MISI CHEGU BARD UNTUK HASUT RAKYAT SARAWAK GAGAL


Hasrat sebenar kedatangan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ke Sarawak telah disifatkan sebagai gagal.

Gagal kerana tidak berupaya menghasut anak muda tempatan untuk menentang Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang dijadualkan semalam di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak di Jalan Bako.

Sebelum ini Chegu Bard yang juga pemimpin PKR Parlimen Jelebu itu telah mengajak rakyat Sarawak khususnya orang muda untuk melakukan demonstrasi bagi mendesak Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan.

Tindakan Chegu Bard itu yang cuba mencampuri urusan politik Sarawak telah menyebabkan rakyat Sarawak khususnya komponen BN Sarawak seperti PBB, SUPP, PRS dan SPDP serta beberapa NGO’s lain membuat laporan polis berhubung perhimpunan haram itu.

Sebaliknya hanya beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak, SAMM Sarawak dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang ‘berani’ menyahut seruan Chegu Bard.

Terdahulu sebelum ini beberapa pemimpin PKR Sarawak ‘membantah’ perhimpunan ini yang disifatkan sebagai ‘mencampuri politik Sarawak’ dan sekali gus menidakkan peranan PKR Sarawak di negeri sendiri.

Alasan yang diberikan ialah mengikut Perlembagaan bahawa demonstrasi dibolehkan atas nama kebebasan bersuara. Ini mengikut pemimpin AMK dan PKR yang kebanyakan mereka terdiri daripada peguam syariah.

Kehadiran Chegu Bard dan rombongan di Kuching sekitar jam 1.30 petang semalam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching hanya disambut oleh beberapa ‘peminat’ sahaja.

Seperti biasa ramai di kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang Sarawak resah sekiranya Chegu Bard akan ditahan di lapangan terbang dan dihantar balik seperti mana yang dikenakan ke atas beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang lain sebelum ini.


Sebaliknya Chegu Bard dibenarkan masuk ke Sarawak tanpa halangan walaupun kita ada kuasa untuk menyekat beliau kerana secara terang-terangan kedatangan beliau adalah berniat untuk menghasut dan menimbulkan kekacauan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 23, 2014 at 9:32 AM

Tukar pengerusi SGMM tindakan melampau - Zaid

Tindakan Kementerian Pendidikan menukar Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM), Mohd Nor Izzat Mohd Johari ke sekolah luar daerah berkuatkuasa serta merta adalah suatu keputusan yang tidak bijak.

Perbuatan seperti itu tidak akan sekali-kali menakutkan guru yang bersuara menentang dasar tidak betul kementerian, sebaliknya memberikan lagi semangat kepada semua guru untuk bersatu dan membenci kerajaan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, beliau terkejut dengan perkembangan terbaru dihadapi pengerusi penaja SGMM yang bangkit membantah pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Katanya, beberapa kelompok guru datang mengadu dan meminta membantu mereka untuk menyampaikan suara tidak puas hati guru kepada Kementerian Pendidikan dan beliau sedang mengumpul beberapa maklumat sebelum ke Putrajaya.

“Bagaimanapun, hari ini saya dapat tahu Mohd Nor Izzat sudah dipindah ke sekolah lain berkuatkuasa serta merta. Khabarnya jauh dari daerah kediamannya. Kenapa kementerian sanggup menganiayai guru sedemikian rupa.

“Mereka bukan menentang kerajaan dan tidak ada bukti mereka membenci kerajaan. Apa yang saya tahu dan dimaklumkan ialah mereka hanya membantah sistem PBS. Mereka mahu kementerian memansuhkan PBS serta merta.

“Tetapi kalau membantah dan menyuarakan rasa tidak puas hati pun sudah dikenakan tindakan terhadap guru berkenaan. Apa yang saya mahu katakan…kerajaan sangat zalim,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini.

Semalam, Mohd Nor Izzat memberitahu, beliau menerima surat pertukaran ssekolah daripada kementerian itu yang berkuatkuasa serta merta.

Bagaimanapun, katanya, tindakan itu sedikit pun tidak menakutkannya kerana ratusan guru di seluruh negara berada bersamanya membantah sistem PBS demi masa depan pelajar dan guru.

Menurut Zaid, beliau melihat perbuatan kementerian ini sebagai terburu-buru dan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Katanya, beliau khuatir tindakan yang dikenakan ke atas Mohd Nor Izzat itu akan menimbulkan kebencian guru kepada kerajaan sebagaimana berlaku pada 1999 yang menyaksikan ribuan kakitangan awam termasuk guru bersikap anti kerajaan.

“Pada saya Himpunan 222 yang dianjurkan SGMM petang tadi langsung tidak berbaur politik, tetapi pihak Kementerian Pendidikan iaitu Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang cuba mempolitikkan isu ini,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai PBS yang dikatakan sedang dalam peringkat kajian, menurut Zaid, berdasarkan maklum balas daripada pihak berkenaan, orang atasan di kementerian menjadikan isu ‘server’ (pelayar) yang lambat sebagai satu-satunya kelemahan sistem PBS.

Oleh itu, kata beliau, pihak berkenaan kononnya cuba memperbaiki ‘server’ berkenaan, tetapi sungguhpun begitu, jika ‘server’ laju sekalipun, itu belum cukup untuk melaksanakan sistem PBS kerana sistem pentaksiran itu sendiri yang bermasalah.

“Saya juga dimaklumkan oleh guru berkenaan, yang mereka terpaksa membina soalan PBS dan menanda skrip soalan dalam kapasiti yang banyak sehingga kadang-kadang melebihi 100 skrip soalan satu hari untuk satu-satu subjek.

“Ini sudah melampau dan Kementerian Pendidikan wajar mengkajinya semula, bukan menabur janji mahu mengkaji, sebaliknya kajian itu tidak dibuat,” katanya.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger