KERAJAAN BAGI BENIH KELAPA SAWIT PERCUMA TAPI DAP KENAKAN PINJAMAN SEHINGGA 20 TAHUN


Impian Sarawak anjuran DAP Sarawak yang menjurus kepada pemberian anak benih kelapa sawit kepada peneroka di Rh Bandi, Sebangkoi, Simanggang sebenarnya indah khabar dari rupa.

DAP Sarawak telah mengagihkan bantuan sebanyak 100 anak benih kelapa sawit kepada Pekebun-Pekebun Kecil Tanah NCR Sarawak di Sri Aman bukan secara percuma tetapi bersyarat.

Pemohon tersebut diminta membayar pinjaman selama 20 tahun dengan perlu membayar 10 peratus daripada jualan selepas 2 tahun. Ini sangat mendukacitakan dan secara langsung telah membebankan pekebun kecil tanah NCR.

lihatlah bagaimana liciknya DAP menipu rakyat Sarawak yang dikatakan 'percuma' tetapi sebenarnya berbayar. 


Sedangkan kerajaan menerusi MPOB telah melaksanakan pemberian anak benih kelapa sawit kepada pekebun-pekebun kecil tanah NCR secara percuma.

Inisiatif kerajaan menerusi MPOB yang selama ini telah memberikan anak benih kelapa sawit secara percuma kepada peneroka seharusnya menjadi rebutan kepada pekebun-pekebun kecil di Sarawak.


Sehingga setakat bulan Februari 2013, sebanyak 24,740 anak pokok dan 165 beg baja telah diserahkan kepada 90 orang pemohon yang layak.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger