PKR YANG SEPATUTNYA DIBUBARKAN SEBAB SUDAH TIDAK LAGI RELEVAN



Mana-mana pemimpin PKR daripada Semenanjung mahupun Sarawak sendiri tiada mempunyai hak untuk menuntut Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan.

Sebabnya, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dipilih menerusi demokrasi dan majoriti rakyat Sarawak mahukan Ketua Menteri Sarawak terus memerintah dengan jayanya.

Sebelum ini, pemimpin PKR yang juga Pengerusi SAMM, Chegu Bard dalam laman facebook miliknya yang mahu mengadakan demonstrasi di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak pada 29 Disember ini bagi menuntut Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan.

Bagi beberapa pemimpin Sarawak, tindakan pemimpin PKR dari Semenanjung itu telah menggugat keamanan dan perpaduan rakyat Sarawak yang selama ini hidup aman di bawah pentadbiran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah memimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu menerusi sistem demokratik.

“Dari mana mereka (PKR) mendapat hak untuk menuntut agar Ketua Menteri kami meletak jawatan?

“Saya rasa PKR sepatutnya dibubarkan kerana peranan mereka dalam pembangunan negara semakin hari semakin tidak relevan,” katanya.

Abdullah menambah, PKR sering kali mengajak orang ramai berdemonstrasi setiap kali berasa tidak puas hati berhubung isu tertentu yang ada kalanya mencetuskan kekecohan dan ia merupakan cara parti itu berpolitik.

“Mereka harus tahu rakyat Sarawak ada hak untuk menyekat sesiapa sahaja yang datang ke Bumi Kenyalang ini dengan niat untuk berbohong, memutar belit dan mengganggu gugat perpaduan rakyat pelbagai kaum di sini.

“Warga PKR harus sedar dan menerima hakikat perjuangan politik mereka semakin hari semakin kabur dan rapuh.

“Budaya politik PKR yang kasar dan biadab tidak mungkin akan dialu-alukan oleh rakyat Sarawak,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda BN Negeri dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof pula meminta PKR mengadakan demonstrasi di hadapan kediaman Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu sebelum merancang mengadakannya di hadapan kediaman Ketua Menteri.

“Buatlah demonstrasi ke atas Ketua Umumnya (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (terlebih dahulu) yang nyata bercakap bohong dan memburukkan imej negara Malaysia,” katanya ringkas tapi tegas.

Terdahulu Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ahli politik atau mana-mana individu dari Semenanjung Malaysia tidak boleh mempersoalkan mengenai halangan memasuki negeri ini kerana ia dipersetujui dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold pada 1962.

“Pihak lain tidak boleh memarahi atau mencemuh kerajaan negeri jika dihalang memasuki Sarawak.

“Ini merupakan hak kerajaan negeri yang telah termaktub dalam perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan.


Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger