Wednesday, December 4, 2013


Kejayaan tersendiri yang dicipta DAP Sarawak dalam menganjurkan ceramah politik di kawasan majoriti Melayu di Taman Heritage adalah disebabkan kejayaan DAP memperalatkan bekas graduan UNIMAS, Abdul Aziz Mat Isa.

Dalam ucapan pertamanya selepas bergelar graduan UNIMAS dan berjawatan Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, Abdul Aziz mengakui dirinya sebagai pengkhianat bangsa dan babi DAP selepas menyertai DAP Sarawak.

Selepas mengumumkan dirinya menyertai DAP dan dilantik sebagai Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen, Abdul Aziz juga telah dilantik menjawat jawatan sebagai Pengelola DAP Kawasan Tupong.

Target mereka pastinya mahu meletakkan calon Melayu dari DAP yang akan bertanding dalam kawasan majoriti Melayu dalam DUN Tupong.

Namun, itu bukan mudah kerana kawasan DUN Tupong sebelum ini telah digazet kepada PKR. Ini pasti akan membuatkan PKR hilang sabar dan akan berlaku konflik dalaman Pakatan Pembangkang biarpun mereka dikatakan akan melakukan pembahagian kerusi.

Tidak cukup dengan itu, Abdul Aziz sedap mulut sahaja mengatakan pemerintahan BN seperti syiah.

Agaknya Abdul Aziz ini tidak cukup ilmu hingga sanggup mengatakan BN sebagai syiah? Jika tidak kerana BN, amalan Islam di Malaysia hari ini pasti akan kucar-kacir disebabkan terlalu banyak fahaman dan ajaran sesat Islam yang berlaku di Malaysia.

Abdul Aziz harus merujuk kepada PAS yang kini hebat diperkatakan sebagai pembawa kepada syiah.

Menjadi kelaziman DAP yang cuba untuk mengaitkan DAP sebagai parti pelbagai kaum. Apakah dengan membela Baitulmal dan Medan Niaga Kubah Ria telah dianggap sebagai DAP bukan anti-Islam?

Nampaknya Abdul Aziz bukan sahaja telah diperbodohkan DAP bahkan seorang yang tidak menggambarkan dirinya itu lulusan graduan UNIMAS.


Apa pun ceramah pertama Abdul Aziz yang dikatakan sebagai calon DAP di kawasan DUN Tupong ini ternyata gagal malah kebanyakan penceramah lain juga dilihat tidak mampu membawa kesan ceramah kepada rakyat.

3 comments:

  1. Politik extream..BN Dan Kerjaan jgn jadi Dayus tanpa counter back apa yg budak hingusan ini tomahkan. Juga CM personally perlu jenguk kedalam JAIS Dan BAITULMAL mungkin ada musang berbulu ayam..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya aziz ini tidak disukai oleh pelajar2 unimas.tp,bkn krn ideologi.ini dsbbn oleh peribadi.prnh blaku dia ddapati hnya pkai underware dgn rkn sjenis sndri.dia juga slalu d serang dlm byk grup fb dtubuhkn siswa2 unimas.tak pcaya boleh priksa sndri.

    ReplyDelete
  3. Kita bukan menidakkan amalan demokrasi - freedom of speech.Aziz juga bebas memilih parti yg beliau suka.Masalahnya: Aziz tak buat home work.Aziz buat dakwaan negatif terhadap Tabung Mal.Beliau tidak beradap terhadap Mufti Sarawak.Kalau nak tegurpun Mufti perlu beradap dan sopan.Mana nilai Melayu si Aziz?

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!