SURAT ‘C For CHOAS’ KEPADA RAFIZI RAMLI MENJADI TANDA TANYA


Kecoh dalam media sosial apabila sepucuk surat yang didakwa dihantar oleh rakan karib Anwar Ibrahim, Abdul Rahim Ghouse kepada Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berhubung rancangan mencetuskan huru-hara pada perhimpunan haram untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.

Dalam surat yang bertajuk C For Chaos (C Untuk Huru-hara) itu, Abdul Rahim didakwa meminta Rafizi dan kepemimpinan pembangkang mengeksploitasi kebanjiran orang ramai menyambut malam ambang tahun baharu untuk 'bertindak seperti yang dirancang pada mesyuarat sebelum ini'.

Beliau turut dikatakan meminta mereka mengelak lima lokasi iaitu di persimpangan lampu isyarat pusat beli-belah Sogo, Puduraya, bulatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Masjid Negara, Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek dan Stesen Komuter Bank Negara atas sebab-sebab keselamatan.

Beberapa blog hari ini menyiarkan surat tersebut yang antara lain turut mendakwa Abdul Rahim mengatakan 'angkatan media sosialnya' akan merakam setiap detik yang berlaku pada malam itu dan memuat naik terus ke laman YouTube dengan pantas bagi memastikannya menjadi 'viral'.

Ini susulan daripada kejayaan taktik yang digunasama pada Perhimpunan BERSIH sebelum ini sehingga menjadikan perhimpunan itu mendapat sokongan masyarakat luar negara.

Apabila rakaman-rakaman tersebut menjadi 'viral' jelas surat itu, beliau dikatakan akan meminta Rafizi meletakkan kesalahan kepada UMNO dan BN dan dari situ, mereka akan memantau corak kejadian yang berlaku untuk perancangan seterusnya.
Inilah modus operandi sebenar cybertrooper Pakatan Pembangkang dalam memastikan setiap pergerakan perhimpunan haram itu berjaya dan mendapat tontonan masyarakat dunia.


Tidak cukup dengan itu, surat itu juga menyatakan sesiapa sahaja dalam kalangan pasukan Rafizi yang ditahan sebelum 'acara utama' diminta untuk tidak merosakkan rancangan kerana mereka akan dijamin selepas itu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger