Friday, December 6, 2013


Selain sebagai pembangkang di dalam negara, Pakatan Pembangkang juga membangkang di luar negara dengan memberikan gambaran buruk negara kepada negara-negara luar.

Semasa Persidangan Agung UMNO 2013, Presiden UMNO telah mendedahkan bagaimana liciknya Pakatan Pembangkang hingga sanggup memburukkan negara dan akhirnya menyebabkan syarikat-syarikat luar tidak mahu melabur.

Kesannya negara kehilangan jutaan ringgit akibat ketiadaan pelabur sekali gus menyebabkan rakyat tidak mempunyai pekerjaan dan meningkatkan inflasi dan pengangguran.

Najib semasa menyampaikan ucapan dasarnya mendedahkan Presiden Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas memaklumkan kepada beliau mengenai kehilangan peluang pelaburan dari Taiwan bagi projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia itu.

Ini kerana sebilangan pembangkang telah ke negara itu dan menakut-nakutkan pelabur terbabit.

Tindakan pembangkang menakut-nakutkan pelabur Taiwan sehingga menyebabkan negara kehilangan peluang pelaburan asing bernilai RM40 bilion bukan sahaja pengkhianatan terhadap negara tetapi juga penyokong dan pengundi mereka.
  
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata meskipun berbeza ideologi politik, pembangkang seharusnya dapat membezakan dan mengutamakan kepentingan negara serta tidak melakukan sabotaj kepada pelaburan yang dapat menjana pendapatan negara. 
  
"Sepatutnya dalam apa jua keadaan, mereka tidak patut menghalang kemasukan pelabur, seperti di Pulau Pinang yang dikuasai pembangkang, kerajaan pusat tidak pernah menyekat pelaburan ke sana.
  
"Apatah lagi dalam keadaan kemasukan pelabur ke Pengerang (Johor), kawasan yang hendak kita perkasakan industri petroleum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini hari ini.   
  
Ahmad Zahid berpendapat pembangkang memainkan isu alam sekitar untuk sabotaj usaha tersebut dan menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang 'menjijikkan'.

"Mereka patut menyokong syarikat minyak negara Petronas. Jika mereka tidak boleh berbuat begitu, mereka patut diam dan bukannya menakutkan pelabur daripada datang ke Malaysia.

Inilah sikap sebenar Pakatan Pembangkang yang cuba mahu merosakkan nama dan imej Malaysia di mata negara-negara luar.


Justeru, keputusan rakyat menolak Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 yang lepas suatu keputusan yang tepat. 

2 comments:

  1. DAP P.Pinang bawa rombongan besar termasuk pasangan2 mereka ke satu wilayah cina (twin city programme).Kerajaan negeri bayar kos.Satu twin city drp Canada(kalau tak silap) hanya menghantar SATU wakil.Lazimnya pihak penganjur/tuan rumah hanya membiayai seorang saja wakil.

    DAP hantar berpuluh2 wakil.Difahamkan P.Pinang bukannya ahli Twin city pun.

    Pelik sekali.Cakap lain buat lain.Itulah Dap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu persoalan yang timbul ,kenapa parti seperti DAP ini dibenarkan membuat sesuka hatinya dan pihak berkuasa hanya diam dan melihat saja.Terbukti parti DAP ini adalah sebuah parti RASIS yang kronik.Bertindaklah sebelum Negara ini jadi kacau dan tak terkawal lagi.Orang Melayu ISLAM yang menyokong DAP buka mata,telinga,hati dan minda anda!

      Delete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!