#PRKSgLimau PERKHABARAN TERBARU YANG SANGAT TIDAK DISUKAI PAS


Biarpun jumlah pengundi Cina di DUN Sungai Limau hanya berkisar 1,500 orang sahaja, tetapi jumlah itu jika ‘swing’ kepada BN nescaya PAS akan beruptih mata untuk menang dalam PRK Sungai Limau.

Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan keperluan masyarakat Cina terutama membabitkan soal ekonomi dan pendidikan. Tetapi, disebabkan putar belit dan pembohongan pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang membuatkan ramai di kalangan pengundi dan rakyat Malaysia ‘termakan’ janji hingga membuatkan masa depan anak cucu mereka gelap bagi tempoh 5 tahun.

Bagi masyarakat Cina di DUN Sungai Limau keprihatinan BN bukan setakat semasa PRK atau pilihan raya sahaja bahkan setiap kali musim Bajet, keperluan kesemua kaum termasuk Bumiputera Sabah dan Sarawak juga diambil kira.

Untuk itu tidak ada sebab untuk rakyat dan pengundi menolak BN dalam PRK DUN Sungai Limau atau mana-mana pilihan raya hanya disebabkan tohmahan Pakatan Pembangkang. Hal ini penting supaya selama 50 tahun BN memerintah Malaysia, semua kaum haknya terpelihara seperti mana dalam Perlembagaan.

Apakah pengundi Cina di DUN Sungai Limau akan beralih semula kepada BN? Itulah yang menjadi perbincangan ramai orang di sini setelah berlaku tsunami undi Cina kepada BN dalam PRU13.

Berdasarkan sambutan kepada program anjuran BN di kawasan pengundi Cina beberapa hari lalu menunjukkan mereka sudah bersama BN walaupun petunjuk yang sama juga dapat dilihat pada PRU13. Walaupun nampak bersama BN ketika itu tetapi undi mereka tetap diberikan kepada Pakatan Pembangkang.

Tetapi adakah keadaan sudah berubah atau dilakukan demi survival dan ekonomi setempat. Seorang rakan singgah di kedai runcit di pekan Sungai Limau dalam untuk membeli sesuatu sambil bertanya kepada pemiliknya seorang Cina mahu undi siapa dalam PRK DUN Sungai Limau.

“Undi orang kita lah,” katanya. Rakan saya bertanya: “orang kita siapa?" Lalu dijawab  pemilik kedai itu: “itulah ... BN”.

Seorang lagi rakan ketika singgah di sebuah kedai di Dulang Besar turut mengajukan soalan sama kepada seorang pemilik kedai Cina.

Jawapannya sama: “Kita undi orang kita, BN”. Tengah hari semalam, saya sempat berbual dengan seorang rakan media Cina dan bertanya mengenai ke mana undi Cina kali ini.

Secara sinis, beliau berkata berdasarkan perbualan dengan beberapa penduduk Cina mereka memaklumkan akan memberi undi kepada BN kali ini atas faktor pembangunan.

Tidak cukup dengan itu seorang daripadanya berkata, selama ini mereka tidak mengundi Pas tetapi mengundi “Tok Jan” (panggilan mesra dirujukkan kepada Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak). “Selama ini, kami beri undi hanya untuk Tok Jan. Kami terhutang budi dan menghormatinya selama ini.

“Setiap kali balik ke sini, dia akan datang berjumpa kami. Kalau nampak kami, dia akan turun kereta dan berjabat tangan dengan kami. Inilah pemimpin yang kami cari,” katanya.


Bagaimanapun, kali ini undi mereka tidak lagi dapat diberikan kepada 'Tok Jan' walaupun calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat mendakwa bekas anak didiknya.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger