MAHFUZ OMAR BELA MAT SABU SELEPAS KDN DEDAH 10 BUKTI TERLIBAT DALAM AJARAN SYIAH



Selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan 10 bukti orang nombor 2 PAS terlibat dengan fahaman Syiah, Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar menafikan bahkan mengatakan bukti itu tidak kukuh hanya kerana merujuk kepada sumber-sumber tertentu dan bukannya bukti sahih.

Seperti yang telah dijanjikan KDN menerusi Ketua Setiausaha Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi telah mengumumkan beberapa bukti yang dikumpulkan pihak berkuasa daripada percakapan lisan, penulisan dan video di Internet.

Antara bukti yang mengaitkan penglibatan pemimpin itu termasuklah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini.

"Bukti itu boleh dilihat melalui tulisannya bertajuk 'Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah terbitan lidah rasmi PAS, Harakah terbitan 5 hingga 15 Julai 2008," katanya.

Pemimpin tersebut turut secara terang-terangan memuji pemimpin Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasrullah dan mengaku beliau serta isterinya bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.

Tuan Guru Abd Rahim dari Sungai Jagung, Pendang, Kedah juga mengesahkan pemimpin itu merupakan salah seorang penganut Syiah apabila kerap kali melihatnya menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya.

Antara perbuatan pemimpin berkenaan yang mencerminkan amalan ajaran Syiah adalah beliau juga dikatakan pernah melafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan pengikut Syiah dalam satu ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau, Perlis pada 2005.

"Berdasarkan temu ramah antara pegawai KDN, Ustaz Zamihan Mat Zin dengan Dr Abdul Aziz Hanafi pada 11 Disember lalu, Dr Hanafi mengesahkan beliau melafazkan selawat tersebut," katanya.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh KDN, beliau didapati telah beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah, Semanggol, Perak pada 2011.

"Kelas pengajian tersebut dikendalikan oleh dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di salah sebuah sekolah berfahaman Syiah di Gunung Semanggol, Perak," jelasnya.

Sehubungan itu, katanya KDN dan agensi-agensi kerajaan sentiasa memantau dan peka terhadap ancaman kegiatan serta fahaman Syiah yang kian menular di negara ini.

"Keterangan beliau sendiri melalui kata-kata, penulisan, rakaman ceramah dan aktiviti yang disertainya sama ada dalam dan luar negara, tidak sama sekali menyembunyikan kaitan beliau dengan Syiah.


"Fahaman Syiah boleh menjejaskan aspek keselamatan dan ketenteraman awam termasuklah perpecahan dan keruntuhan nilai persaudaraan ummah," katanya lagi.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger