NENEK RASIS: KETUA PEMBANGKANG PULAU PINANG MAHU SAMAN LIM GUAN ENG


Minta maaf atau akan menghadapi tindakan undang-undang. Demikian menurut Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid yang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung gelaran 'nenek rasis' yang diterimanya baru-baru ini.

Seperti biasa Lim Guan Eng diberi tempoh seminggu (7 hari) untuk meminta maaf kepadanya jika tidak mahu tindakan saman tersebut diteruskan.

Namun, ramai pihak berpendapat Lim Guan Eng memilih tindakan undang-undang disebabkan DAP mempunyai ramai peguam yang pembohong dan kaki putar belit.

Jahara berkata, tindakannya membangkitkan isu gerai peniaga Melayu dirobohkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di dalam DUN ternyata telah diputarbelitkan oleh Guan Eng bagi mengelirukan rakyat tentang perkara sebenar.

"Memfitnah saya sebagai pembohong merupakan serangan peribadi yang serius dan menjatuhkan maruah saya sebagai seorang perempuan dan Ketua Pembangkang DUN.

"Kata-kata berbentuk serangan peribadi ke atas saya adalah tidak wajar dan saya meminta Guan Eng memohon maaf secara terbuka demi menjaga prinsip kebebasan bersuara dan keutuhan institusi DUN serta memelihara kehormatan dan integriti ketua Menteri dan Ketua Pembangkang," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Guan Eng dalam sidang akhbar semasa sidang DUN baru-baru ini menggelar Jahara sebagai 'nenek rasis' kerana dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Guan Eng kemudiannya memohon maaf kepada Jahara tetapi hanya untuk gelaran 'nenek' malah Setiausaha Agung DAP itu tetap menyifatkan Jahara sebagai seorang yang rasis.

Jahara menambah, sebagai Ketua Menteri, Guan Eng perlu mendengar dan membantu menyelesaikan masalah rakyat serta tidak menyelar sesiapa yang membangkitkan isu sedemikian terutama daripada wakil rakyat.

"Saya minta Guan Eng sebagai ketua sesebuah kerajaan menganalisis semua fakta dengan teliti dan rasional serta positif," ujarnya.

Sudah menjadi amalan DAP yang selama ini rasis dengan kaum Melayu dan Bumiputera dan hanya berpura-pura hanya untuk mendapatkan undi pilihan raya.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 24, 2013 at 12:03 PM

Si Nenek ini .. percaya lah tidak akan membuat tuntutan saman punya. Cuma lebih kepada publisiti ooppp !!! bukan simplycity ya (itu produk Dato Siti)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger