NAJIB: SAYA LEBIH RELA TIDAK POPULAR HANYA KERANA MAHU MEMAJUKAN NEGARA


Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu di samping desakan rakyat yang mahukan kualiti hidup di Malaysia membuatkan kerajaan terpaksa mengutamakan kepentingan negara khususnya ekonomi.

Atas sebab itu, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ‘terpaksa’ menolak kepopularan demi mahu memastikan ekonomi Malaysia berada di landasan betul dalam mencapai negara maju tahun 2020.

Berbeza dengan beberapa negara dunia ketiga di mana yang kini tersepit dengan keperluan ekonomi yang mendesak sehingga ada yang terpaksa meminjam wang daripada bank dunia. Namun, tidak bagi Malaysia yang masih bertahan dan memastikan ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan yang betul dan ke hadapan.

Sejak beberapa bulan lepas, kerajaan BN pimpinan Najib Razak sering dikritik akibat pelarasan subsidi minyak, pengenalan GST pada tahun 2015 dan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.

Akibatnya populariti Najib Razak jatuh paling rendah sejak memegang jawatan itu apabila ratingnya jatuh daripada 62% Ogos lalu ke 52% pada bulan Disember ini, lapor kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre.

Namun, itu hanya pendapat sebilangan mereka yang berada dalam Merdeka Centre di mana mereka hanya mengambil responden secara rawak dalam kuantiti yang kecil dan tidak mencermin hakikat sebenar kajian.

Apa pun yang berlaku sekarang ini pastinya mempunyai sebab dan kerajaan tidak akan sesekali membiarkan rakyatnya hidup menderita.


Seperti mana negara lain di dunia yang terpaksa mengharungi ketidaktentuan ekonomi dunia, kepimpinan negara akan terus memastikan ekonomi Malaysia terus kukuh dan bersaing dalam usaha menjadi Malaysia sebuah negara maju dan rakyatnya hidup dalam berkualiti.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
December 19, 2013 at 10:26 AM

tolong lah najib...rakyat nampak pembaziran yg ko lakukan...popolar ke tak popular ke..rakyat bukan bodoh ye..

Anonymous
December 19, 2013 at 1:20 PM

Assalamualaikum...
memajukan negara..!? yew kew...!!!!!!?????????.....

December 28, 2013 at 4:14 AM

sedap ucap jer...sama jer macam Pemimpin2 dulu...Kerajaan ikut Pemimpin ke Pemimpin ikut Kerajaan,,,,,ingat lah wahai Pemimpin.......walaupon rakyat mainoriti memilih BN menang,,,bukan berti BN tu kerajaan,,,,dan kesemua ahli2 Parliment drp BN tu kerajaan....sama ke Perlembagaan Negara dgn parti politik,,,kembalilah kepada difinisi dan hakikat yg kita semua adalah Pemimpin kepada sebuah KERAJAAN DEMOKRASI......sendri fahm laa...jgn sedap ucap jer.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger