AKHIRNYA YB SUTAN SINARO BERMALAM DI LOKAP POLIS


Benar kata pepatah orang Melayu, kerana mulut badan binasa. Itulah yang boleh digambarkan kepada YB Sutan Sinaro atau lebih dikenali sebagai Yusuf Baharudin yang juga merupakan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak yang telah ditangkap polis akibat keceloparan mulutnya terhadap pemimpin negeri.

Ini ekoran daripada kenyataannya dalam laman facebook yang mahu mencederakan Ketua Menteri Sarawak susulan daripada niat mahu mengadakan demonstrasi mahu mendesak Ketua Menteri Sarawak meletak jawatan.

Dipercayai YB Sutan Sinaro diberkas polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebaik sahaja menghantar Pengerusi SAMM, Chegu Bard pada malam Ahad lepas.

Tahniah kepada pasukan polis kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab sebaik sahaja menerima laporan polis berhubung ugutan ke atas Ketua Menteri Sarawak.

Jika tidak suka sekalipun tidak payahlah hendak mengugut mahu mencedera atau membunuh kerana Malaysia ini masih ada undang-undang.

Sarawak seperti negeri lain juga mempunyai amalan demokrasi dan ia boleh diselesaikan menerusi demokrasi.

Yang pasti Chegu Bard telah ‘lepas’ dan pulang ke Kuala Lumpur dengan aman, manakala YB Sutan Sinaro tidak terlepas sebaliknya bermalam di dalam lokap.


Selamat menikmati jamuan percuma dan tempat tinggal percuma kerana yang salah tetap bersalah.  
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
December 31, 2013 at 1:27 PM

tok cara nyuruh jadi famous jak.bodo sidak kedak tok.

Anonymous
December 31, 2013 at 7:17 PM

syabas serta tahniah kpd pdrm diatas ketegasan menjalankan tugas serta undang undang keatas tangkapan anak muda bernama yusup baharrUddin atas mengancam utk pecah kepala ketua menteri swk (membunuh)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger