaikan kos sara hidup yang menyebabkan kadar inflasi secara purata tiga peratus setahun serta mengambil kira harapan tinggi rakyat, kawasan Sarawak yang sangat luas, seluas Semenanjung Malaysia.

Ramai ADUN mempunyai kawasan pentadbiran sangat luas terutama yang berkhidmat di luar bandar, mereka terpaksa menggunakan pengangkutan darat, air malah udara dengan kadar bayaran atau sewa tinggi untuk ke kawasan bertemu rakyat.

Seperti biasa, penyokong Pakatan Pembangkang membandingkan kekayaan yang dimiliki Ketua Menteri Sarawak dengan kenaikan gaji baharu yang berjumlah RM39,000 yang mana lebih tinggi dari gaji Perdana Menteri.

Ini semua berpunca daripada video Global Witness yang dihasilkan Pakatan Pembangkang dalam mencemarkan nama Ketua Menteri Sarawak dalam PRU-13 sebelum ini.
 

PAS KUTUK PERHIMPUNAN JALANAN ANJURAN PKR DAN ANWAR IBRAHIM



Perhimpunan Haram Jalanan anjuran PKR dan Anwar Ibrahim yang bertujuan mahu menjatuhkan kerajaan BN yang telah dipilih rakyat yang kini sedang giat diadakan di beberapa kawasan di seluruh negara sebenarnya tidak disokong sepenuhnya parti politik dalam Pakatan Pembangkang.

Ini dibuktikan apabila beberapa pemimpin tertinggi PAS menolak sokongan dan dokongan Anwar Ibrahim yang sememangnya sudah keterlaluan dan gila kuasa.


Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?

Itu adalah gopoh.

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum.

Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan BN dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.

Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.

"Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya.


Sumber: Utusan Malaysia

Anwar Ibrahim bersama DAP dan PKR bukan sahaja tidak mengiktirafkan pilihan raykat malah menyalahkan rakyat apabila rakyat masih memilih BN sebagai sebuah kerajaan biarpun sebelum ini telah banyak dikutuk oleh pemimpin DAP dan PKR. 
 

AIR ASIA ‘LEPAS TANGAN’ DAN WAJAR DIKUTUK


Selepas insiden CEO Air Asia X mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia berhubung isu ‘rasis’, kini timbul pula kenyataan CEO Air Asia, Tony Fernandes yang sedikit sebanyak membuatkan rakyat Malaysia marah. Bukan isu politik, tetapi isu melibatkan kebajikan penumpang.

Hanya keuntungan. Itu saja yang boleh dilabelkan ke atas syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dalam kes yang melibatkan seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan.

Maryam Sofea dikatakan tidak sihat dan terkena demam campak di Lapangan Terbang Ho Chi Minh sehingga tidak dibenarkan dan dihalang menaiki pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke Malaysia.

Tindakan tidak berperikemanusiaan AirAsia itu mencetuskan kemarahan banyak pihak selepas kejadian tersebut disiarkan Mazidul Akmal menerusi blognya di http://www.mazidulakmal.com semalam.

Sementara itu, Mazidul Akmal mempersoal penjelasan Tony kononnya seorang kakitangan perubatan memeriksa keadaan Maryam Sofea kerana wanita yang dimaksudkan memakai pakaian seperti seorang jururawat.

Katanya, 'doktor' itu juga hanya membisu dan menghilangkan diri tanpa menjelaskan status kesihatan Maryam Sofea kepada ibu mangsa.

"Tony menyebut seorang doktor perubatan datang merawat bayi itu tetapi saya hairan adakah doktor di Vietnam berpakaian seperti jururawat?," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berbangga kerana penumpang dalam pesawat AK 1455 sanggup menghulurkan wang kepada Izan Suhaila selepas mengetahui mengenai nasib malang ibu berkenaan sedangkan tanggungjawab tersebut sepatutnya diambil AirAsia.

Tragedi malang yang menimpa Maryam Suhaila menunjukkan AirAsia hanya mementingkan keuntungan berbanding melaksana tanggungjawab sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes tidak sepatutnya membuat kenyataan melulu mempertahan kakitangannya tanpa mendapat penjelasan lanjut daripada mangsa.

Malah, beliau menempelak Tony yang seolah-olah berbangga menawarkan tiket penerbangan AirAsia percuma kepada Izan Suhaila serta saudaranya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedangkan mangsa sebelum itu dibiarkan terkapai-kapai di Ho Chi Minh, Vietnam.

"Malah, ketika kejadian itu juga tidak ada seorang pun daripada kakitangan AirAsia membantu mereka.

Apakah benar Air Asia hanya mementingkan keuntungan berbanding kebajikan penumpang???

 

AWAS MELAYU JOHOR DAP MENGAMUK “DAP”KAN MELAYU



Kemenangan DAP dalam PRU-13 atas sebab undi popular kaum Cina dan ketaksuban orang Melayu dek termakan hasutan DAP dan Pakatan Pembangkang kononnya pemerintahan BN menyebabkan negara bakrup.

Terbaru, difahamkan DAP telah memasang beberapa strategi yang akan digunakan DAP dan Lim Kit Siang untuk tempoh 5 tahun lagi bagi menawan Malaysia dan Melayu yang selama ini menjadi halangan kepada DAP dan kaum Cina memerintah Malaysia.

Strategi ini akan dilancarkan sedikit masa lagi oleh Pengerusi DAP, Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah yang antaranya adalah seperti berikut;

1.            Mempengaruhi orang-orang Melayu menerima DAP dengan cara memberi sumbangan kepada surau-surau dan masjid-masjid di sekitar pekan Gelang Patah dan kampung-kampung sekitarnya. Mereka menganggap dengan cara ini akan membuatkan perasaan marah orang Melayu terhadap DAP akan menjadi kendur.
2.     Mewujudkan banyak kedai runcit yang dijamin lebih murah daripada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang mereka akan namakan sebagai Kedai Rakyat. Kedai rakyat ini akan dimonopoli oleh oarng-orang cina.
3.            Menarik anak-anak muda Melayu menyertai DAP dengan tawaran wang ringgit. Mereka telah mulakannya dengan memberi wang RM100 dengan memakai baju t-shirt yang ada lakaran gambar Lim Kit Siang seramai 100 orang anak Melayu.
4.            Melantik Ketua Pemuda DAP Bahagian Gelang patah dan beberapa jawatan kuasanya dikalangan anak-anak muda Melayu. Cara ini akan membuatkan pertelagahan yang besar dikalangan Melayu Gelang Patah iaitu antara Ketua Pemuda UMNO, PAS dan DAP.
5.            Mewujudkan ramai agen DAP dikalangan anak-anak muda Melayu dengan menawarkan ganjaran wang yang besar kepada mereka. Agen-agen ini akan menyebarkan cerita2 tentang kebaikan Lim Kit Siang untuk mempengaruhi minda orang-orang Melayu di pekan dan kampung-kampung di Gelang Patah supaya percaya dan sayang kepada DAP.
6.            Mengumpulkan beberapa anak muda Melayu yang mahir dalam ICT untuk mewujudkan satu pasukan khas seperti Red Bean Army untuk perang saraf di Parlimen Gelang Patah. DAP tidak akan gunakan mereka di kalangan ahli Pas lagi. Kumpulan anak muda ini akan berada terus di bawah DAP.
7.            Mewujudkan golongan pemikir dari Singpura yang akan memantu setiap perkembangan di Parlimen Gelang Patah dan mereka akan merangka strategi untuk dilaksanakan oleh Lim Kit Siang untuk terus DAP mencengkam kemenangan di Parlimen Gelang Patah pada PRU akan datang manakala Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen lain pula. Strategi ini bagi memastikan pertambahan kemenangan kerusi Parlimen buat DAP.

Perlu diingat, ketika ini Lim Kit Siang sedang sibuk meracau mengadakan ceramah bersama Anwar Ibrahim ke seluruh negara. Selepas ini Kit Siang, Dr. Bo dan Salahudin Ayub akan tumpukan perhatian sepenuhnya untuk melancarkan beberapa strategi di Parlimen Gelang Patah.
 

AGENDA ANWAR SETERUSNYA JADIKAN MALAYSIA SEPERTI “ARAB SPRING”



Seperti dijangka Pakatan Pembangkang akan terus menjadi pembangkang sampai bila-bila selepas sekali lagi kalah dalam PRU-13. Seperti dijangka juga, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak akan berundur diri daripada arena politik kerana cita-citanya menjadi Perdana Menteri tidak terlaksana.

Maka, atas sebab itu Anwar Ibrahim kini dalam perancangan untuk mengadakan demontrasi seperti mana yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah dengan menggulingkan kerajaan yang sedia ada atau lebih tepat lagi “Arab Spring”.

Siri pembohongan Anwar sebelum ini membuktikan dirinya itu sebagai ‘bapa pembohong’. Lihat saja bagaimana kejadian 16 September 2008 yang diuar-uarkan seluruh dunia tidak menjadi kenyataan biarpun segera dinafikan beberapa pemimpin BN yang dikaitkan nama untuk melompat parti.

Kini, taktik mengadakan perhimpunan haram bagi membangkitkan kemarahan terhadap kerajaan dengan penipuan dan menaikkan emosi penyokongnya bagi pelan yang lebih besar dijadikan modal untuk menggulingkan kerajaan.

Anwar dalam program Borak Anwar yang diadakan pada 17 Ogos 2012 pernah menyatakan akan bersara sekiranya Pakatan Pembangkang kalah dalam PRU-13 dengan memilih menjadi pensyarah di universiti di Amerika Syarikat.  

Seperti biasa Anwar akan terus memainkan keadibiliti SPR yang dikatakan tidak telus biarpun dirinya menang dalam pemilihan di Parlimen Permatang Pauh. Sebanyak 27 kawasan Parlimen dipertikaikan keputusannya oleh Anwar yang mana calon pakatan pembangkang telah kalah di kawasan itu. Mengapa kawasan yang dimenangi mereka langsung tidak dipersoalkan?

Sekiranya tidak telus keputusan itu, mengapa pakatan pembangkang masih mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Kelantan dan Selangor serta Ketua Menteri di Pulau Pinang?
 

ANWAR DIDESAK JANGAN CABAR KEPUTUSAN AGONG



Tindakan Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang mengadakan siri bantahan ekoran kekalahan pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu kerana jelas mencabar perkenan Yang di-Pertuan Agong. Jika mahu disifatkan sebagai pemimpin anak jantan, Anwar sepatutnya menerima kekalahan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 dengan hati terbuka atas dasar demokrasi dan kuasa di tangan rakyat.

Malah, Anwar juga perlu mengakui kemenangannya di Parlimen Permatang Pauh dalam PRU-13 itu sebagai kuasa rakyat. Jika calon-calon BN termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak boleh menerima kekalahan beberapa calon BN khususnya daripada komponen MCA, SUPP dan MIC, kenapa tidak Anwar dan Pakatan Pembangkang menerimanya juga.

Sebelum ini Najib telah menghadap Yang Di-Pertuan Agong yang menerima perlantikan sebagai Perdana Menteri selepas BN menang majoriti mudah dalam PRU-13.

Bagi bekas rakan karib Anwar, selama lebih 30 tahun, Datuk S. Nallakaruppan berkata, bantahan Anwar itu bertentangan dengan fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, yang menyaksikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 6 Mei lalu.

Adakah Anwar tidak bersetuju dengan baginda yang memperkenankan pelantikan Najib?

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga telah menasihatkan Anwar supaya menerima kekalahan sebagai ketentuan takdir.

Cukuplah Anwar, jangan sengaja mencabar Agong, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sistem demokrasi di negara ini dengan menghasut rakyat turun ke jalanan semata-mata kerana tidak dapat menerima kekalahan itu.

Sekarang ini cerita politik sudah berakhir dan kini memfokuskan kepada bagaimana mahu memajukan negara dan menjadikan agenda transformasi negara menjadi realiti menjelang tahun 2020. 
 

ANWAR MENIPU LAGI DAN MEMPERBODOHKAN RAKYAT MALAYSIA



Sebelum PRU-13, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang membayangkan akan mengundur diri daripada pentas politik Malaysia dan akan kembali mengajar jika Pakatan Pembangkang ‘KALAH’ dalam PRU-13.

Malah, dengan nada bersahaja Anwar akan memberikan kuasa dan jawatan yang disandangnya itu sebagai Ketua Pembangkang kepada pemimpin muda dengan membayangkan Rafizi Ramli sebagai penggantinya jika beliau mengambil keputusan bersara. Namun, itu semuanya hanya janji-janji PALSU Anwar yang kini dilihat semakin tertekan dengan cita-citanya menuju Putrajaya.

Melihat kekalahan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 dan peningkatan undi Cina yang diterima Pakatan Pembangkang khususnya DAP, Anwar mengambil kesempatan dengan memuji kaum Cina yang menyokong Pakatan Pembangkang dan menemplak pengundi Melayu dan Bumiputera kerana tidak mengundi Pakatan Pembangkang.

Sentimen kecinaan terus dimainkan Anwar di Stadium Kelana Jaya apabila 80 peratus daripada yang hadir terdiri daripada masyarakat Cina manakala 10 peratus lagi masing-masingnya orang Melayu dan India. Jelas bahawa kaum Cina di Malaysia kini sudah termakan dengan ideologi Cina untuk Cina yang diketengahkan DAP dan Lim Kit Siang.

Dengan ketidakjadian Anwar Ibrahim bersara daripada politik, jelas menggambar bahawa Anwar dan Pakatan Pembangkang kini sedang merancang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat menerusi Arab Spring. Ini tidak mustahil apabila mendengar ucapan Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang di Stadium Kelana Jaya yang berupa hasutan kepada rakyat hingga boleh menimbulkan huru-hara.

Kita mengharapkan agar pasukan polis boleh bertindak segera sebelum kekacauan Arab Spring yang diinginkan Pakatan Pembangkang.
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger