PEMIMPIN DAN PENYOKONG PAKATAN PEMBANGKANG DIBENARKAN SERTAI PERHIMPUNAN HARAM TETAPI ...


Perhimpunan Guling Kerajaan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada ambang tahun baharu pastinya akan disertai penyokong dan pemimpin Pakatan Pembangkang.

Ini susulan daripada kebenaran yang dikeluarkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Pengarah Strategi PKR itu, pemimpin Pakatan Pembangkang bebas untuk menyertai mana-mana himpunan selagi selari dengan perjuangan Pakatan Pembangkang.

Mengulas lanjut soal himpunan membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember ini, beliau akui tidak keberatan untuk turut serta.

"Itu bergantung pada setiap rakyat Malaysia. Seperti dulu juga, kalau ada himpunan Bersih dan himpunan lain, mana-mana pemimpin Pakatan Pembangkang bebas untuk menyertainya.

Saya sendiri insya-allah kalau ada kelapangan saya tak keberatan untuk turun," katanya kepada Sinar Harian Online.

Malah beliau turut mengingatkan pihak-pihak yang mengkritik himpunan aman bahawa rakyat bebas menyertai perhimpunan aman di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Begitu pun sekiranya pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang yang menyertai perhimpunan itu ditahan polis, maka tiada jaminan untuk mereka dijamin sebaliknya menyediakan sendiri peguam dan bayaran sendiri.


Atau lebih tepat lagi itu adalah risiko sendiri dan Pakatan Pembangkang tidak akan menyediakan sebarang peguam bela.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger