PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG DI SEBALIK HIMPUNAN GULING KERAJAAN?


Menurut sumber, beberapa pemimpin parti politik yang terlibat dalam beberapa siri perhimpunan haram di ibu negara termasuk BERSIH sebelum ini dikesan menjadi dalang dalam penganjuran Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini.

Ini secara jelas menggambarkan pemimpin pembangkang ini tidak menghormati perlembagaan dan demokrasi di Malaysia seperti mana yang mereka sendiri laungkan dalam ceramah politik mereka.

Kesempatan Himpunan Guling Kerajaan ini sebenarnya pemimpin pembangkang telah menggunakan dan memperalatkan golongan belia termasuk mahasiswa untuk menentang kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Ini sesuatu yang sangat tidak baik dan memberikan masa depan yang gelap kepada mahasiswa dan belia yang keluarga menghantar mereka belajar di universiti untuk menimba pengetahuan dan bukannya menjadi alat perhimpunan haram.

Kata sumber itu, mereka berselindung di sebalik persatuan yang ditubuhkan mahasiswa bertujuan bagi menarik orang ramai khususnya golongan muda untuk berhimpun pada hari tersebut.

Difahamkan, provokasi melampau itu turut menyebabkan seorang pemilik akaun Facebook yang kini diburu polis mengeluarkan kenyataan menghasut melakukan rusuhan selain meminta orang ramai membawa bom untuk tujuan itu.

"Siasatan jelas mendapati ada penglibatan beberapa pemimpin politik dan pihak berkuasa telah mengenal pasti mereka ini.

"Pemimpin politik yang menjadi dalang dalam penganjuran perhimpunan ini adalah mereka yang sentiasa mengeksploitasi mahasiswa dalam perhimpunan terdahulu termasuk BERSIH.

Himpunan Guling Kerajaan yang dijangka diadakan pada 31 Disember ini mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan lebih 200 laporan polis dibuat di seluruh negara setakat ini bagi mendesak pihak berkuasa bertindak menghalangnya.

Jelas, dengan mesej penganjur dan komentar daripada beberapa pemimpin PAS yang menganggap Himpunan Guling Kerajaan ini dianggap sebagai Perhimpunan HARAM.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger