PEROMPAK ROMPAK MENTERI MUDA SARAWAK



Perompak kini sudah tidak memilih siapa yang menjadi mangsanya dan kini mensasarkan golongan VIP ataupun Menteri juga Yang Berhormat.

Inilah yang berlaku ke atas Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Negeri Sarawak, YB Liwan Lagang yang dirompak dan kenderaannya dilarikan dua penjenayah dalam satu kejadian awal pagi semalam.
  
Menurut jurucakap polis, dalam kejadian 6.10 pagi itu Liwan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga turut mengalami kecederaan pada paha kanan akibat terkena pisau ketika bergelut dengan perompak terbabit.
  
"Kejadian berlaku ketika mangsa berhenti untuk membeli surat khabar di Kota Sentosa selepas menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk balik ke Bintulu.
  
"Apabila beliau hendak keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya, datang dua lelaki bersenjatakan pisau dengan seorang memakai topeng, mengarahkannya keluar dari kenderaan.
  
Menurutnya berlaku pergelutan antara Liwan dan suspek yang menyaksikan Menteri Muda itu mengalami kecederaan selepas terkena pisau sebelum ditarik keluar oleh suspek.
  
"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan milik beliau," kata jurucakap itu lagi.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Pauzi Bujang mengesahkan kejadian dan polis sudah melancarkan gerakan mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan.


Susulan dengan kejadian itu pihak polis digesa untuk mengadakan rondaan dengan lebih kerap di kawasan yang diistiharan sebagai ‘panas’. Ini penting kerana perompak kini bukan sahaja mensasarkan kepada orang awam bahkan beberapa golongan VIP yang mempunyai barangan berharga.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

December 18, 2013 at 8:13 PM

Sedih sekali.Sedih sebab YB Menteri dirompak.Sedih sebab tiada seorg yg menyaksi peristiwa itu cuba membantu mangsa.Amat memalukan sekali.Begitukah sikap prihatin yg kita semai?Kita gagal.

Apapun bersyukur sebab YB Liwan selamat.

Jgn dipersalahkan PDRM.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger