PEMILIK AKAUN FACEBOOK ANCAM ‘BUNUH’ KETUA MENTERI SARAWAK?


Keghairahan penganjur Demontrasi Di Hadapan Rumah Ketua Menteri Sarawak ‘mengiklankan’ demontrasi itu di media sosial telah menyebabkan kelemahan ketara penganjur apabila kenyataannya di dalam facebook yang bersifat ancaman serius kepada Ketua Menteri Sarawak telah dikenal pasti.

Portal Sarawak Online dan blog Melanau Blogger telah mengesan dan menjumpai satu status laman sosial facebook bernama 'YB Sutan Sinaro' milik penama Yusuf bin Bahrudin membuat satu ancaman kecederaan serius untuk memecahkan kepala Ketua Menteri Sarawak yang mana ianya boleh menyebabkan kematian.

Ini sekaligus boleh diklasifikasikan sebagai ancaman bunuh dan suatu yang perlu diambil tindakan tegas, dan segera seperti mana yang dilakukan polis ke atas pemilik akaun facebook yang ditangkap di Saratok tempoh hari apabila bertindak sebagai penganjur dalam Himpunan Guling Kerajaan yang dijadualkan pada 31 Disember kelak.

Dipercayai Yusuf bin Bahrudin yang merupakan Setiausaha (AMK) Sarawak mengadakan bekerjasama dengan Pengerusi SAMM dari Semenanjung, Chegubard dalam mengadakan himpunan haram di hadapan rumah Ketua Menteri Sarawak pada esok hari 29 Disember 2013.

Bagi sesetengah pihak khususnya penyokong Pakatan Pembangkang menganggap apa yang cuba dibuat pemimpin mereka itu hanya bertujuan ‘baik’, tetapi bagi majoriti rakyat Sarawak yang pelbagai kaum itu melihat tindakan Pakatan Pembangkang itu sebagai serius dan membimbangkang khususnya ke atas kepimpinan tertinggi negeri yang dipilih rakyat.

Jelas bahawa Pakatan Pembangkang di Sarawak ini tidak menghormati demokrasi yang diamalkan di Malaysia seperti mana yang dilaungkan rakan mereka di Semenanjung.

Ini sekaligus menggambarkan Pakatan Pembangkang cetek ilmu dan mahu melihat kehancuran negeri dan negara di masa depan.


Apa yang penting segala maklumat dan ‘bukti’ berhubung tindakan Setiausaha AMK Sarawak ini sangat keterlaluan dan kini terpulang kepada tindakan pihak berkuasa keselamatan.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger