KELUAR UMNO MASUK PKR HANYA KERANA ‘ROTI’!



Bukan kerana perjuangan tapi kerana roti. Itulah yang dapat disimpulkan ke atas kira-kira 40 orang ahli UMNO dari Cawangan Tanah Putih.

Mereka ini dikatakan tidak berpuas hati dengan makanan kepada mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan.

Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pihak UMNO dan PKR.

“Maaf saya cakap, puncanya hanya (kerana) roti. Kita diberitahu bekalan roti di pusat terbabit cukup. Bagaimanapun, pegawai yang bertugas mengagihkannya secara sikit-sikit.

“Bila mereka minta lebih, petugas tak bagi. Jadi mereka kecewa dan marah,” katanya lagi.

Dalam situasi banjir ada di antara mangsa yang tertekan, apatah lagi dalam keadaan terdapat makanan, tetapi tidak diagihkan secukupnya.

“Petugas yang terlibat pun mungkin ada sebabnya sendiri tidak berikan roti itu kepada mangsa seperti yang diminta.

“Sebenarnya dalam situasi kritikal akibat bencana banjir ini, kita faham roti amat bermakna kepada mangsa dan keluarga, terutama yang ada ramai anak,” katanya.

“Saya kenal ketua kumpulan ini dan kami pernah berjumpa dalam beberapa majlis, tapi disebabkan terlalu kecewa, dia mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PKR.

“Bagi saya keputusan hendak keluar parti biarlah kerana prinsip perjuangan, bukan disebabkan roti,” katanya.

Bekas ahli-ahli UMNO itu telah dilaporkan menyerah borang penyertaan keahlian kepada Ahli Parlimen Kuantan, yang juga Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh.


Jika diamati perjuangan dan tindakan yang dilakukan kerajaan BN dan PKR dalam situasi banjir di Pahang mahupun beberapa negeri lain, PKR tidak mampu melakukan apa yang dapat dilakukan kerajaan BN termasuklah memberi roti kepada mangsa banjir.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

December 15, 2013 at 12:58 PM

biarlah... asalkan bahagia. bukan jadi kuman kudispun.

Anonymous
December 15, 2013 at 4:38 PM

Pkr beri apa2 ker ketika banjir? Bodo

December 15, 2013 at 5:35 PM

Satu pengajaran kpd mana2 pihak.Maka hilanglah 40 undi utk BN.

Justeru jgn main2 dgn emosi.Org dah lapar jgn peduli sangat tentang SOP.Kekadand kerenah birokrasi banyak kalilah yg menyebabkan org hilang sabar.

Perkara tersebut mungkin boleh dielakkan.Petugas2 di situ tak semestinya ahli UMNO.Mungkin disengajakan .Kita mana tahu.Maka eloklah ketua2/atau AJK yg mengurus pusat tempat banjir berhati2 dan sentiasa peka dgn keadaan.Permudahkan agihan makanan.Beri penjelasan kenapa ada peraturan.Elak konfrontasi.Minta maaf jika tersilap/tersalah.Org lapar org marah.

Anonymous
December 31, 2013 at 1:54 AM

Kalau aku tak dpt roti takpe lagi...kalau tak dpt konek huh...lain mcm je rasa..bini ade pun tapi tetap tarikan batang tu tetap ade beb..payah nak cite sbb dh terbiase dan rasa sedap tu..masa banjir lagi best..tgk seluar abg2 gemuk basah nampak je bentok btg dia org setengah tu jelas nampak takuk kepala konek..buat aku stim je kena plak sejuk2...dah tak ingat bini dah time tu..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger