CETUSKAN HURU HARA SEMASA HARI PENGUNDIAN AGENDA TERAKHIR PKR



Disebabkan mengetahui peluang PKR dan Pakatan Pembangkang untuk menang majoriti 2/3 dalam PRU-13 akan datang semakin tipis, pakar-pakar strategi PKR telah merumuskan beberapa langkah yang boleh dijadikan modal untuk mencetuskan kekecohan semasa PRU-13.

Ini sekaligus dapat menggambarkan betapa pincangnya peranan dan pengurusan SPR dalam melaksanakan perjalanan PRU-13.

Mungkin kerana sedar taktik yang sering digunakan setiap kali musim pilihan raya tidak lagi dapat menyakini rakyat, maka PKR bertindak cuba mencetuskan kekecohan di pusat pembuangan undi. Ia mungkin untuk menarik perhatian media antarabangsa kononnya pilihan raya di Malaysia tidak adil dan memerlukan campur tangan antarabangsa.
 

PKR JOHOR DAHULUI KEPUTUSAN PAKATAN PEMBANGKANG PUSAT DALAM AGIHAN KERUSI DI DUN JOHOR



Naib Pengerusi PKR Johor, Hasan Karim berkata MPN Johor bertegas tidak akan bertolak ansur berhubung kerusi DUN Johor Jaya yang sudah 'dikunci' dan milik PKR. Selain DUN Johor Jaya, DUN Tangkak dan Pangkalan Rinting serta Parlimen Segamat juga milik PKR.

"...kita memutuskan kerusi Parlimen Segamat, DUN Johor Jaya dan DUN Tangkak adalah milik PKR.

PKR Johor juga sedang menyasarkan 5 lagi kerusi di DUN Johor. Ini disebabkan PAS bertanding terlalu banyak kerusi DUN iaitu lebih 30 daripada 56 kerusi DUN di Johor.

Tegas Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Dr Ahmad Faidhi Saidi, keputusan untuk bertanding di semua kerusi itu dicapai pada mesyuarat MPN 28 Mac lalu yang dihadiri hampir 90 anggota MPN negeri.  

Pengarah Biro Guaman PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse telah dinamakan sebagai calon PKR di kerusi DUN Johor Jaya.

Pada masa sama, kedengaran desas-desus Lim Kit Siang turut 'mengintai' DUN Johor Jaya. 
 

SIAPA DALANG MEMBERIKAN WANG DAN BANTUAN KEPADA PENGGANAS SULU?



Sangat mengejutkan dan seakan-akan tidak percaya bahawa dalang dalam memberikan wang dan bantuan kepada pengganas Sulu adalah orang Malaysia sendiri. Sungguh memilukan dan jahil kepada agama dan negara sendiri.

Penemuan demi penemuan diperoleh hasil daripada kecanggihan teknologi media sosial sekarang ini. Difahamkan, menurut pengganas yang ditangkap itu mereka mengatakan bahawa mereka diupah oleh individu dalam Pembangkang di Malaysia. Juga, petunjuk terbaru mendapati beberapa perjanjian telah dibuat.

Menurut portal MyMassa, mereka telah ditunjukkan beberapa sistem pesanan ringkas dalam bahasa Inggeris yang mana kandungannya melibatkan Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada SMS itu, dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu SMS daripada individu pembangkang di Malaysia dan SMS balas daripada pihak MNLF/ Militan Kiram.

SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia:

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa mengisytiharkan "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram:

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaraan" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

4. Membatalkan Perjanjian dengan MILF.

5. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.

Sumber: MyMassa
 

10 PERKARA YANG AKAN DILAKUKAN ANWAR IBRAHIM BERSAMA KUMPULANNYA MENJELANG PRU-13



Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu :

1. Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku dan sedang berlaku.

2. Akan berlaku kejadian Anwar Ibrahim ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar Ibrahim mencabut pistol ketika mengiringi Anwar Ibrahim dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3. Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4. Anwar Ibrahim akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar Ibrahim akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA “Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.”

5. Anwar Ibrahim akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar Ibrahim dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6. Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.

***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7. Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.

***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin

8. Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9. Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).

***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10. Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan Pembangkang dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli PAS akan diminta bersumpah ”wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU-13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). Beginilah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.)

Demi menuju ke Putrajaya, Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
 

PAS NAK BUNUH TUN MAHATHIR! INIKAH SEBUAH PARTI ISLAM?



Rakyat boleh bandingkan wajah dan sikap sebenar pemimpin PAS yang selama ini memperalatkan Islam sebagai teras parti itu. Selepas insiden Amanat Haji Hadi, PAS kini terbongkar rahsianya apabila matlamat mahu membunuh Tun Mahathir semasa pemerintahan didedahkan bekas-bekas pemimpin PAS.

Begitu pun, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir memaafkan ahli-ahli PAS yang pernah merancang untuk membunuhnya. Dengan sikap rendah diri, Tun Dr Mahathir mahu membunuh itu tidak dijadikan budaya di Malaysia.

Bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh diharap tidak menjadi budaya Malaysia, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbuka bekas anggota Pas seumur hidup, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988.

"Saya pun tidak sedar ada ada perancangan hendak bunuh saya, sebab saya ini berjalan merata tempat serta tidak pernah rasa takut, sekarang ini baru tahu ada orang hendak bunuh saya. "Saya tiada apa-apa, saya harap ini tidak menjadi budaya Malaysia.

Di Malaysia kalau kita tidak bersetuju atau bermusuh dalam politik, tidaklah sampai tahap nak bunuh. "Saya tiada masalah untuk maafkan dia, saya maaf orang lain juga kalau ada," kata Dr Mahathir kepada pemberita pada Forum Perdana 'Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam' di bangunan Parlimen semalam.

Dr Mahathir menjadi anggota panel forum itu bersama bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim. Media tempatan semalam melaporkan Zainol atau lebih dikenali sebagai CN Afghani, membuat pengakuan bahawa rancangan melakukan pembunuhan itu timbul, kerana terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang mendakwa UMNO kafir.
 

BOB LOKMAN AKUI SERTAI PAS HANYA UNTUK TARIK UNDI



Wacana Sinar Harian Siri ke-18 yang telah diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf telah membongkar ‘rahsia’ hasrat sebenar bekas artis dan artis ditarik ke dalam kancah politik.

Bekas pelawak Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, mengakui beliau berkecimpung dalam arena politik kerana ada pihak meyakini kredibilitinya dalam meraih undi pada PRU-13.

Ini kerana sebagai artis mereka ramai digilai peminat sama ada muda dan dewasa termasuk yang berumur. Ikon ini mampu untuk membuatkan mereka menarik pengundi untuk memangkah calon PAS dan PKR yang kini menjadi pilihan bekas-bekas artis yang bersara atau tidak laku.

Sepanjang menjadi artis sebagai pelakon dan pelawak Bob Lokman sangat disukai peminat kerana sikapnya yang bersahaja. Tetapi, apabila memasuki alam politik kegiatan Bob Lokman sangat tidak disenangi rakyat termasuklah peminatnya kerana asyik memfitnah dan menyalahkan pemimpin seagama dengannya.

Rakyat menganggap perbuatan Bob Lokman ini seperti tidak bersyukur ke atas kerajaan yang sedia ada. Malah, boleh dikatakan kebanyakan ceramah yang disampaikan Bob Lokman itu banyak memburukkan pemimpin seagama yang selama ini membela agama, bangsa dan tanah air.
 

NURUL IZZAH DIHERET SAMA DALAM VIDEO LIWAT ANWAR IBRAHIM?



Di kala Anwar Ibrahim menyaman Papa Gomo susulan daripada penyebaran video seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengejutkan rakyat Malaysia dengan mengatakan pihaknya telah dipertontonkan video palsu seks dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen UMNO dan BN.

Menurut Saifuddin video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Anwar Ibrahim manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah.

Benarkan ada watak Nurul Izzah dalam video bapanya itu? Atau, apakah itu video yang salah dipertontonkan kepada Saifuddin? Mengikut sembang-sembang siber, tiada watak Nurul Izzah sebaliknya yang ada lelaki mirip Anwar Ibrahim dan seorang lelaki berdua-duaan.

Tegas Saifuddin lagi video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks.

Tidak cukup dengan itu, Saifuddin menjelaskan sebelum beliau diajak menonton video terbabit, pihaknya telah dihubungi ejen terbabit yang mendakwa akan mendedahkan banyak lagi video membabitkan pemimpin PKR menjelang PRU-13.

Dalam pada itu, menurut Saifuddin, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim juga dikatakan akan menjadi mangsa spekulasi seks selepas Anwar Ibrahim.

Bolehkah Saifuddin uploadkan video itu ke Youtube? Rakyat nak juga menilai sama ada video yang dimaksudkan itu benar atau sebaliknya. Biar rakyat jadi hakim untuk menentukan kesahihannya. 
 

TANYA SAMA ANWAR SIAPA DALANG DI LAHAD DATU PERJELAS NIAT SEBENAR ANWAR IBRAHIM KE ATAS MALAYSIA



Ceramah Tanya Sama Anwar Siapa Dalang Di Lahad Datu yang diadakan di Kampung Tengku Hussein, Manjoi mendapat sokongan padu 3,000 rakyat demi mendengar dengan penuh teliti penglibatan Anwar Ibrahim dalam insiden Lahad Datu.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli dalam ceramah itu turut mengingatkan orang ramai bahawa pembangkang berupaya mengubah segalanya termasuk Perlembagaan Persekutuan sekiranya berkuasa.

Beliau menarik perhatian, di bawah Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan, terdapat satu-satunya peruntukan yang mana dengan hanya majoriti mudah, mana-mana negara boleh dijemput untuk menyertai Malaysia.

Dalam sistem demokrasi sekarang, kita ada 222 kerusi, tetapi mengikut perkiraan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mana-mana parti yang memenangi 112 kerusi pertama sehingga perkiraan dibuat pada pukul 10 malam, boleh menjadi kerajaan.

Kalau pembangkang meraih majoriti mudah 112 kerusi dan bergabung dengan Singapura yang memiliki 87 kerusi cauvinis Cina, maka mereka ada 199 kerusi, sekali gus memperoleh dua pertiga. Mereka boleh membuat apa sahaja termasuk mengikis bangsa Melayu dan agama," katanya.

Apakah rakyat Melayu di Malaysia masih tidak sedar akan perkara ini??? Atau masih suka dengan Anwar sebab ....
 

ANWAR LEBIH PERCAYAKAN CINA BERBANDING MELAYU UNTUK CAPAI KEMENANGAN DALAM PRU-13



Yang pasti PRU-13 kali ini Anwar Ibrahim tidak akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh. Jika dahulu Parlimen itu ‘selamat’ bagi Anwar Ibrahim sejak beberapa dekad, tetapi kini rakyatnya sudah mula tersedar dari mimpi siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Sebelum ini Anwar Ibrahim telah dipelawa oleh PKR Selangor dan PKR Perak untuk bertanding di kedua-dua negeri itu. Selangor misalnya, mengatakan Selangor mempunyai 11 Parlimen yang ‘selamat’ bagi Ketua Umum Keadilan dalam merealisasikan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri. Manakala, PKR Perak mempelawa Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen di Perak khususnya di kawasan majoriti Cina.

Begitu, menurut desas-desus mengatakan Anwar Ibrahim mungkin bertanding di Parlimen Ipoh Timur yang mana kawasan tersebut merupakan majoriti pengundinya adalah berketurunan Cina.

Desas-desus ini diperoleh hasil daripada maklumat beberapa kenalan Zulkipli Nordin yang masih di dalam PKR. Ini jelas menggambarkan Anwar Ibrahim kini sudah tidak yakin untuk menang di Parlimen Permatang Pauh dan berhajat untuk bertukar kawasan.

Rakyat di Parlimen Permatang Pauh sudah tidak mahu menerima Anwar Ibrahim dan mula goyang’ apabila ceramah yang dianjurkan Perkasa dan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Permatang Pauh baru-baru ini dihadiri lebih 800 orang termasuk penyokong tegarnya sendiri.

Tiga hari selepas Zulkipli Nordin dan Muhammad Zahid Md. Arip (Mursyidul Am TIBAI) berceramah di sana (Permatang Pauh), beliau (Anwar) buat kenyataan tidak mahu bertanding di Permatang Pauh kerana nampak penyokong tegarnya sendiri datang.

Sehingga ke hari ini, sokongan orang Melayu kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang sudah jatuh merudum. Untuk survival politiknya, Anwar Ibrahim terpaksa ‘lari’ ke kawasan lain.
 

PEMIMPIN DAP GUNA LAMBANG PAS PADA PRU-13 KENA POTONG KEMALUAN DULU



Kontroversi status DAP kini semakin memuncak dan boleh diharamkan daripada bertanding dalam PRU-13. Ini susulan daripada kesilapan DAP dalam pemilihan CEC DAP pada penghujung 2012 yang menyaksikan banyak keraguan hingga DAP boleh diharamkan penubuhannya.

Desas-desus mengatakan PAS ‘bersedia’ meminjamkan logo bulannya kepada pemimpin DAP untuk bertanding dalam PRU-13 disambut dingin ahli-ahli PAS. Ini kerana mereka yang menggunakan logo PAS untuk bertanding adalah mereka yang ‘bersih’ daripada segala kekotoran.

Kekotoran di sini bermaksud ‘kemaluan’ mestilah telah dikhatan (bersunat). Ini bagi menjamin kebersihan seperti yang diwajibkan dalam Islam. Namun, itu tidak semestinya bersih daripada segala dosa kerana pemimpin PAS ini termasuk ketuanya tidak terlepas daripada melakukan dosa fitnah disebabkan kemaruk menuju ke Putrajaya.


Bagi Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib menegaskan DAP perlu meminta izin PAS terlebih dahulu jika calon parti itu termasuk penasihatnya, Lim Kit Siang mahu menggunakan lambang PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Sebenarnya, mereka bebas nak guna lambang PAS atau pun PKR bagi menghadapi PRU-13 tak lama lagi. Itu dia punya pasal.

"Tetapi, mereka kena minta izin kita (PAS) terlebih dahulu dan DAP juga kena minta izin PKR jika ingin menggunakan lambang parti itu (PKR)," katanya lagi.

Sebelum ini kesediaan Lim Kit Siang bertanding di bawah lambang PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran DAP itu ekoran kesilapan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu.

PAS sangat mengalu-alukan jika ada calon DAP, tidak terkecuali Kit Siang sendiri yang berhasrat menjadi ahli PAS.

"Bukan setakat mereka (calon DAP) nak bertanding pada pilihan raya umum tak lama lagi atas tiket Pas atau PKR (Parti Keadilan Rakyat), malah kalau mereka nak masuk PAS atau jadi ahli PAS sekali pun, kita terima.
 

NIK AZIZ – “SAYA MAHU TANDING PRU SAMPAI AKHIR HAYAT”



Walaupun didesak oleh kebanyakan pemimpin PAS dan rakyat Malaysia agar berundur daripada arena politik namun empunya badan, Nik Aziz enggan mendengar malah tetap dengan pendiriannya bahawa beliau akan tetap bertanding dalam PRU hingga ke akhir hayat biarpun terpaksa berkerusi roda dan diusung.

Dendam kesumatnya terdapat UMNO tidak pernah padam biarpun sampai ke liang lahat. Atas sebab itu selagi hidup ini beliau akan terus membenci UMNO dan BN biarpun bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimanapun, jelas Nik Aziz lagi beliau akan berundur daripada politik sekiranya PAS tidak memerlukannya lagi manakala bagi pilihan raya umum ini, PAS Pusat telah membuat keputusan supaya beliau wajib bertanding. Persoalannya sekarang, siapakah ‘parti’ yang boleh mengarahkan Nik Aziz supaya berundur???

“Saya sebut dah kalau parti suruh bertanding, saya bertanding walaupun saya berkerusi roda, saya bertanding, kalau parti kata cukup, cukuplah”, luah Nik Aziz.

Mengambil kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang meminta Nik Aziz bertanding dalam PRU-13 sejak dua tiga bulan lepas lagi.

Nik Abdul Aziz yang kini berumur 82 tahun telah memegang jawatan sebagai Menteri Besar selama 22 tahun manakala di peringkat PAS Pusat, beliau menjadi Mursyidul Am Pas sejak tahun 1987.

Keadaan kesihatannya yang semakin uzur dan kerap dimasukkan ke hospital menyebabkan ramai pihak mengkritik dan meminta beliau berundur daripada terus terlibat dalam arena politik, namun Nik Aziz tidak pernah mempedulikan kritikan itu.

Beliau sebelum ini pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut melakukannya, namun setelah Dr. Mahathir berbuat demikian sejak 10 tahun lalu, Nik Abdul Aziz masih kekal di tampuk kepemimpinannya.
 

DI MANAKAH LAGAKNYA CYBERTROOPER BN SARAWAK YANG PERTAHANKAN PEHIN SRI TAIB MAHMUD?



Misi utama Cybertrooper BN sama ada blogger, facebooker mahupun empunya twitter ialah mempertahankan BN dan pemimpinnya daripada terus difitnah. Mereka ini telah dibekalkan dengan kemahiran dan ilmu bagi menangani pelbagai isu termasuklah isu fitnah, tetapi di manakah mereka (cybertrooper) semasa insiden fitnah yang melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam video terbitan Global Witness?

Sebaik sahaja insiden video Global Witness itu diupload ke dalam Youtube, ramai di kalangan rakyat Sarawak terpengaruh termasuklah cybertrooper sendiri. Malah fitnah daripada video itu semakin menjadi-jadi dan mendapat perhatian rakyat biarpun Pehin Sri Taib telah menafikan penglibatannya pada petang itu (Rabu) juga menerusi keprihatinan seorang wartawan bebas yang mana videonya telah diuploadkan.


Seharusnya pada ketika ini Cybertrooper BN Sarawak yang dikatakan mempunyai ramai ahli dan kekuatannya di seluruh pelusuk bahagian di Sarawak dengan pelbagai ilmu  peperangan cyber‘mempertahankan’ Pehin Sri Taib dalam video ini. Jika tidak tahu dari segi cara menjawab kandungan video itu sekurang-kurangnya lihat daripada sudut lain. Cybertrooper BN kan banyak ilmu di dada.

Tidak dinafikan ada di kalangan Cybertrooper BN yang prihatin dengan isu ini dan mempertahankan mengikut acuan sendiri. Namun, jumlahnya terlalu sedikit dan tidak menggambarkan kekuatan sebenar Cybertrooper BN terutamanya di Sarawak.

Apakah Cybertrooper BN Sarawak sudah bersedia dalam PRU-13 akan datang ini????

Tepuk dada tanyalah selera...
 

LAGI PEMIMPIN PKR PERLEKEHKAN POLIS DI RAJA MALAYSIA



Tidak cukup dengan Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, PKR menambah koleksi pemimpinnya yang celupar dan memperlekehkan peranan polis dengan kali ini giliran ‘Ustaz’ Khalwat yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrulamin Bahron.

Semua ini gara-gara tweet yang dihantar Dr. Badrulamin Bahron dalam twitternya @drbadrulamin semalam yang berbunyi: "Hei anjing! Pegi tangkap samseng UMNO tu."

Kenyataan terbaru pemimpin PKR jelas menggambarkan keseluruhan pemimpin PKR dan Pakatan Pembangkang tidak menghormati peranan polis dalam menjaga keselamatan awam dan negara.

Bagi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri, kenyataan itu bukan sahaja berniat jahat malah menunjukkan pembangkang cuba menjadikan pasukan keselamatan negara sebagai 'kambing hitam' demi kepentingan politik mereka.

"Bagaimana seorang pemimpin yang kononnya mempunyai ilmu agama tinggi tergamak menyamakan manusia khususnya pasukan keselamatan dengan binatang?

Sementara itu, Penaung Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) 1Malaysia Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Ruslee Hashim menyifatkan kenyataan tersebut tidak wajar dikeluarkan mana-mana rakyat Malaysia.

Katanya, pasukan keselamatan yang sentiasa mempertaruhkan nyawa demi keamanan negara tidak sepatutnya menjadi mangsa kejian dan penghinaan sedemikian rupa.


"Pasukan keselamatan yang dihina inilah yang sentiasa bersengkang mata mempertahan dan menjaga keselamatan negara daripada sebarang ancaman ketika orang seperti Badrulamin sedang lena dibuai mimpi.

"Sehubungan itu, mana-mana individu termasuk Badrulamin perlu dikenakan tindakan tegas sekiranya berterusan menghina pasukan keselamatan negara.

Lihatlah bagaimana biadapnya pemimpin PKR yang dipimpin Wan Azizah dan dibantu Azmin Ali dengan penasihatnya Anwar Ibrahim. Jika masa kini memperlekehkan peranan pasukan polis, bagaimanakah pula apabila memerintah negara nanti? Selama ini, polis sering dijadikan kambing hitam oleh Pakatan Pembangkang dalam ceramahnya.
 

DISEBALIK PENGKHIANATAN ANWAR IBRAHIM KE ATAS SABAH DALAM INSIDEN BERDARAH LAHAD DATU



Seorang hero (Tian Chua) dan seorang lagi heroin (Nurul Izzah Anwar) PKR dan Pakatan Pembangkang. Mereka ini diibarat sebagai ‘tiada kemaluan’ apabila dengan sedar dan logik akal merendahkan perjuangan pasukan keselamatan negara mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan pengganas.

Ketika pemimpin negara menanganinya dengan cara diplomasi dan diplomatik, manakala pasukan keselamatan seperti polis dan tentera mempertahankan diri dengan berdepan ancaman peluru dan bom, parti politik pembangkang tergamak memperlekehkan perjuangan mereka.

Kedua-dua pemimpin PKR ini dengan bongkaknya mempersendakan perjuangan pasukan keselamatan tanpa memperdulikan nasib keluarga anggota yang cedera dan yang telah meninggal dunia. Semua ini angkara kepentingan politik sempit dan menuju Putrajaya.


Portal berita MyMassa telah berjaya menyediakan entri dan susunan berangkai bagaimana penglibatan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, Ketua Umum PKR dan calon Perdana Menteri itupun jika Pakatan Pembangkang menang PRU-13.

16.7.2012 – Anwar Ibrahim berjumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan dikatakan melebihi 1 jam.

17.7.2012 - Anwar Ibrahim sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan tersebut berlangsung kurang 1 jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS. (Inilah permainan Anwar Ibrahim menyogok pemimpin BN dengan wang)

12 hingga 13.10.2012 - Anwar Ibrahim ke Lahad Datu yang mana turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram (pengganas Sulu).

18.10.2012 - Anwar Ibrahim sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus. (Membincangkan dengan lebih detail pelan yang dipersetujui)

2.11.2012 - Anwar Ibrahim mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG" dalam setiap ceramah PKR dan Pakatan Pembangkang di Sabah.

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar Ibrahim sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG" dalam ceramah Pakatan Pembangkang di Sabah.

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar Ibrahim meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG" apabila memperincikan lagu tersebut dengan merujuk kepada pergolakan yang berlaku di Sabah.

7.2.2013 – Anwar Ibrahim menghantar Tian Chua dan R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar Ibrahim turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar upah oleh seseorang (Siapakah mereka?. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, iaitu merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013. Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA (Seolah-olah sudah dirancang)

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kampung Tandou dan Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu. Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita. Anwar Ibrahim berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar Ibrahim berharap PRU-13 hanya akan diadakan di Semenanjung. Pada hari yang sama Anwar Ibrahim menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence! Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

7.3.2013 - Anwar Ibrahim membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul. Nur Misuari dalam FB nya menyatakan kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar Ibrahim!

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF. Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali mengakui Anwar Ibrahim memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar Ibrahim mengaku ada menemui Nur Misuari!

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu).

Apakah Anwar Ibrahim akan cuba untuk terus menafikan pembabitannya dalam kejadian berdarah di Lahad Datu. Anwar Ibrahim wajar diadili di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
 

KENYATAAN AKHBAR PEMUDA PBB SARAWAK DAN PERKARA PELIK VIDEO GLOBAL WITNESS ON TAIB



Di kala penyebaran video ciptaan Global Witness bagi mencemar dan menjatuhkan nama baik Ketua Menteri Sarawak, ada di kalangan rakyat Sarawak terus menerus ‘mempercayainya' tanpa sebarang kajian terperinci sekaligus mengundang permasalahan.

Tidak ketinggalan ada sesetengah pegawai kerajaan Negeri Sarawak yang mempercayai tanpa merujuk dan berfikir secara waras. Ini kerana video tersebut mengundang 1001 persoalan yang mencurigakan.

Malah ada beberapa pemimpin PBB membuat ulasan terus mengenai kandungan video itu tanpa merujuk kepada keseluruhan video itu dengan mahu merujuk kepada undang-undang. Ini suatu perkara yang dirasakan tidak wajar kerana pemimpin PBB ini menjawab lebih kepada pandangan mereka tanpa merujuk kepada yang dituduh.

Tahniah diucapkan kepada Pemuda PBB Sarawak yang telah terus memberikan kenyataan akhbar berhubung penayangan video itu di dalam Youtube. Namun, ia tidak dapat mengurangkan pandangan serong rakyat terhadap kandungan video itu. Sewajarnya, kenyataan akhbar itu dibuat secara bersama (exco-exco Pemuda PBB) dan Ketua Pemuda bagi menampakkan kesepakatan.


Bagi rakan-rakan bloggers khususnya Bloggers Anak Sarawak seperti Keadilan X SarawakSarawak kolok Mee dan MelanauBlogger™ yang mengetengahkan tentang persoalan-persoalan pelik dan meragukan yang boleh dipertikaikan dalam video tersebut.

1. Apakah mudahnya seorang asing (orang putih) yang tidak dikenali latar belakangnya datang ke pejabat Kerajaan Negeri Sarawak dan menyatakan hasrat untuk melabur sehingga terus diminta berjumpa dengan sepupu dan keluarga Ketua Menteri Sarawak?


Sedangkan rakyat Sarawak sendiri mahupun adik beradik atau keluarga hendak berjumpa dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud terpaksa melalui prosedur. Nampak sangat ini menimbulkan banyak persoalan? Atau, ini perbuatan orang dalam?

2. Bayangkan Fatimah boleh bercakap banyak perkara tentang adik-beradik dan keluarga Ketua Menteri Sarawak dengan begitu mesra dengan 'stranger' (penemubual) yang ingin membuat perbincangan mengenai pelaburan? Ramai pula yang mengatakan Fatimah ini sudah lama tidak berhubung dengan Pehin Sri biarpun dalam tersebut menampakkan seolah-olah mereka ini mesra?


3. Bayangkan untuk mengadakan 'perbincangan' perniagaan yang melibatkan jutaan ringgit seperti ini, Norlia sebagai seorang shareholder boleh datang kemudian dan tidak dibawa berbincang dari awal atau secara bersama? Mungkinkah dia menunggu di luar bilik supaya kelihatan lebih dramatik mengikut skrip? Kemungkinan itu ada!!!


4. Bayangkan seorang prominent lawyer seperti Alvin boleh mendedahkan banyak perkara sulit tentang pelanggannya kepada "stranger" tanpa sedikit pun rasa curiga dan ragu-ragu malah dengan body languageyang begitu santai dan mesra? Inikah yang dinamakan sebagai perbincangan formal?


5. Juga, bayangkan Huang Ling, seorang lawyer boleh semudah dan sebodoh itu untuk mendedahkan hubungan Pehin Sri Taib dengan sepupunya kepada "stranger" dalam sebuah bilik yang suram? Biasanya orang yang mempunyai tujuan tertentu dan jahat sahaja yang membuat perkara sedemikian.

6. Bayangkan seorang "pelabur" bebas bertanya pelbagai soalan yang tidak relevan seperti seorang wartawan tanpa sedikit pun dicurigai? Apakah ini dinamakan perbincangan pelaburan?

Pada asasnya banyak lagi persoalan yang boleh dikaitkan terhadap video itu memandangkan ianya dicipta dan dikeluarkan menjelang PRU-13. Malah, di Semenanjung Malaysia, video ini telah dijadikan bahan kempen Pakatan Pembangkang khususnya Anwar Ibrahim dalam mencemarkan nama dan reputasi Pehin Sri Taib.
 

BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA SEORANG BEKAS BANDUAN



Realiti dan hakikatnya, calon Perdana Menteri dari Pakatan Pembangkang ialah BEKAS BANDUAN. Apakah rakyat Malaysia mahu dipimpin oleh bekas banduan yang telah menjalani hukuman penjara seama 6 tahun atas kesalahan menyalahgunakan kuasa atau bahasa mudahnya RASUAH.

Seperti biasa tanggapan rakyat Malaysia terhadap seorang banduan sangat jijik sehingga nama individu itu dihitamkan. Lebih menjijikkan apabila keluar penjara, tanggapan rakyat bahawa individu itu bekas banduan akan melekat sehingga ke akhir hayat.

Di Malaysia, ada seorang bekas banduan yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri. Mungkin ramai yang menganggap cita-citanya itu suatu khayalan atau mimpi di siang hari, tetapi hakikatnya beliau kini bertungkus lumus mencapai cita-citanya dengan mengaibkan pemimpin sebangsa dan seagama dengannya dan lebih mendukacitakan sanggup menghuru-harakan negara dengan pelbagai insiden termasuklah Lahad Datu yang telah mengorbankan 10 pejuang negara.

Waima seseorang bekas banduan itu apabila keluar penjara dan menjalankan kerjaya, beliau tetap dipanggil bekas banduan. Namun, bekas banduan yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri ini dianggap oleh isterinya dan disokong keluarganya serta pengikutnya sebagai Anugerah Tuhan!


Apakah Anugerah Tuhan itu seorang gay? Seorang peliwat? Seorang pengamal seks bebas? Seorang pengamal rasuah? Seorang penjual agama Islam?

Ramai rakyat sudah lupa bagaimana bekas banduan ini dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan yang dilakukannya pada 18 tahun lalu. Ikuti kisah Banduan yang telah dijatuhi hukuman PENJARA 6 tahun diatas kesalahan RASUAH paling besar dalam sejarah negara Malaysia.


1. "Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:

a. Campur tangan dalam siasatan itu, dan

b. Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;

Dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin bin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

2. "Bahawa kamu, pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menten Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleb kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

3. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan sa1ah laku mereka dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akihatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberikan kenyataan bertu1is seperti mana yang diarahkan dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesa1ahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

4. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda bt Ali telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

5. "Bahawa kamu pada 27 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda Ali memberikan kenyataan umum bertulis bertarikh 29 haribulan Ogos 1997 seperti yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".
  

Banduan yang dimaksudkan itu adalah Anwar bin Ibrahim yang kini merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan juga Ketua Pakatan Pembangkang. Banduan yang bercita-cita mahu menjadi Banduan Perdana Menteri Malaysia.

Jika Anwar ini ‘berjaya’ menjadi Perdana Menteri maka beliau telah mencatat rekod dunia sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama bekas banduan yang telah dipenjarakan atas kesalahan rasuah. Kesalahan ini adalah kesalahan yang paling keji dalam hidup bermasyarakat dan dalam agamanya Islam.

Mungkin akan berlaku pekara lebih jijik lagi jika Perdana Menteri Malaysia kerana belum pun menjadi Perdana Menteri bermacam macam RASUAH digunakan Anwar Ibrahim dalam menafikan keterangan rakyat bahawa beliau telah melakukan SEKS LUAR TABII.
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger