BENARKAH CHEGU BARD MAHU BUAT DEMONTRASI DI HADAPAN RUMAH KETUA MENTERI SARAWAK?


Hasrat Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang juga pemimpin PKR Chegu Bard yang mahu mengadakan demonstrasi di hadapan rumah Ketua Menteri Sarawak pada 29 Disember 2013 pastinya terbantut ekoran demonstrasi itu perlu mendapatkan permit terlebih dahulu.

Sekiranya demonstrasi itu diadakan tanpa permit bermakna ia menyalahi undang-undang dan tindakan boleh diambil terhadap mereka yang terlibat termasuk penganjur.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mereka tidak boleh memilih lokasi biarpun demonstrasi dibenarkan di bawah Perlembagaan.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong menjelaskan, sekiranya mereka merancang membuat demonstrasi di hadapan kediaman Ketua Menteri, kebenaran polis perlu diperoleh terlebih dahulu.

“Kalau hendak buat depan rumah Ketua Menteri dan polis tidak memberi kebenaran, maka mereka menyalahi undang-undang.

Wan Junaidi juga menjelaskan mana-mana individu atau ahli politik dari Semenanjung Malaysia tidak boleh mempersoalkan mengenai halangan memasuki negeri ini kerana ia dipersetujui dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold pada 1962.

“Pihak lain tidak boleh memarahi atau mencemuh kerajaan negeri jika dihalang memasuki Sarawak.

“Ini merupakan hak kerajaan negeri yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan.


Untuk itu, sesiapa yang didapati datang ke Sarawak bagi membuat kacau dan memecahbelahkan rakyat Sarawak, dan dihalang memasuki Sarawak maka tidak perlulah memanjangkan cerita yang sudah ternyata terang akan maksudnya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger