BILA URA-URA TOL NAIK, PEMBANGKANG BISING TAPI BILA AIR DI PULAU PINANG NAIK, PEMBANGKANG DIAM


Isu kenaikan menjadi topik utama rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kepada pemimpin pembangkang. Kononnya sebagai pembela rakyat sehingga sanggup mahu mengadakan demontrasi pada penghujung tahun ini bagi menggulingkan rakyat.

Mengambil situasi Thailand sebagai panduan kepada penyokong pembangkang untuk menukar kerajaan yang dipilih rakyat.

Selepas pengurangan subsidi minyak, pengenalan GST, kenaikan tarif elektrik yang hanya memberi impak kepada penggunaan RM150 ke atas sebulan dan kenaikan tol-tol di lebuh raya di Malaysia, pembangkang menjadikan isu kenaikan ini sebagai modal utama mereka dalam memburukkan rakyat tanpa mengambil kira rasionalnya kerajaan berbuat demikian.

Tetapi, apabila Kerajaan Pulau Pinang menaikkan harga air biarpun telah menidakkan kata-kata Lim Guan Eng sebelum ini yang mengatakan kerajaan pimpinan DAP tidak akan menaikkan harga air, ianya senyap dan tidak bising.

Tiada satupun pemimpin daripada PAS mahupun PKR yang membuat bising akan kenaikan harga air melainkan pemimpin BN.

Juga isu kenaikan gaji pemimpin di Selangor dan Pulau Pinang yang hanya bising sekejap sahaja, tetapi kemudiannya senyap disebabkan ia memberikan kepentingan kepada keseluruhan pemimpin pembangkang.


Ternyata kepimpinan pembangkang hanya bersikap populis berbanding mahu membantu rakyat. Tindakan segelintir pemimpin pembangkang yang suka menangguk di air keruh itu hanya bersifat kepentingan politik sahaja.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 19, 2013 at 8:51 AM

Tak kan kita nak expect pas or pkr nak lawan big boss xia org. Patutnya umno dan yg lain dlm BN bersuara tapi semua pun senyap. Apapun org penang tK kisah pun harga air naik so biaq pi lah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger