ANWAR KECUT PERUT BILA KDN SERAH KUASA KEPADA JAKIM AMBIL TINDAKAN KE ATAS ORANG NOMBOR 2 PAS AMAL SYIAH



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan segala bukti berhubung pembabitan orang nombor dua PAS yang dikatakan mengamalkan ajaran Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan jika didapati bersalah.

Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab ke atas pesalah agama, JAKIM akan diberikan segala kuasa bagi menjalankan siasatan ke atas kes tersebut. Jika didapati benar, JAKIM digesa supaya segera membawa kes ini ke Mahkamah agar ianya tidak merebak kepada masyarakat lain.

Bagaimanapun, selepas Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang mempersoalkan kreadibiliti KDN yang mengumumkan 10 bukti orang nombor 2 PAS terlibat dalam ajaran Syiah, bapanya yang juga Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membidas kenyataan Ahmad Zahid yang akan menyerahkan bukti itu kepada JAKIM.

Sejurus selepas kenyataan Ahmad Zahid itu, Anwar Ibrahim telah memberikan amaran dan ingatan kepada JAKIM supaya tidak membenarkan agensi itu dijadikan boneka untuk menjatuhkan musuh politik BN.

Kata Anwar, jika kerajaan mempunyai cukup bukti untuk mengaitkan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah, maka pendakwaan sepatutnya terus dilakukan.

Mohamad atau Mat Sabu ujarnya perlu diberi ruang untuk membela diri di atas tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

“…sekiranya kerajaan sudah cukup mempunyai bukti maka teruskan pendakwaan dan jangan hanya retorik semata-mata.

"Dalam perundangan Islam pun sudah termaktub yang menuduh harus kemukakan bukti kemudian barulah dituduh membela diri.


"Saya ingin bertanya kepada pegawai Jakim adakah beliau mengikut arahan dari Naib Presiden Umno atau berdasarkan undang-undang Islam?" soal Anwar merujuk kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger