BANDAR SEKS: DATUK BANDAR MBKS SELAR KENYATAAN AHLI PARLIMEN DAP STAMPIN


Kenyataan Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan yang mengatakan Kuching sebagai ‘bandar seks’ telah diselar Datuk Bandar Majlis Bandar raya Kuching Selatan, Datuk James Chan.

James Chan mengingatkan Ahli Parlimen Stampin itu supaya menyemak fakta dengan tepat sebelum mendakwa Kuching dengan pelbagai gelaran negatif. Sebaliknya, Datuk Bandar MBKS menyifatkan Kuching merupakan antara bandar terbaik di dunia di mata masyarakat.

 “Saya bangga sebagai Datuk Bandar MBKS… segelintir individu begitu mudah menuduh bandar raya Kuching bakal menjadi lokasi kegiatan tidak bermoral.

“Cuba anda lihat dengan baik adakah Kuching seperti itu? Saya rasa seseorang perlu menyemak dahulu fakta dengan tepat sebelum mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan nama baik tempat sendiri,” katanya.

Tambah Chan, semua pusat refleksologi di kawasan MBKS dipantau dan diperiksa secara kerap bukan sahaja oleh MBKS tetapi juga pihak berkuasa lain.

“Jika anda bercakap mengenai aktiviti haram atau tidak bermoral ia berlaku di mana-mana bandar.

“Jika anda cuba mengehadkan itu dan ini kadangkalanya bandar akan menjadi mati juga.

“Saya harap semua pihak akan mengatakan yang baik mengenai bandar sendiri dan walau siapa pun anda, jangan sesekali memburuk-burukkan bandar anda sendiri.

“Jika ada cadangan… sila kemukakan kepada saya atau datuk bandar yang lain atau terus kepada kerajaan, jangan hanya cakap lepas sahaja,” katanya.

Seperti biasa Ahli Parlimen DAP atau mana-mana pemimpin Pembangkang akan cuba untuk menjadi hero biarpun terpaksa memburukkan tempat dan kawasan sendiri demi untuk survival politik mereka yang kini sudah tidak lagi relevan di mata masyarakat. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

December 25, 2013 at 8:39 AM

Kita bukan kaki rayau lebih2 lagi waktu larut malam.Maka kita kurang mengetahui akan hal kegiatan larut malam di Bandar Kuching.Tanya peronda PDRM.Mereka lebih tahu.Atau tanya kaki rayau,kaki pub dan mungkin kaki lepak.Mereka lebih arif.Tak semestinya mereka terlibat dgn kegiatan tidak bermoral."Bandar sex" bagi Kuching yg dilempar YB DAP tu bererti kegiatan sex haram ,ada jual-beli,ada perniagaan sex.Spt kota Hatyai di Thailand,pelacur2 ditayang dlm glasscase!Mana ada perkara semacam itu di Kuching.Kita tak tahu.

Mengelar Kuching bandar sex sebab adanya pub,ruai karaoke,lorong gelap dan bbp trademarks "sex city" tidak membawa faedah kpd sesiapa.YB Dap cuma nak publisiti murahan.Beliau tiada isu lain nak diketengahkan.Kawasan Stampin bukannya luas pun.Dua/tiga jam berpusing2 meronda dah cukup cover.Lainlah Bukit Bintang.

Tak payah layanlah YB pembangkang tu.

Masalah trafik di bulatan stesyen Petronas-Matang-Jln Petra Jaya menghala ke Semariang patutlah dibisingkan DAp.Bila lagi nak buat traffic lights?

sekadar pandangan 50sen

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger