TIADA DEMOKRASI DALAM PAS SEBALIKNYA HANYA ‘MENJAGA HATI’


Walaupun kalah dalam pemilihan Muktamar PAS Ke-59 sebelum ini namun, Mustafa Ali dan Mahfuz Omar masih juga dipilih ke dalam jawatankuasa PAS Pusat bagi penggal seterusnya.

Pemilihan kedua-dua pemimpin PAS yang suara majoriti PAS Pusat telah menolak kehadiran mereka tetapi dengan kuasa melobi dan ihsan Presiden PAS akhirnya kedua-dua pemimpin veteran PAS itu berjaya juga menempatkan diri.

Inilah ‘demokrasi’ ala PAS yang kini menjadi perhatian dan buah mulut ahli-ahli PAS di seluruh negara. Biarpun majoriti perwakilan menolak pemimpin tersebut, tetapi masih boleh dimasukkan kembali atas beberapa sebab.

Ini secara tidak langsung Pemilihan Muktamar PAS Ke-59 itu tiada perubahan dan hanya bersifat lakonan semata-mata.

Tidak kurang juga ada sebilangan penganalisis politik yang menganggap pemilihan mereka ini bertujuan ‘menjaga hati’.


"Kalau nak kaitkan dengan transformasi, dalam PAS ia tidak timbul tetapi lebih kepada ada unsur 'jaga hati'.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger