Monday, December 2, 2013


Tidak pernah dalam sejarah DAP Sarawak di mana jumlah penonton yang hadir dalam ceramah anjurannya di Sarawak gagal memenuhi SOP yang ditetapkan.

Malam tadi DAP Sarawak telah menganjurkan Ceramah DAP yang diadakan di Taman Heritage, Petra Jaya tetapi hanya dihadiri sekitar 30 orang sahaja (termasuk ahli jawatankuasa Pakatan Pembangkang).

Pendek kata penceramah DAP, PAS dan PKR ini hanya syok sendiri sahaja.

Ceramah Pakatan Pembangkang itu dianjurkan DAP Tupong bertajuk 'Impian Sarawak' juga telah menampilkan penceramah jemputan dari PAS iaitu Syamsul Baharie dan Puan Nurhanim Mohsen dari PKR.

Di pihak DAP, Mordi Bimol dan Abdul Aziz Isa yang mana kedua-duanya merupakan Pembantu Khas kepada ADUN Kota Sentosa, YB Chong Chien Jen juga turt sama berceramah selain Pengerusi DAP Sarawak sendiri, Chong Chieng Jen.


Bercakap dalam ceramahnya, tujuan DAP mengadakan ceramah politik di kawasan Petra Jaya ini adalah untuk mendedahkan kepada rakyat di kawasan tersebut khasnya penduduk Bumiputera berkenaan salah laku pemimpin BN dan beberapa pertikaian isu seperti sistem cukai, sistem zakat, rasuah dan sebagainya.

Begitu pun, berasaskan kepada sambutan penduduk Petra Jaya dalam ceramah malam tadi jelas ia langsung tidak mendapat respons.

Kegagalan itu juga disebabkan para penceramah gagal mempengaruhi penduduk Bumiputera khasnya yang beragama Islam apabila isu yang dimainkan adalah isu lapuk dan penceramah menggunakan bahasa Cina menyukarkan pemahaman hadirin yang hadir.

Program ceramah ini merupakan ceramah pertama DAP Sarawak selepas PRU13 yang membawa tema ' Impian Sarawak' sekali gus mempromosi program 'DAP Go Rural'.


Petra Jaya adalah salah satu kawasan pedalaman yang ada dalam senarai utama DAP.

10 comments:

  1. tak ramai datang...DAP menang jugak...habih camno????

    ReplyDelete
  2. Perjusngan yg sia2.... kslau nsk tegur kjaan baik tubuhkan ngo... dpt jugak salurkan pdpt ke kjaan....

    Kalau dah terjun politik... nak x nak hari2 kene tabur fitnah utk dpt perhatian...

    Kesiann pd melayu yg beagama islam yg sesat dlm mencari keredaaan Allah swt....

    Otai
    Persada subang

    ReplyDelete
  3. Siapa Abdul Aziz Isa?


    Mesti ramai tertanya-tanya siapa aziz ini.Budak mentah baru keluar dari UNIMAS.Malah, tidak mempunyai apa-apa pengaruh semasa belajar.Di sini kami akan membongkarkan,siapa sebenarnya aziz.


    Aziz ni baru 24 tahun, baru grad dari unimas.


    Dulu pernah bekerja dengan YB Dr.Hazland dan mengaku pernah menjadi ahli PBB dan Ketua Pemuda PBB Ranting mana entah.


    Politik Aziz berpaksikan duit semata mata.


    Dr.Hazland hanya membayar gaji aziz sebanyak RM700 sebulan.


    Maka Aziz pun cari side income.


    Beliau jumpa YB SEE CHEE HOW dan mintak duit untuk kononnya buat research.


    Kalau tak silap, 2,3 kali jugak YB CHEE HOW bagi aziz duit RM 1000 untuk buat research.


    Maka Aziz mula terlibat dengan PKR.


    Aziz juga pernah menghadiri kursus PKR di Telang Usan yang dikendalikan oleh Praba Ganesan.


    Aziz juga aktif mengkritik namun selalunya hanya cakap kosong.Tiada action dan tiada pengaruh.Sebab itu beliau tidak begitu dilayan di dalam parti.


    Sebelum masuk DAP, Aziz pernah meminta untuk bertanding di kawasan santubong di atas tiket PKR.Namun ditolak mentah mentah oleh semua pemimpin PKR.Aziz juga pernah membuat kertas kerja dan diserahkan kepada Baru Bian dan Chee How.Kertas kerja itu jika tidak silap menyatakan bahawa jika diberi RM 100 000, beliau pasti akan menang di kerusi yang ditandinginya.


    Aziz masuk DAP selepas pergi ke Forum DAP di Citadines hotel.Dengan semangat Aziz berkata depan Lim Kit Siang bahawa dia akan masuk DAP.


    Kenapa Aziz pilih DAP?


    Kerana DAP bagi aziz gaji dan pejabat.Aziz seorang yang gila pangkat.Dari tingkah lakunya yang bercita cita untuk jadi orang ternama dengan segera kita tahu kenapa dia pilih DAP.DAP juga terdesak memerlukan kaum Melayu untuk dijadikan calon.DAP bagi aziz duit untuk beli beras untuk gula gulakan melayu dan beli lembu untuk majlis korban.Ternyata, Aziz terdesak untuk dapatkan sokongan jadi Aziz cuba beli sokongan orang melayu.Idea-idea politik PKR pun habis dicurinya dan dijadikannya isunya sendiri.Untuk menampakkanya buat kerja, dia buat lagi petisyen untuk benteng satok walaupun dah pernah dibuat orang lain

    ReplyDelete
  4. Jika Aziz memilih untuk masuk BN/PKR/PAS atau mana mana parti lain sudah pasti aziz terpaksa bermula dari bawah dan mungkin tiada ruang baginya untuk naik ke atas.Ditambah lagi dengan perangainya sudah pasti karier politiknya tidak akan pergi jauh dengan Parti lain.


    Di UNIMAS, Aziz tiada pengaruh.Budak UNIMAS yang menyokong Pakatan Rakyat pun tidak menyukai Aziz.Jika tidak percaya, boleh tanya mereka.


    PKR Petrajaya juga tidak melayan Aziz.Kerana mereka tahu Aziz ini pengambil peluang.Ambil kesempatan dan peluang pada sesiapa yang mahu memberi dana kepadanya.Sebab itu tidak ada nampak PKR bagi kerjasama.Kehadiran Aziz juga buktinya PAKATAN RAKYAT BERPECAH.PKR yang ikut Aziz mungkin hanya HANIM.Minah yang berlakikan laki bonzer bertatu.Hanim pun jenis manusia kecewa.Tak dapat bertanding di Petrajaya dan tiada grass roots.Nak nampak kuat jadi Hanim berkomplot dengan Aziz.Dengar cerita, Hanim sekarang dah tak ada wanita yang mengikutnya.Semua wanita Petrajaya dah lari dari Hanim macam Hanim lari meninggalkan Kem Kempen PRU13 Petrajaya.Hanim tipu wanita Petrajaya dengan kata diarah tolong Betong tapi rupanya Hanim di Betong 1 hari sahaja!Itu pun duduk di hotel.Selebihnya Hanim tolong Abang Zulkifli.Yang turut kalah teruk walaupun dikatakan boleh menang PRU lepas.


    Hanim dan Aziz mungkin saudara jauh kerana mereka ni sepupu sepapat dengan Tun Rahman.


    Malangnya pula, PAS sudah mula mengikut Aziz.Tanpa berbincang dengan PKR, PAS pun dah pandai mintak seat nak bertanding di Petra Jaya.Sebab itu orang panggil PAS kuda tunggangan DAP.


    Tak percaya tengok si Shamsul Bahri.Sanggup mengikut budak mentah berumur 24tahun tu.


    Melayu, bukalah mata.


    Pemimpin itu haruslah seorang yang lebih baik daripada kita.


    Solat 5 waktu.Jaga batas dengan perempuan dan tidak hipokrit serta tidak menjual agama.



    TOLAK ABDUL AZIZ ISA MARINDO


    TOLAK DAP


    Sedarlah DAP, anda silap memilih melayu untuk masuk parti anda.Masih ramai lagi yang berkaliber, tapi anda percaya budak mentah.


    Jangan harap DAP dapat menang walaupun DAP alih pengundi dari Bandar Kuching/Stampin ke DUN TUPONG.Kami tahu tindak tanduk kamu dan modus operasi DAP.Kalau nak menang, biar dengan cara adil.Dan letakkan calon yang betul.


    PAKATAN RAKYAT DAH BERPECAH DI PETRA JAYA.


    MASING MASING BEREBUT NAK BERTANDING.


    Gambar gambar ini untuk tatapan pembaca.Ada screenshot lagi perbualan aziz nak bertanding di Tanjung Manis dan bercita cita nak bertanding di Petra Jaya.Manusia macam aziz ni gila nama, gila kuasa!


    Inikah pemimpin masa depan?


    HAHAHAHAHAHAHA.

    ReplyDelete
  5. Padan muka DAPBANGKAI ni - lepas tu cakap Cina pula, dahlah tu kat kwsn. Bumiputera pula tu ! Apoa kejadah si ANJING-ANJING KURAP ni tak hormat lansung yg. bahasa Kebangsaan bahasa Melayu; apalagi di kwsn. Bumiputera?! Apakah mereka nak CINAkan Sarawak/Sabah?

    Kita jgn. TERPERANGKAP dgn. drama-drama DAJAL si DAPBANGKAI/PKR yg. berterusan, terutamanya isu dalamannya – nak MENGALIH perhatian dr. isu yg. lebih penting buat mereka!

    Sedangkan senyap-senyap Musuh Islam/Melayu dr. puak DAJAL Kristian Zionis DAPBANGKAI/PKR, disyaki terus makin agresif menggunakan agama Kristian, utk. menghasut Bumiputera Bukan Islam [termasuk utk. membenci Islam/umatnya (terutamanya Melayu-Melanau) dan UMNO] serta MENGKRISTIANkan lagi seramai Bumiputera miskin, di pendalaman Sabah/Sarawak, serta kpg. Orang Asli dan kpg. estet India miskin. Yg. penting bagi MUSUH Islam/Melayu terutamnya dr. DAPBANGKAI, ialah supaya P. Pinang, Selangor, serta Sabah-Sarawak (yg. kaya minyak-gas), disyaki, dapat diKRISTIANkan, supaya senang utk. diJAJAH dan Malaysia sbg. NEGARA Islam serta umat Islam/Melayunya dpt. ditumbangkan!

    Dan lelaki Cina Kristian Zionis, disyaki ejen KAPIR DAPBANGKAI/PKR juga disyaki makin direkrut mengahwini kaum Orang Asli dan Bumiputera miskin Sabah/Sarawak, termasuk melalui NGO-NGO si KAPIR, yg. kononnya nak membantu Bumiputera miskin di pendalaman - lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/11/06/baram-dam-native-suit.aspx, Natives file suit over removal of native land rights for Baram Dam project, by stephen then, November 6, 2013. Dan disyaki lebih senang lelaki menjadi ejen dlm. hal ini, kerana kaum isteri dan terutamanya anak-anak sbg. jenerasi akan dtg., akan lebih senang dibentuk termasuk sbg. pemimpin – lihatlah kaum Penan yg. semakin militan dan amat anti Islam/Melayu-Melanau.

    DAPBANGKAI/PKR disyaki akan menggunakan Ketua-ketua kpg. yg. punya pengaruh besar dan anak-anak muda, yg. senang dihasut. Jgn. lupa kerana DAPBANGKAI/PKR adalah sekutu kuat PAP-Barat-Israel, disyaki, wang tajaan akan berlimpah, utk memudahkan sebrg. projek di pendalaman, termasuk yg. kos tinggi! Maka Adun-adun BN, terutama yg. Islam/Melayu, juga baik lebih aktif TURUN PADANG di pendalaman Sabah-S’wak!

    Bahkan saya syak Allahyarham Timbalan pegarah JAKIM S'wak dan 3 pekerjanya dilanggar lori balak (pemandunya lari) juga sebenarnya diRANCANG secara halus; apalagi S'wak makin disasarkan Musuh Islam/Melayu utk diKRISTIANkan (sebab itu juga saya syaki inilah mengapa kpg-kpg PUSAKA Islam/Melayu, termasuk tepi laut, terutamanya di Sibu, Bintulu, Kuching dan Miri asyik terbakar - utk. dihalau atau diRAMPAS tanah/kpg). Patutnya mulai sekrg., maklumat aktiviti mana-mana pegawai mana-mana jbtan agama Islam kita mesti dirahsiakan dan setiap tugasan dan pejabat mendpt. iringan/kawalan polis, dan KDN serta PDRM mesti bekerjasama dgn. polis negeri (yg. kdg-kdg. dikuasai Bukan Islam yg. disyaki tidak peduli bila mangsa adalah umat Islam/Melayu) bila berlaku jenayah, yg. termasuk rompakan/kebakaran/pembunuhan/kemalangan jlnraya-industri, yg. ganjilnya, tetapi sungguh menyayat hati, MAJORITInya adalah umat Islam/Melayu di seluruh Malaysia ini!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  6. Ini musim buah durian dan dabai di Sarawak.Bukan musim pilihanraya.

    Inilah nafsu serakah Dapork.Kalau ni lah strategi politik Dapork dibawah Aziz tak kemana lah matlamatnya.Tetap gagal.

    Maka kpd BN kalau nak buat sesuatu elok fikir2 baik.

    ReplyDelete
  7. "Impian Sarawak" ada udang disebalik laksa sarawak.Sebenarnya impian hanya utk kaum chauvinis kaum.

    Mana mungkin Dap nak bantu bumiputera sedangkan agenda parti DAP ialah menghapus hak2 istimewa Melayu dan bumiputera.Bukankah DAP mencanangkan "equality for all Malaysians"? Mana mungkin kita boleh tutup mata telinga...jgn jatuh perangkap DAP.

    ReplyDelete
  8. Macam x prcayak jak DAP dah masok Tupong. Mun mcm ya, bolehlah UMNO masok skali..

    ReplyDelete
  9. memangla Sarawak menjadi impian, tapi impian DAP la supaya dapat perintah. Sarawak kan kaya, nanti bila dapat memerintah, bolehlah letak gaji exco berpuluh-puluh ribu lagi banyak dari Selangor. Jangan bagi peluang penyamun-penyamun ini menang di Sarawak.

    ReplyDelete
  10. melayu merempat di bumi sendiri, salah siapa?lihat kampung melayu di kawasan kuching. sedih. siapakah yang harus dipersalahkan? bila nak buka pasar baru cari kampung melayu ,pindah hantar dalam hutan paya, dalam apong, pampasan tidak setimpal.

    pergi area santubong, buntal lagik sedih nangga rumah sidak. kampung sik terurus. sedih ku nangga orang melayu sik di bantuk.

    muda mudi hilang arah terutama kawasan bandar, sosial teruk. anak2 melayu dibiar terkapai2 tanpa ada program bimbingan. yang ada pun mun ada kaitan dengan politik baruk nak carik anak muda.

    pemimpin melayu tak buat kerja ke? kelak madah nak nolong melayu. bila dah menang sik nampak batang idung. ngidup cina adalah.bila di suak cina sikit lalu kelabu mata.

    aku tauk juak kenak pemimpin melayu sik dpt nolong melayu. sebab kuasa melanau lebih kuat dari melayu. melanau hanya tolong melanau. melayu sikda kuasa di sarawak.

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!