SITI NURHALIZA SELAR KHAIRY JAMALUDDIN MENERUSI TWITTER MILIKNYA


Tidak pasal-pasal nama Siti Nurhaliza kembali ‘popular’ apabila berjaya memadam ego Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi mesej mikro twitter miliknya.

Dalam twitter miliknya, Siti Nurhaliza menyifatkan kenyataan Khairy sebagai kurang manis. Ini berikutan kenyataan Khairy yang menyelar bekas kapten skuad kebangsaan yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Jamal Nasir mengenai mutu bola sepak Malaysia.

“Jika beliau bukan budak suruhan FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur.

Akibat kenyataan Khairy itu, Datuk Jamal Nasir telah terguris hati dan ini telah mendapat reaksi daripada Siti Nurhaliza sehingga menulis dalam twitter miliknya.

Siti menulis di akaun Twitter miliknya, “sebagai menteri muda dan diperhatikan, rasanya Khairy perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah. Lantang tak perlu biadab dengan yang lebih tua.”


Apakah FAM tidak boleh ditegur?
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

November 14, 2013 at 10:06 AM

Tegur boleh, dan memang patutpun ditegur. Tapi jangan la biadap. Apa ingat bila jadi menteri ni boleh suka2 biadap. Tegur mesti biadap ke?

Anonymous
November 14, 2013 at 10:20 AM

FAM ditegur banyak kali secara lembutpun bukannya nak dengar... Bila ditegur oleh org sendiri memanjang kena denda saja.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger