TIDAK SOKONG MOHD AMAR BERMAKNA TOLAK GOLONGAN ULAMA


Kenyataan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan yang tidak akan menyokong mana-mana pemimpin yang bertanding sehingga di hari pengundian menunjukkan PAS Kelantan.

Ini sekaligus menolak arahan dan amanat daripada Mursyidul Am PAS yang sebelum ini mahu melihat jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini disandang dari kumpulan ulama.

Biarpun Pakatan Pembangkang ‘menang’ dalam PRU-13 dengan berjaya meningkatkan sokongan terhadap calon DAP, tetapi hakikatnya PAS tewas apabila beberapa calon PAS tewas kepada calon UMNO-BN.

Ramai pengkritik dan penganalisis politik melihat punca kekalahan PAS dalam PRU-13 berbanding rakan mereka DAP yang mendapat sokongan menarik apabila berjaya menambah bilangan kerusi berbanding PAS dan PKR adalah berpunca daripada pengaruh golongan Anwarinas.

Walapun Anwar Ibrahim menang di Parlimen Permatang Pauh, tetapi dengan pelbagai tohmahan dan pendakwaan ke atas Ketua Pembangkang itu telah membuatkan penyokong dan ahli PKR dan Pakatan Pembangkang mula berfikir kembali dalam meneruskan perjuangan mereka dalam Pakatan Pembangkang.

PAS Kelantan diwakili Timbalan Menteri Besar, Mohd Amar Nik Abdullah dan bekas Exco Kerajaan Negeri, Husam Musa menawarkan diri untuk merebut jawatan timbalan dan naib presiden parti pada pemilihan agung November depan.

Pemilihan kali ini menyaksikan Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan bakal menentang Mohamad Sabu yang juga penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS.


Manakala Husam yang juga Naib Presiden Pas akan mempertahankan jawatan tersebut walaupun berdepan saingan lima penjuru apabila dua penyandang, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub bersama Tuan Ibrahim Tuan Man dan Abu Bakar Chik akan bertanding merebut jawatan itu.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger