PELAWAAN WANITA UMNO UNTUK MINUM TEH BERSAMA DIPANDANG SINIS MUSLIMAT PAS



Inilah sebabnya perpaduan masyarakat Melayu di Semenanjung tergendala dan mengalami perpecahan apabila niat ikhlas telah dipandang sinis oleh satu-satu pihak yang diajak berunding.

Sebelum ini dalam Persidangan Agung UMNO 2013, Ketua Wanita UMNO telah menyuarakan kebimbangannya mengenai perpecahan perpaduan orang Melayu disebabkan perbezaan ideologi politik.

Justeru, beliau berpandangan sebagai memperbetulkan persepsi orang Melayu khususnya UMNO dan PAS, Wanita UMNO mahu memulakan muzakarah dengan Muslimat PAS dengan minum teh bersama.

"Wanita UMNO menjadi ejen perpaduan. Kita akan mulakan Islam dengan Islam. Saya kenal beberapa pemimpin Muslimat, saya akan mulakan silaturahim yang pertama.

"Ini bukan atas dasar politik. Mungkin kita mula dengan minum teh. Saya akan buat jemputan selepas Perhimpunan Agung UMNO ini tamat," katanya.

Bagaimanapun, kesediaan Ketua Wanita UMNO itu dipandang sinis Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan keraguan dengan pelawaan Ketua Wanita UMNO.

Siti Zailah berkata, walaupun Muslimat terbuka dengan ajakan tersebut namun niat sebenar Shahrizat masih diragui.

"Kita tak mahu hanya gimik sahaja, mungkin juga gimik sahaja.

"Hanya nak ambil gambar yang dimasukkan dalam akhbar atau dilaporkan media kita duduk bersama minum teh, tetapi tak ada sebarang perbincangan atau penyelesaian.

Inikah gambaran sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam?

Inilah masalahnya. Apabila diajak minum teh bagi memulakan muzakarah dianggap sebagai gimik dan apabila ditolak dianggap besar kepala.


Jika begini keadaannya maka sampai akhirat pun orang Melayu di Semenanjung tidak akan bersatu.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

December 10, 2013 at 11:02 AM

Tak bolehkah ketua wanita PAS bersangka baik?? kenapa bersangka buruk sesama muslim/muslimah?kenapa seringkali merujuk kpd niat seseorg sedangkan kita mana tahu niat dan hati orang?

Berlapang dada lah wahai PAS!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger