#PRKSgLimau TAMPARAN BUAT PAS


Sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong PAS dari lima cawangan dekat sini menyertai UMNO.

Keluarnya dari PAS dan masuk UMNO bukan disebabkan wang tetapi kerana percaya parti itu mampu membawa perubahan kepada penduduk di kawasan DUN Sungai Limau.

Bukan hanya melibatkan 351 orang bekas ahli PAS, tetapi juga melibatkan 5 buah kampung iaitu Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama yang pastinya mengundang rasa marah pemimpin PAS.

Borang keahlian UMNO telah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di Kampung Kabu 10.

Menurut wakil Kampung Tok Rama, Siti Aishah Ismail, 31, berkata mereka membuat keputusan menyertai UMNO kerana mahukan pembangunan dan perubahan selepas berada di bawah kepimpinan PAS sejak pilihan raya umum 1995.


Mohd Shabri Abdul Wahab, 50, pula berkata UMNO merupakan parti yang banyak memberi bantuan dan sering mendengar masalah rakyat.

Beliau yang menyertai PAS sejak 30 tahun lepas berkata masalah mereka tidak pernah diambil peduli oleh PAS sehinggalah Jamil Khir turun bertemu serta menanyakan masalah yang mereka hadapi.

"Lima tahun yang lepas saya cuba membawa perkara ini kepada PAS tetapi gagal. Saya terus cari tempat saya boleh mengadu," kata Mohd Shabri dalam nada sebak.

Sementara itu, Jamil Khir berkata penyertaan mereka ke dalam UMNO itu merupakan momentum baharu dan petanda baik kepada BN dalam PRK DUN Sungai Limau Isnin ini.


Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan penubuhan lima cawangan Umno baharu iaitu di Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

November 3, 2013 at 4:09 PM

Gerenti PAS kata ni semua org UMNO berlagak jd ahli PAS masuk UMNO!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger