FITNAH DAN TOKOK TAMBAH KENYATAAN MENTERI JADI TUGAS UTAMA PENYOKONG PEMBANGKANG



Selepas kekalahan dalam PRU-13, Pakatan Pembangkang kini sudah ketandusan isu sehingga beralih pula kepada permainan persepsi.

Dengan hanya mengambil setengah atau suku kenyataan mana-mana menteri dan menyambungnya kepada ayat yang akan memberikan suatu tanggapan negatif rakyat menjadikan persepsi menjadi pilihan penyokong pembangkang sekarang.

Jika isu GST dan pengurangan subsidi minyak menjadi antara mainan pembangkang yang kononnya membela rakyat, kini persepsi sudah menjadi suatu kebiasaan kepada pembangkang.

Seperti diketahui Ketua Pembangkang dan Setiausaha DAP serta beberapa pemimpin PAS yang merupakan ‘dalang’ kepada mainan persepsi.

Terbaru, kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek berhubung media sosial.

Menurut Shabery Cheek, “Kementerian tidak bercadang untuk melaksanakan pendaftaran media sosial atau mengenakan bayaran”.

Namun, penyokong pembangkang telah mengambil suku daripada kenyataan menteri sehingga mengatakan akan mewujudkan Jabatan Facebook Negara dan mengenakan bayaran.

Ini suatu fitnah yang amat terang lagi dahsyat. Nampaknya penyokong pembangkang kini sudah hilang akal logik sehingga sanggup berbohong.


Semoga Allah SWT memberikan balasa setimpal kepada mereka yang melakukan fitnah ini di dunia dan di akhirat.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 18, 2013 at 11:32 PM

Kalau yang bukan muslim tu taklah terasa sangat tapi ini yang mengaku muslim....lebih islam pulak tu daripada orang lain.......senang -senang kencang menabur fitnah..Barangkalinya kerana setiap dosa-dosa yang dibuat...tiada pula kena balasan.Sebab itulah merasakan diri cukup kebal.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger