Friday, November 29, 2013


Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menegaskan sama ada setuju atau tidak, Kerajaan Selangor akan melaksanakan kenaikan gaji seperti yang dibentangkannya di DUN Selangor.

Nasihat beliau, sekiranya ada di kalangan ADUN Pakatan Pembangkang yang tidak setujua dan membantah kenaikan gaji ini bolehlah "mendermakan" lebihan gaji tersebut.

Kenaikan gaji di Selangor telah disokong ADUN Pakatan Pembangkang dan ADUN BN.

"Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan.

"ADUN Pakatan Pembangkang dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.

"Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya dipetik sebuah portal hari ini apabila diajukan sama ada pertimbangan akan dibuat ekoran bantahan yang diterima.

Abdul khalid semalam membentangkan di dalam Dewan berhubung kenaikan gaji itu dan dipersetujui sebulat suara oleh semua ADUN ketika Rang Undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2013 dibacakan.

Abdul Khalid berkata, usul itu dibawa untuk membolehkan peruntukan dipinda dan pembayaran gaji baru dapat dibuat mulai 1 Januari.

“Cadangan kenaikan itu dibuat berdasarkan beban tugas yang dipikul ahli dewan tanpa mengira waktu serta keberkesanan pembaharuan dilaksanakan menentukan badan eksekutif dan legislatif.

“Di atas keberkesanan melaksanakan tanggungjawab iaitu menunjukkan hasil dan pendapatan negeri meningkat, pertimbangan sewajar diambil atas permintaan Adun sekalian,” katanya.

Susulan itu, kenaikan gaji tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada UMNO-BN, termasuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi.


Terbaru, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor,  Mohamed Azmin Ali turut  menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan ADUN negeri ini agar penilaian semula.

1 comment:

  1. SPR mana?! TOLONG SIASAT PENJENAYAH-mcm-BINATANG-BUAS DAPBANGKAI/PKR ini! Sekrg. P. Pinang mungkin ikut! Kenaikan gaji ini sebenarnya nak MENGHINA YB PM kita serta K'jaan/UMNO kita - Tuanku Sultan S'ngor perlu ambil balik gelaran MB S'ngor ni!

    Gaji MB serta adun/exco-KUCING KURAP S’ngor lebih besar dr. YB PM kita serta Menteri lain, yg. kerja keras utk. SELURUH NEGARA?! Makin TAMAK DAJAL si Musuh Islam/Melayu dr. DAPBANGKAI/PKR ni!!

    Makcik Sambal Belacan – sungguh SAYU mengenang lagu ASLI, BUDAYA Melayu PUSAKA INDAH kita, Seri Mersing, nyanyian sungguh merdu Allahyarham-Allahyarham Kamariah Noor (mana gelaran utk. JASAnya) atau Puan Sri Saloma (AMN) [isteri kpd. SENIMAN AGUNG kita, Allahyarham, Tan Sri P. Ramlee (AMN)] - malangnya di http://ohvideotv.com/pusara-allahyarham-tan-sri-p-ramlee-musnah/, Pusara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee musnah, adminrun March 28, 2013; serta WARIS (balu dan anak-anak kpd. Allahyarham Nasir P. Ramlee) arwah P. Ramlee hidup MELARAT di http://www.youtube.com/watch?v=Z8AdxeRbBYk , Bangga jadi cucu P Ramlee, Oleh Harian Metro (ROYALTI BERJUTA dr. filem/lagu P. Ramlee/Saloma yg. BERLAMBAK – adakah dgn. si KAPIR Shaw Brothers di S'pura tu?!)

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!