LAKONAN DAP TERHADAP PENJAWAT AWAM SUDAH DIKESAN


Isu keceloparan mulut Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi yang menggelar kakitangan bawahan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai 'kucing kurap' masih belum reda dan disifatkan sebagai sudah keterlaluan.

Bagi beberapa ahli DAP, kenyataan maaf yang disuarakan Jeff Ooi berhubung kenyataan itu tidak lagi memberi makna dengan melihat tiada keikhlasan di pihak Jeff Ooi. Sebaliknya, permohonan maaf dibuat secara paksa oleh Jeff Ooi atas nasihat Pengerusi DAP, Karpal Singh.

"Walaupun dia sudah meminta maaf, namun ia dibuat dengan nada sombong dan tidak ikhlas. Dia sebenarnya dipaksa oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dan sandiwara politik semata-mata.

Permohonan maaf Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berhubung kenyataannya yang tidak memadai untuk mereda dan memadamkan kemarahan penjawat awam dan pesara kerajaan di negara ini.

Malah, Presiden Persatuan Kebajikan dan Sosial Daerah Kuala Muda, Makbul Ilahi Hashim menegaskan Jeff Ooi patut dikenakan tindakan tegas oleh polis kerana cuba menggugat keharmonian dan merendahkan martabat penjawat awam di Malaysia.

Berbeza dengan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang meminta kerajaan mengkaji semula dasar baru jawatan Perkhidmatan Awam gred R1 kepada H11 yang mewajibkan kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sebagai syarat kemasukan.

Menurutnya,  walaupun langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu disambut baik atas usaha menaikkan taraf pekerja peringkat rendah, namun syarat pekeliling itu membawa kesukaran baru kepada pemohon.

Komen ini dibuat selepas hanya beberapa jam Jeff Ooi meminta maaf secara terpaksa dalam keadaan yang sombong dan bongkak.

Justeru beberapa penjawat awam merasakan isu yang melibatkan DAP dan penjawat awam ini sebagai lakonan tertentu DAP.

Disebabkan keterlanjuran Jeff Ooi yang menghina penjawat awam telah membuatkan DAP menerusi pemimpin yang lain membuat kenyataan menyokong penjawat awam.


Ini tidak ubah seperti taktik untuk menenggelamkan isu dan kejadian yang ditimbulkan Jeff Ooi dan mengangkat bagaimana DAP mempunyai keprihatinan terhadap penjawat awam.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger