PEMILIHAN PKR 2014: KHALID IBRAHIM CABAR AZMIN ALI?


Ekoran serangan bertubi-tubi yang diketuai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali kepada Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim telah membuatkan spekulasi hangat menjelang Pemilihan PKR pada tahun depan.

Ini susulan daripada perasaan tidak puas hati Khalid Ibrahim yang diserang daripada segenap penjuru tanpa ada wakil PKR sendiri dalam Kerajaan Selangor yang menyokong tindakannya menaikkan gaji pemimpin Kerajaan Selangor dan ADUN serta Speaker.

Biarpun pelbagai alasan yang telah diberikan Khalid Ibrahim berhubung relevannya menaikkan gaji sehingga ada yang menganggap kenaikan itu terlalu tinggi sehingga gaji Menteri Besar Selangor sendiri melebihi gaji Perdana Menteri dan itu belum ditambah dengan elaun yang lain.

Kenaikan gaji itu dilihat banyak menguntungkan pemimpin Kerajaan Selangor termasuk ADUN dan Speaker, tetapi kenapa pemimpin PKR membantah berbeza dengan pemimpin DAP dan PAS dalam Kerajaan Selangor yang kelihatan senyap berhubung isu kenaikan gaji ini?

Atas sebab itu dan melihat tiada pemimpin PKR yang menyokong Khalid Ibrahim mungkin disebabkan pengaruhnya dalam PKR yang tidak kuat maka berkemungkinan akan berlaku pertandingan melibatkan pertembungan Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim dalam Pemilihan PKR akan datang.

Namun, empunya diri Khalid Ibrahim menafikan khabar angin itu yang dilihat sebagai masih terlalu awal.

“Perkara itu tidak pernah kita bincangkan di khalayak ramai dan saya rasa parti kita perlu mempunyai tata tertib dan membuat pengumuman apabila kita perlu untuk mengumumkannya.

Khalid Ibrahim turut menafikan bahawa kritikan Azmin mengenai pengumuman kenaikan gaji dan elaun Adun, Menteri Besar, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Speaker dan Timbalan Speaker minggu lepas yang dikatakan tinggi, ada kaitan dengan pemilihan akan datang.


Sebelum ini, hubungan di antara Khalid Ibrahim dan Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC) Selangor digambarkan pihak tertentu sebagai tidak begitu 'mesra' apabila Azmin sering mengkritik pentadbiran Khalid Ibrahim.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger