#PRKSgLimau WAKIL RAKYAT DAP TUNJUK DEGIL DAN BODOH SOMBONG


Akibat kedegilan dan besar kepala 6 wakil rakyat DAP ditahan polis akibat keengganan keluar dari sebuah dewan lama di Kampung Hakka, Mantin dekat sini meskipun diminta oleh polis untuk berbuat demikian.

Mereka terdiri daripada Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke; Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong; Ahli Dewan Undangan (ADUN) Nilai, J. Arulkumar; ADUN Senawang, P. Gunasekaran (Senawang); ADUN Bahau, Chew Seh Yong (Bahau) dan ADUN Temiang, Ng Chin Tsai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd. Yusof Awang berkata, polis yang berada di lokasi kejadian cuba berunding dengan aktivis dan wakil rakyat berkenaan agar bersurai tetapi mereka enggan.

"Kita tidak mempunyai pilihan selain menahan mereka termasuk wakil rakyat pembangkang selain 13 individu lain kerana tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa.

Enam wakil rakyat DAP itu bersama beberapa aktivis propembangkang duduk di dalam dewan berkenaan walaupun kerja-kerja merobohkan itu sepatutnya dimulakan sejak 9 pagi dan tertangguh hampir tiga jam.

Tindakan mereka itu menyukarkan pihak pemaju menjalankan kerja meroboh beberapa buah rumah setinggan dan dewan di kampung berkenaan pagi ini.

"Kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk diambil keterangan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.


Hasrat pemimpin DAP itu kononnya mahu membela rakyat nampaknya tidak menjadi kenyataan sebaliknya menggambarkan kebodohan mereka. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger