LIM GUAN ENG ‘TAKUT’ KEPADA DATUK JAHARA HAMID SEMASA SIDANG DUN PULAU PINANG



Hanya kerana kelantangannya mempersoalkan isu pencerobohan gerai Melayu dan   pembinaan tokong di Pulau Jerejak di dalam Persidangan DUN Pulau Pinang, Ketua Pembangkang BN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Ayer Tawar) telah dianggap sebagai ‘Nenek Rasis’.

Seperti kebiasaannya, Datuk Jahara telah diserang daripada pelbagai sudut terutama ADUN DAP, RSN Rayer agar tidak terus membangkitkan kesilapan atau kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

Apakah RSN Rayer tidak mengerti bahawa Persidangan DUN bukanlah untuk syok sendiri dengan menerangkan apa yang telah dibuat, tetapi sebaliknya bertujuan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Seperti kebanyakan negeri lain yang mengadakan Persidangan DUN kali ini adalah bagi membincangkan Bajet 2014 selepas Perdana Menteri membentangkan Bajet 2014 pada bulan Oktober lepas.

Tegas Datuk Jahara lagi, tindakan RSN Rayer yang tidak matang itu tidak wajar dibenarkan dalam sidang dewan kerana ia membuang masa wakil rakyat untuk membangkitkan pelbagai isu dalam dewan yang mulia itu.

"Adakah salah saya bertanya untuk mendapat jawapan mengenai beberapa isu yang menjadi perbualan masyarakat masa kini.


"Adakah ini cara dan amalan demokrasi kerajaan Pakatan Pembangkang?. Kalau kita tanya macam-macam mereka cuba mengelaknya dengan membuat kacau, bising dan gangguan ketika sesi perbahasan," katanya pada sidang media selepas keluar dari dewan pagi tadi.

Menurutnya lagi beliau wajar diberi peluang untuk bercakap secara bebas tanpa apa-apa gangguan sebagai menghormati kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

"Kenapa nak ganggu ketika orang bercakap. Hormatilah kemuliaan institusi dewan ini kerana ini adalah tempat menggubal undang-undang dan menyuarakan masalah rakyat.

"Dahulu kita tidak pernah mengganggu atau menghalang Exco Kebajikan, Phee Boon Poh berucap ketika menjadi ketua pembangkang. Dia bercakap begitu lama sehingga beberapa jam tanpa gangguan.


Jelas bahawa Kerajaan Pulau Pinang bukan sahaja pilih kasih bahkan tiada langsung kesuburan demokrasi.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

December 10, 2013 at 6:41 PM

Tindakan Guan Eng menuduh Dtk Jahara sbg rasis adalah tindakan tidak gentleman dan kurang bijak.Dtk Jahara hanya minta penjelasan kenapa gerai milik peniaga Melayu diroboh sedangkan 3 buah restoran cina yg juga tanpa lesen tidak diroboh.Guan Eng naik angin kerana tak dapat memberi penjelasan.

Sikap cauvinis kaum Guan Eng semakin ketara.Pulau Jerjak dah penuh dgn tokong dewa wuzu.

Dah kena batang hidung sendiri.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger