ADUN DAP PUJUT FONG PAU TECK PECAHKAN RAHSIA MASALAH DALAMAN DAP



Kekecohan pemecatan ADUN DAP Pujut, Fong Pau Teck oleh DAP Pusat pada bulan lepas telah membongkar banyak rahsia dalaman DAP yang selama ini tidak diketahui.

Akhirnya empunya badan membuka cerita kenapa beliau dipecat daripada DAP dan apakah masalah yang menyebabkan beliau dipecat?

Fong Pau Teck mendakwa hasratnya mahu membentuk semula parti tidak kesampaian kerana dituduh sebagai ‘pencetus masalah’ oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti Tindakan Demokratik (DAP) Tan Kok Wai.

“Banyak kes telah menunjukkan saluran dalaman disekat dengan seriusnya. Jawatankuasa Disiplin (DC) tidak dapat mengendalikan insiden dengan adil dan ia menjadi sumber kekecohan terbesar dalam parti.

“DC bermakna Tan Kok Wai dan Tan Kok Wai sama dengan DC.

“Ini adalah rahsia terbuka dalam kalangan ahli parti,” katanya lagi.

Menggunakan kesnya sebagai contoh, Fong berkata semua usaha jawatankuasa pengantaraan dimusnahkan sepenuhnya oleh Tan, menyebabkan perselisihan semakin serius antara beliau dan DAP.

“Saya menghargai usaha-usaha dilakukan dan simpati ditunjukkan oleh rakan dan memutuskan untuk bertolak ansur tanpa sebarang syarat.

“Saya mula membayar balik sumbangan menerusi bayaran ansuran.

Bagaimanapun, pengerusi jawatankuasa disiplin mengumumkan notis pemecatan pada hari pertama mesyuarat Dewan Undangan Negeri.

“Tindakan ini menyebabkan rakan-rakan mewakili jawatankuasa pengantaraan serta pemimpin parti Lim Kit Siang, suatu yang amat memalukan. Kredibiliti pemimpin-pemimpin telah musnah kerana mereka tidak dapat memenuhi janji-janji mereka,” kata Fong.

Justeru ujarnya, sebelum DAP mengubah BN, DAP yang ada sekarang perlu diubah terlebih dahulu.

“Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Tan Kok Wai adalah pencetus masalah.


Beliau menambah: “Jika Tan masih dikekalkan sebagai pengerusi jawatankuasa disiplin, maka tidak ada keadilan lagi dalam parti. Ini adalah masanya untuk memperbaharui DAP tetapi telah dinafikan.”
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger