NALLA IKRAR PERANGI ANWAR HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR!



Sidang Dewan Negara menjadi pentas Senator Datuk S. Nallakaruppan yang berikrar akan terus berhadapan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hingga ke titisan darahnya yang terakhir.

Ini berikutan Anwar sehingga kini tidak henti-henti membawa kerosakan kepada negara serta menipu rakyat semata-mata untuk memenuhi impiannya sebagai Perdana Menteri.

Nallakaruppan berkata, Malaysia perlu diselamatkan daripada diperintah oleh pemimpin sebegini dan atas sebab itu beliau bertekad menentang Anwar walaupun tidak lagi memegang apa-apa jawatan pada satu hari nanti.

''Saya sayangkan Malaysia. Oleh itu saya mahu beritahu rakyat siapa Anwar sebenarnya. Saya amat mengenalinya sejak dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Disebabkan dia, saya disoal siasat selama 52 hari di Bukit Aman.

''Ada orang kata saya tidak akan lagi berhadapan dengan Anwar selepas saya tidak lagi menjadi Senator. Tidak, walaupun saya tidak lagi menjadi Senator saya akan tetap menentang Anwar. Ini negara saya dan darah saya hanya untuknya (negara ini)," katanya.

Nallakaruppan juga meminta kerajaan mengambil tindakan paling tegas terhadap Anwar ekoran perbuatannya memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.

Kerajaan tidak boleh membiarkan perkara tersebut terus berlaku dan sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikannya seperti mana yang pernah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Dalam pada itu, Nallakaruppan menarik perhatian semua Ahli Dewan Negara apabila beliau membuat satu perumpamaan bagaimana sebiji epal boleh dikatakan sebiji oren merujuk kepada kehebatan Anwar dalam menipu rakyat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger