KETUA POLIS NEGARA TOLONG TANGKAP MAT SABU


Secara terang tanpa perlu bersuluh, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu memberitahu PAS bersama Pakatan Pembangkang serta beberapa aktivitis propembangkang akan mengadakan demontrasi raksasa yang bertujuan membantah kenaikan kos kehidupan, rasuah dan pembaziran kerajaan.

Difahakan menurut Mat Sabu, demontrasi besar-besaran itu akan diadakan pada 1 Mei 2014 sebagai kemuncak kepada bantahan kecil-kecilan di seluruh negara oleh pemimpin Pakatan Pembangkang selepas kerajaan mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober.

Hal ini dilakukan hanya kerana mahu mengulangi kejayaan perhimpunan Bersih pada 2007 yang turut dirancang enam bulan sebelum perhimpunan pada ketika itu.

Bagi mengelak nama PAS dan Pakatan Pembangkang tercemar sebagai penganjur, demonstrasi itu akan dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan akan disokong oleh parti PR seperti PAS, DAP dan PKR.

Dalam memastikan demontrasi Pakatan Pembangkang ini berjaya, Mat Sabu mengatakan beliau sendiri akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan sokongan untuk menjayakan demonstrasi raksasa itu.

Pada perkembangan lain, Mat Sabu juga Bersih juga akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil pada tahun hadapan.

“Saya difahamkan pengerusi baru Bersih sedang menyusun pasukannya. Sebaik sahaja selesai, mereka akan mula merancang demonstrasi yang mungkin akan diadakan tahun hadapan atau tahun berikutnya.”

Nampaknya Mat Sabu ini tiada kerja lain selain berusaha mengucar-kacirkan negara yang merupakan sebahagian agenda Pakatan Pembangkang selepas kekalahan dalam PRU-13 lepas.

Inilah pemimpin PAS yang membawa Islam ke arah kehancuran dengan hanya mahu melakukan rusuhan sedangkan kaum lain seperti Cina hanya memikirkan tentang bagaimana mahu meningkatkan ekonomi mereka.


Atas sebab itu tiada alasan lain lagi yang membuatkan polis tidak boleh menangkap Mat Sabu yang sudah secara terang mahu mengadakan demontrasi yang secara langsung menghuru-haraka negara.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

December 28, 2013 at 3:57 AM

komeng sikit aa...blogger blogger Msia tak ada kelas...buka laa sikit mata akal...jangan dok kemaruk fitnah dan buruk sangka...hentam sana hentam sini seolah2 tidak berpijak pada tunjang akal yg beragama....buka minda segar demokrasi......balance..balance..bro...bukan imbalance....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger