TONY PUA: DAP SELANGOR LEBIH KUAT BERBANDING PKR SELANGOR



Biarpun tidak dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, pemimpin DAP Selangor menerima dengan penuh tabah dan bertekad akan terus mengekalkan kemenangan 100% dalam PRU-14 akan datang, demikian menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor bagi menggantikan Teresa Kok.

Semalam, Tony Pua yang merupakan salah seorang pemimpin yang memenangi Pemilihan DAP Selangor telah dipilih sebulat suara bagi mengetuai DAP Selangor dan seterusnya menjadi ‘mastermind’ dalam menghadapi PRU-14 akan datang.

Dengan keangkuhan dan kelantangannya mempertahankan DAP dalam apa jua serangan, Tony Pua akhirnya berjaya dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor.

Cabaran Tony Pua selepas ini adalah untuk mengekalkan rekod tersebut (kemenangan 100% DAP Selangor dalam PRU-13) dan sekaligus meninggalkan PKR dan PAS dalam Pakatan Pembangkang.

Selain Pua, ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo yang memperoleh undi kedua terbanyak, 491 undi dipilih sebagai timbalan pengerusi, manakala  ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh serta ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Khim masing-masing dilantik sebagai Naib Pengerusi.

Bekas anggota Exco Selangor, Ronnie Liu juga kembali ke jawatankuasa tersebut, dengan menduduki tempat kesembilan daripada 15 calon.

Kesemua pucuk pimpinan DAP Selangor itu dipilih oleh 15 anggota jawatankuasa yang baru selepas pertemuan selama 30 minit.

Pemilihan tersebut membabitkan 687 perwakilan yang hadir dalam Konvensyen DAP Selangor ke-17.

Berikut adalah jawatankuasa baru DAP Selangor 2013

Pengerusi: YB Tony Pua

Timbalan Pengerusi: YB Gobind Singh Deo

Naib Pengerusi: YB Teng Chang Khim, YB Hannah Yeoh

Setiausaha: YB Ean Yong Hian Wah

Penolong Setiausaha: YB Ng Suee Lim

Bendahari: YB Ng Sze Han

Setiausaha Organisasi: YB Lau Weng San

Penolong Setiausaha Organisasi: YB Ganabatirau a/l Veraman, Philip Tan Choon Swee

Setiausaha Publisiti: Ronnie Liu Tian Khiew

Pengarah Pendidikan Biro Politik: YB Lee Kee Hiong

Ahli Jawatankuasa: YB Charles Santiago, YB Tiew Way Keng, Kannan A/L Thangarasu


Ahli Jawatankuasa Dilantik:

1) YB Ong Kian Ming

2) YB Eddie Ng

3) YB Rajiv A/L Rishyakaran

4) YB Yeo Bee Yin


Dengan pelantikan jawatankuasa baru DAP Selangor ini secara langsung memberikan saingan kepada PKR dan PAS Selangor dalam mengekalkan dominasi kuasa yang kini lebih terarah kepada DAP Selangor.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger