IMPIAN SARAWAK: DAP SARAWAK DAHULUI PEMBERIAN ANAK BENIH KELAPA SAWIT DI SARAWAK


Program Impian Sarawak anjuran DAP Sarawak kini telah memasuki fasa baru dengan memperkenalkan Projek Membekalkan Anak Benih Kelapa Sawit Kepada Pekebun-Pekebun Kecil Tanah NCR Sarawak bertempat di Rh Bandi, Sebangkoi, Simanggang.

Program masuk ke kawasan pedalaman ini merupakan anjuran Impian Sarawak yang ketuai DAP Sarawak.

Sebanyak 100 anak benih kelapa sawit telah diagihkan kepada para peserta dengan memaksa peserta yang menyertainya terpaksa membayar sejumlah RM10 bagi satu anak benih kelapa sawit.

Dikatakan mereka terpaksa meminjam selama 20 tahun dengan perlu membayar 10 peratus daripada jualan selepas 2 tahun.

Ketua DAP Sri Aman Leon Jimat Donald bertanggungjawab dalam pemberian pinjaman anak benih ini kepada peserta di kawasan Sri Aman.

Apakah kerajaan BN tidak pernah memberi bantuan anak benih kepada para peserta tanah NCR?

Difahamkan agensi yang bertanggungjawab menyelaras pemberian anak benih kelapa sawit secara percuma di pihak kerajaan ialah Malaysian Palm Oil Board (MPOB).

MPOB mempunyai skim pemberian sebanyak 500 anak benih kelapa sawit untuk diberikan kepada para peserta yang memohon. Apakah yang terjadi kepada permohonan mereka itu?

Inipun tertakluk kepada syarat penyukatan perimeter tanah NCR.

Mengikut Laporan Audit Negera, MPOB sebelum ini telah mengagihkan sebanyak 20 juta anak benih kelapa sawit pada tahun 2011, 20 juta anak benih pada tahun 2012 dan pada tahun ini dianggarkan sebanyak 30 juta anak benih.

Namun, persoalannya apakah peruntukan 30 juta bagi tahun 2013 ini telah diagihkan kepada pemohon dan peserta.

Apa pun Impian Sarawak ini telah membuka mata pihak-pihak yang berkenaan bahawa publisiti penting bagi pengetahuan rakyat bahawa DAP kini serius mahu menawan kawasan luar bandar.


Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger