TAHNIAH MAT SABU ATAS LANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG



Kemenangan Mohamad Sabu dalam jawatan Timbalan Presiden PAS yang lepas telah dibayar dengan ‘harga mahal’ apabila telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali berkata, pemilihan itu bertujuan untuk meneruskan kelangsungan parti termasuk dalam konteks kerjasama dengan Pakatan Pembangkang.

Menurutnya juga, faktor anak kelahiran Pulau Pinang dan biasa dengan negeri tersebut juga menjadi sebab kenapa Mat Sabu dipilih sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

"Oleh kerana beliau ialah Timbalan Presiden, saya rasa itu dapat membantu banyak dari segi menyelaraskan kerja-kerja ini.

Dalam pada itu, apabila ditanya adakah pelantikan Mohamad atau Mat Sabu disebabkan kontroversi pada Muktamar PAS ke-59 lalu, Mustafa berkata "Perkara itu tak ada kena mengena.

"Ini proses biasa, setiap parti dan negeri akan ada tukar ganti ini.


Bagaimanapun, ramai penyokong PAS tidak yakin dengan pelantikan Mat Sabu ini kerana sikapnya yang dingin dengan beberapa penyokong PAS Pulau Pinang dan ramai juga masih belum yakin sama ada Mat Sabu mampu atau tidak memimpin PAS Pulau Pinang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger