PKR PARTI PEROSAK BANGSA



Kelantangan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli seperti yang dipetik dari portal Malaysia Today antara lain menyebut, pemimpin yang meninggalkan parti itu dan kemudian menyertai parti lawan umpama kekotoran yang tidak ubah seperti najis.

Rafizi ketika itu menyebut, Thank you for sucking away our dirt yang dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tindakan pemimpin PKR, khususnya di Sabah yang mengumumkan keluar daripada parti itu.

Akibatnya, Rafizi telah dibidas oleh beberapa bekas pemimpin PKR yang selama ini telah tertipu dengan ajakan dan dakyah PKR dan Pakatan Pembangkang.

Menurut bekas ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi berkata, kegagalan PKR mempertahankan martabat Melayu ketika pembangkang memerintah Perak menjadi penyebab beliau meninggalkan PKR.

Malah, tegas Jamaluddin lagi, PKR bukan sebuah parti untuk Melayu berpayung kerana kepemimpinannya sanggup mempertaruhkan apa sahaja demi kuasa politik meskipun kedaulatan bangsa menjadi gadaian.

"Bagaimana saya nak terus bersama parti yang sanggup menggadaikan apa sahaja demi kuasa politik. PKR bukan sahaja tunduk kepada PAS pada ketika itu (selepas 2008) tetapi lebih mendukacitakan turut jadi tunggangan DAP.

"Jadi siapa sebenarnya kotor? Parti yang sanggup menggadaikan maruah Melayu semata-mata demi kuasa atau kami? Keputusan kami adalah disebabkan prinsip demi bangsa.


Mereka tidak mahu mengaku yang PKR sanggup menggadaikan apa sahaja demi politik sebaliknya menuduh saya dan seorang lagi bekas wakil rakyat PKR, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dibeli UMNO. Inilah wajah sebenar PKR.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

December 18, 2013 at 10:16 AM

Melompat parti adalah perkara lazim di Malaysia.Bahkan bukan suatu bahan berita selayaknya.Tetapi media nak jual jua berita demikian.

Antara sebab kenapa "melompat parti":
1.Parti tak sesuai lagi.Perjuangan asal menyimpang.
2.Tak sebulu dgn kepimpinan parti.Berebut kuasa.
3.Tak diguna oleh parti.Habis manis sepah dibuang.
4.Tiada prinsip politik yg jitu.
5.Mengintai peluang cerah di sebelah sana.
dan lain2.

Apapun tweet Rafizi tidak sopan."..sucking away our dirt.."adalah manifestasi penulis mungkin pemain sukan tersebut.Harap tidaklah.Nilai moral apa yg Rafizi nak tonjolkan kita tak tau.

sekadar pandangan 50sen.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger