#PRKSgLimau TAHNIAH PAS BN TIDAK KALAH


Debaran PRK DUN Sungai Limau akhirnya terjawab apabila pengundi Sungai Limau membuat keputusan untuk terus kekal bersama PAS bagi tempoh sepenggal lagi.

Keputusan penuh PRK DUN Sungai Limau PAS memperoleh 12,069 undi dan BN sebanyak 10,985 undi dengan undi rosak sebanyak 123 undi. Keseluruhannya PAS menang dengan majoriti 1,084 undi iaitu turun berbanding undi pada PRU-13 lepas.

Hal ini sedikit sebanyak menunjukkan BN tidak kalah di DUN Sungai Limau sebaliknya majoriti undi kemenangan PAS berkurangan. Ternyata angin perubahan ada di DUN Sungai Limau dan penduduk sudah mula menerima BN.

Walau bagaimanapun, usaha keras BN menembusi kubu kuat PAS telah menempangkan PAS di Sungai Limau. PAS dan Pakatan Pembangkang telah menggunakan seluruh kekuatan jenteranya untuk mempertahankan DUN Sungai Limau. PAS dilihat sangat terdesak sehingga memaksa mereka mengerahkan jentera pemudanya untuk membuat flash mob motosikal dan kereta sepanjang hari pengundian. Ini telah menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lebih 15 km di semua peti undi.

Kemerosotan undi terhadap PAS juga adalah disebabkan penolakan pengundi terhadap kepimpinan Mahfuz Omar selaku Pengarah Pilihan Raya PRK N20 Sungai Limau. Mahfuz Omar sangat dikenali sebagai orang di belakang Dr Phahrolrazi untuk menentang Allahyarham Tan Sri Azizan suatu ketika dahulu.

Ini terbukti apabila beberapa Daerah Mengundi yang menjadi tradisi PAS telah membuat kejutan dengan memilih Dr Sohaimi Lazim. Antara Daerah Mengundi yang merupakan kubu kuat PAS tetapi telah tumbang kepada BN adalah Daerah Mengundi Kabu 10, Daerah Mengundi Sungai Limau, Daerah Mengundi Sedaka dan daerah Mengundi Padang Lumat. Faktor ini didorong oleh perpecahan dalaman PAS selain kemarahan akibat banyak campur tangan petugas luar negeri Kedah.

Dengan kempen politik yang hampir dua minggu itu berlangsung dalam keadaan harmoni sehingga tiba hari pengundian wujud unsur provokasi melampau yang dipercayai datangnya daripada kalangan penyokong Pakatan Pembangkang dari luar DUN Sungai Limau atau luar Kedah.


Seperti biasa BN menerima hakikat kekalahan dengan mengambil kira ada hikmah di sebaliknya. BN menghormati keputusan penduduk dan pengundi DUN Sungai Limau.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

November 5, 2013 at 9:37 PM

BN kalah besar di daerah kebanyakan pengundi cina membuang undi.Maka keikhlasan TPM tidak mendatangkan hasil spt diharapkan.RM2.2 juta utk sekolah2 cina dan persatuan cina terlepas begitu saja.Kerajaan BN seolah2 tak mendengar keluhan rakyat - jangan beri muka kpd kaum yg tak pandai berterima kasih.Bukankah tsunami cina pd PRU13 sudah nyata.

Memang benar majoriti yg diperolehi PAs merosot.Tetapi PAs tetap memang.

Ambil iktibar dr kesilapan TPM.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger