Monday, December 9, 2013


Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyahut cabaran PAS bagi membuktikan pemimpin kedua PAS, iaitu Timbalan Presiden PAS mengamalkan ajaran Syiah di Malaysia.

Ia dijadualkan esok hari dan berkemungkinan besar akan dibuat sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber memaklumkan, pendedahan itu perlu bukan hanya untuk menyahut cabaran PAS, tetapi yang lebih penting ialah untuk menyedarkan rakyat ajaran Syiah yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sudah merebak ke dalam PAS.

"Kementerian Dalam Negeri mempunyai semua bukti pembabitan pemimpin tertinggi PAS dalam gerakan Syiah dan menyedari fahaman ini jika tidak ditangani memberi ancaman kepada keselamatan negara.

"Lebih bahaya kerana Syiah sudah merebak ke dalam parti politik seperti PAS sedangkan Islam di Malaysia bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jemaah.

Dalam pada itu, mengulas isu ini PAS mengalu-alukan kesediaan KDN untuk membuktikan dakwaan bahawa pemimpin kedua tertinggi parti berkenaan menganut fahaman Syiah.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, PAS pastinya bersedia meneliti langkah susulan jika Menteri Dalam Negeri mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan tersebut.

"Kita tunggu saja dan kalau beliau (Ahmad Zahid) ada bukti, tunjukkan dan memang kita alu-alukan. Jika benar ada (pemimpin tertinggi PAS amal ajaran sesat), tindakan lanjut akan diputuskan kemudian.


Semalam, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO semasa sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2013 mendedahkan Kementerian Dalam Negeri mempunyai maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin PAS yang menyokong gerakan Syiah.
Categories: , , ,

1 comment:

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!